ARYAN yang berlari ke hulur dan ke hilir dipandang. Suaminya pula setia mengejar di belakang. Marwah tersenyum sebelum menggeleng kepala. Ada sahajalah ribut yang Wais dan Aryan lakukan."Itu abi punya lah!" Jerit Ayden tidak puas hati apabila barangnya diusik oleh Aryan.
"Umi cakap, sharing is caring abi!" Balas Aryan tidak mahu kalah.
"Tapi itu abi punya. Bagi balik Aryan, kalau tidak abi campak tidur luar." Ugut Ayden seraya membesarkan mata.
Sayangnya, macam mana degilnya Ayden begitu jugalah degilnya Aryan. Orang kata bapak borek anak rintik. Emaknya mungkin jentik-jentik. Hmm...
"Bagi balik baju abi, Wais Aryan." Wajah Ayden bertukar serius begitu juga nada suaranya.
"Aryan cuma nak pinjam sekejap abi." Aryan menunduk lalu mencebik bibir kecilnya.
Keluhan Ayden lepaskan, kalau itu baju pagoda atau baju t-shirt biasa tak apa juga. Mata memandang Marwah yang berada di atas sofa. Tolonglah suamimu ini isteri, suamimu dah mati akal dah ni. Aryan pun makin lama makin nakal. Ada aja karenah, langsung tak reti duduk diam.
Faham akan isyarat mata dari Wais terus Marwah menggelengkan kepala. Pandai pandailah urus sendiri. Ada pula minta tolong dia.
Ayden mencebik sedih lalu tapak tangan disatukan menunjukkan dirinya benar-benar merayu memerlukan pertolongan dari Marwah.
"Aryan, bagi balik baju kat abi sayang."
"Tapi Aryan nak pinjam sekejap aje umi," kening Aryan bertaut tanda tidak puas hati.
"Okey Aryan pakai dalam 5 minit kemudian bagi kat abi okey?" Pujuk Marwah.
"Okey umi." Terus baju itu dipakai oleh Aryan.
Marwah mengangkat kening lalu tersenyum sinis tanda berjaya memujuk Aryan. Sangat mudah. Ayden pula menjeling Marwah tidak puas hati tapi dalam masa yang sama mulutnya mengucap thanks tanpa bunyi.
Baju Ayden yang tersarung di tubuh Aryan labuh bukan main sehinggakan mampu cecah bawah lutut. Lengan pula labuh sampai ke lantai. Sekali pandang tak ubah macam toyol berbaju pontianak. Anaknya itu tersenyum sambil membelek baju di badan kemudian berlari ke luar rumah dengan riang.
Kini hanya tinggal Marwah dan Ayden. Ayden mengambil langkah untuk labuhkan punggung di sebelah Marwah. Marwah memandang Ayden, begitu juga Ayden yang memandang Marwah. Tak lama selepas itu keduanya melepaskan tawa.
"Awak tengok tak Aryan tadi dah macam toyol hahaha!" Gelak Ayden tak tertahan
"Yang awak tunjuk dia baju kalis api tu kenapa?" Soal Marwah dengan sisa tawa.
Beberapa minit kemudian tawa keduanya berhenti. Ayden memilih untuk baring di riba Marwah lalu perut bulat Marwah dicium dan diusap. Anak abi!
"Baju tu satu-satunya baju yang selamatkan saya dari terkena api 5 tahun yang lalu. Andaikata baju tu tak ada, sekarang ni entah alam mana saya duduk."
YOU ARE READING
Action : Wais Ayden
AcciónSeries 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpasnya Organisasi Hitam, mereka sangka semuanya berakhir namun semuanya silap. "Kita perlukan Red!" - K...