4 | Perjumpaan

1.4K 141 9
                                    

MALAYSIA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAYSIA

Farhad dan Zara melangkah masuk bilik meeting. Di situ terdapat beberapa ahli pasukan Elit dan juga pasukan Police Detective.

"Pagi semua." Ucap Farhad.

"Pagi Leftenan Farhad, pagi Leftenan Zara." Sambut semua.

"Beritahu berapa banyak maklumat yang kita dah dapat setakat ni."

Kapten Hanif mengangguk faham. Tangan mula membuka tab dan berjalan ke arah hadapan. Segala maklumat sudah disusun rapi sejak semalam. Kini dia perlu bentangkan di hadapan slide.

"Kami dapati rakyat yang tersekat di sana seramai 20 orang. Keadaan mereka, kami tak pasti. 15 orang perempuan dan 5 orang lelaki."

"Mangsa lelaki terdiri dari pekerja syarikat yang mereka kepung. Mangsa bernama Zikri, Aidan, Ibrahim, Sulaiman dan Rauf. Semua pekerja yang baru sahaja dipindahkan ke syarikat sana. Sebelum ini mereka bekerja di syarikat Zass, Kuala Lumpur."

Semua tekun mendengar. Salman sahaja yang membuat muka bosan. Dia yang edit maklumat tersebut, dah baca ulang-ulang. Ini nak dengar lagi, memang cair taik telinga.

"Mangsa perempuan semua 15 orang. Kalau nak sebut nama banyak sangat Tuan tapi ada beberapa orang nama yang kami tak dapat cari."

"Semua wajah mangsa dah dikenal pasti?" Soal Zara sambil memandang slide tersebut.

"Dah Puan. Ini wajah-wajah mangsa. Dan ini tiga orang wanita yang namanya kami tak jumpa." Kapten Hanif menunjukkan satu persatu wajah mangsa.

"Tak jumpa?" Tanya seorang anggota Elit.

Semua memandang ke arah Qarin. Qarin merupakan pengganti Marwah. Buat masa ni Qarin memegang jawatan sebagai Hacker dan penggodam utama PD.

"Saya dah cari nama dia dalam dalam sistem kad pengenalan, tapi macam ada yang tak kena."

"Apa yang tak kena?"

"Dalam sistem menunjukkan ketiga-tiga wajah tersebut dah tak ada, maksud saya sudah meninggal."

"Saya syak mereka gunakan wajah palsu untuk menyamar." Sambung Qarin lagi.

Semua terdiam.

"Kenapa mereka nak hantar penyamar pula? Target mereka di Yaman, bukan rakyat kita di Malaysia." Soalan Farhad membuatkan semua terkedu.

Ada betulnya. Jadi kenapa penyamaran dilakukan dalam kalangan rakyat mereka pula.

"Salman, Hilman dan Qarin pergi ke rumah mangsa dan cari tahu. Pastikan mereka betul-betul sudah meninggal atau tidak." Arah Kapten Hanif tegas.

"Roger Kapten!"

"Dan benda ni tak perlu heboh sampai Sarjan Hasan tahu." Zara memandang semua tajam.

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now