Sampai saja giliran aku. aku terus bercakap apa yang sepatutnya aku bercakap. Suara aku pun macam tenggelam timbul. Bukan sebab gugup tapi sebab orang sebelah aku ni yang asyik perhati daripada tadi. Malu lagi!
Sebaik sahaja giliran aku selesai, aku terus duduk dekat tempat aku kembali. Giliran dia pula yang bercakap. Tapi aku hanya tunduk ke bawah. Tak ada hati nak pandang dia. tak ada hati ke malu? Ceh!
Tiba-tiba aku terdengar bunyi tepukan gemuruh daripada orang sekeliling. Ha? Kenapa? Oh present dah habis. Ceh! Mengelamun lagi kau.
" Weh. Suara kau lain tadi. Haha." Wonyoung datang tegur. Aku hanya tersenyum nipis.
Tiba-tiba si Jaemin datang dekat dan tunduk ke arahku. Aku dah mula rasa berdebar.
" Suara kau macam apa dah. kau tertelan biji batu ke? Haha." Bisiknya dengan dekat sekali tepi aku ni.
Aku hanya terdiam seribu bahasa. Tapi aku masih menganggukkan kepala.
" Tak lah teruk sangat. Okay apa." Aku bercakap lebih kepada diri aku sendiri sebenarnya. Tapi dia pula terdengar. Lalu apa lagi. Ketawalah.
" Haha."
Eii! Benci!!!
YOU ARE READING
[C] cinta dalam diam . jaemin
FanfictionSuka dalam diam. Takpe kan? | Jaemin Na Malay Fanfiction Start : 06/02/2022 End : 21/02/2022