2 | Lahir

1.6K 157 17
                                    

MATA memandang isterinya yang sedang menonton televisyen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA memandang isterinya yang sedang menonton televisyen. Marwah dengan perut bulatnya nampak begitu rawr! Pantas larian dibuat dan bush! Menghempap sofa disebelah Marwah.

"Umi!" Jeritan Aryan membuatkan Marwah memandangnya tajam.

"Awak ni kenapa Wais? Nak bagi anak tu patah pinggang ke?" Pantas tubuh suaminya ditolak dari menghempap tubuh kecil Aryan.

"Mana saya tahu ada Aryan. Itu perut awak tutup semua," Ayden menggaru kepala.

Aryan dilihat namun anaknya memberi jelingan sebelum menyorok wajah di bawah ketiak Marwah. Cis! Itu tempat dia lah! Bibir dicebik.

"Oh awak nak kata saya gemuklah?" Marwah kerutkan dahi.

"Eh tak bukan. Maksud saya kan awak mengandung jadi perut awak menutupi tubuh Aryan." Terang Ayden berhati-hati. Takut ibu mengandung terasa hati.

"Sama je lah tu. Dah lah, awak pergi main jauh." Halau Marwah sebelum memandang Aryan. Tubuh Aryan digosok-gosok.

Ayden menghembus nafas. Tangga didaki. Sedih sebab Marwah lebihkan Aryan berbandingnya. Semenjak Aryan lahir, semua salah dia. Padahal tanpa dia, Aryan tu takkan lahir tau.

Telefon yang berbunyi membuatkan Ayden menyeluk poket jubah. Sebaik sahaja nama Farhad tertera, bibirnya mengukir senyuman lebar. Gosip!

Butang hijau ditekan. Terpampang wajah Farhad yang sedang berbaju pagoda. Di sana sudah malam, jadi normallah sekiranya Farhad hanya memakai baju pagoda juga kain pelikat.

"Had!" Jerit Ayden menyapa sahabat jauhnya.

"Jangan jeritlah, bini aku dengar nanti. Salam mana salam?"

"Assalamualaikum Farhad Umar tersayang. Asal kau call aku? Kau nak gosip ke?" Kerusi yang berada koridor diduduki.

"Waalaikummussalam. Mestilah ada gosip. Eh kau tahu tak Fara mengandung lagi?"

"Tak. Bapak subur Hanif hahahaha!" Tawa Ayden dan Farhad bersatu.

"Aku pun terkejut. Tapi tak apalah rezeki."

Diaman Farhad membuatkan Ayden mematikan tawa. Terdengar sahabatnya berdehem beberapa kali. Tahulah Ayden bahawa isu seterusnya bukan lagi gosip.

"Kau tahu berita Yaman diserang? Atau lebih tepat dikepung oleh pasukan pengganas?"

"Tahu." Tubuh Ayden tegapkan.

"Setakat ni tak ada arahan dari pihak atasan untuk kami jalankan misi tersebut. PD pun makin sibuk dengan kes-kes baharu. Kau tahu kan sejak Marwah tak ada, susah nak cari hacker?" Panjang lebar Farhad memberitahu Ayden sebelum mengeluh.

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now