Pagi, petang, siang, malam? Cer teka sekarang waktu apa?Pagi?
Hah, salah!
Kau fikir aku nak buat story cliche, sikit-sikit lewat bangun pagi, lewat pergi sekolah, langgar prince charming hot a.k.a budak baru sekolah, enemy, jatuh cinta, couple, kahwin? Gitu?
Ya, nggak la.
Sebab biasanya aku langgar tiang lampu je, tak ada prince charming.
Baidewei, sekarang bukan pagi, bukan petang, bukan siang dan bukan malam juga. Sekarang tengah hari. Dan tengah hari bermaksud waktu lunch? Waktu makan, tahu makan?
Tapi disebabkan cikgu aku terlampau rajin, sekarang waktu kelas tambahan. Pukul satu, panas-panas macam ni nak belajar addmath? Not me, babe!
Jadi sekarang, aku dalam tempat paling bersih lagi indah dan nyaman serta wangi, iaitu tandas sekolah. Jika anda percaya, tahniah sekolah anda bersih. Malangnya tak, aku tipu kau. Tandas sekolah akulah rumah segala kekotoran.
Tapi ini je tempat selamat untuk ponteng. Tak ada pilihan, aku sanggup duduk dalam tandas ni satu jam. Lagipun aku bukan seorang je.
"Weh, aku nak terkentut do." ujar Kayla dengan wajah sucinya. Laju tiga lagi manusia termasuk aku, berhimpit di hujung tandas menjauhi si Kayla yang berdiri di depan pintu.
"Nantilah, budu! Kita dah la bersempit empat orang dalam ni. Jangan tambahkan seksa aku dengan gas asli kau." marah Faye yang menyelit di tepi mangkuk tandas. Nasiblah mangkuk tandas tu bertutup.
Dia sudah menarik-narik baju aku dari arah belakang. Nak sembunyilah tu. Dia fikir bau tu tak jumpa dia ke kalau dia berdiri belakang aku?
Aku betulkan mask yang terasa senget selepas tangan Faye aku tepis. "Kay, nak kentut tu kentut jelah. Aku tak kisah, aku dah pakai mask."
Baru aku angkat kening sebelah, dah terasa perih atas kepala aku akibat pukulan dari Faye. "Otak kau, bodoh! Mask kau tu lindungi dari covid, bukan gas minah tu!"
"Lah, dah tu buat apa aku pakai kalau setakat kentut pun tak boleh halang? Ah, lemah slebew!"
"Weh, aku tak tahan."
Kayla memandang aku dan Faye berkali-kali tapi aku sendiri tak tahu apa yang patut aku cakap sekarang. Takkan nak suruh dia lepas je? Dah la tempat ni sempit, ada 47 minit 16 saat lagi kitorang kena duduk dalam ni.
Belum sempat aku bagi reaksi, tubuh aku ditolak selamba oleh seorang manusia bisu. Seperti dia yang bisu, aku turut membisu melihat dia membuka pintu tandas secara bisu. Faye juga turut membisu bersembunyi di belakang aku yang turut sementara bisu. Dan Kayla juga seperti bisu menahan kentutnya sendiri, tidak kisah dengan si bisu yang secara bisu membuka pintu di sebelahnya.
"Thanks, Elle. Kau je yang fah-"
"Ponteng eh?" Satu suara memotong kata-kata Kayla dan serentak itu juga,
Tut!
Ya, Kayla terkentut. Depan! Aku!
Dan betullah kata Faye. Nampaknya mask ni betul-betul tak kalis kentut.
.
.
."Seriouslah, Kate? Kau tak tipu? Kitorang dapat masuk bilik fotografi? Tapi... Tapi aku ambik gambar Kay pun boleh nampak macam katak." Macam tak percaya, aku tolak-tolak bahu Kate yang berjalan di depan aku. Bukan aku tak perasan dia dah beberapa kali nak terjatuh, tapi biarkan! Aku ingat lagi dia ada hilangkan pen biru aku dua tahun lepas.
"Apa hal gambar aku pulak? Aku cantik okay!"
"Dah tu, nak aku gelabah?" balas aku selamba.
"Memang ah! Takkan nak buat bodoh pulak?" Kayla membalas kembali, seperti selalu.
"Tak payah buat bodoh pun dia memang dah bodoh."
Faye tiba-tiba menyampuk dan akulah yang jadi mangsa. Memang bodoh je aku, aku je bodoh. Aku budak fizik tau! Even aku lulus nyawahnyawa ikan je subjek tu, sila abaikan.
"No offense, ayat tu untuk korang berdua. Bukan kau sorang." Bagaikan faham hati aku yang terluka, Faye menerangkan pada aku. Tapi ada beza ke kalau dia tujukan kat Kayla sekali? Tetap juga aku bodoh.
"Diamlah."
Tiba-tiba Elle bersuara membuatkan kami bertiga terkedu. Sekali dalam setahun pun susah nak dengar suara minah seorang ni! Aku... aku macam tak percaya!
Muka Elle yang memerah apabila Kate turut sama memandang membuatkan aku mengeluarkan telefon yang aku seludup ke dalam sekolah. Beberapa keping gambar aku ambil sebagai kegunaan di masa depan.
Boleh aku tuduh dia lesbian lepas ni.
"Okay, dah senyap? Kita dah sampai." ujar Kate. Kedengaran nadanya yang bagaikan lega, maybe sebab dia dah tak perlu seimbangkan diri jalan depan aku.
"Uwuwuwuwu, bukaklah cepat. Tunggu apa lagi?" Kayla sudah sebaris dengan aku, terlompat-lompat tidak sabar ingin melihat isi bilik lagenda yang banyak khabar angin indah.
Hanya kakitangan sekolah terpilih saja dibenarkan masuk ke dalam bilik ini. Tidak kiralah setinggi mana pun pangkat seseorang, jika tidak mendapat kebenaran dari pengerusi kelab, dia tidak dapat masuk.
Ada khabar angin daripada pelajar yang curi-curi mengintai ketika ahli bilik membuka pintu. Katanya, bilik tersebut jika dibandingkan dengan hotel lima bintang bagaikan langit dan kerak bumi. Hotel tulah yang kerak bumi.
Dan sekarang aku dapat kebenaran untuk masuk dengan umur yang baru 16 tahun!
KREK!
"Masuklah." jemput Kate, ringkas sebelum dia meninggalkan kami berempat yang terkedu di luar pintu.
Pemandangan ni sangat... di luar jangkaan.
Sangat... biasa-
"Hi!"
Eh, kejap! Sangat handsome!
"Masuklah!"
Sangat elegan!
"Janganlah malu-malu."
Sangat, sangat, sangat, SANGAT perfect!
"Babe, kau nampak tak apa aku nampak?" Kayla menyinggul lengan aku sekali.
"Aku tak buta, babe. Aku tak buta."
Bukan bilik ni tahap 10 bintang, tapi pemiliknya.
Oh, princes and princesses charming! My one and not only! Bless my eyes!
Tiba-tiba sesi menyihatkan mata aku terganggu bila tubuh aku ditolak-tolak dari belakang. Suara halus Elle sudah memarahi aku dan Kayla yang menghalang jalannya. Manakala Faye pula sudah duduk di kerusi bersebelahan pengerusi kelab di dalam sana.
Oh, Faye. Lajunya kau pilih target!
Bagaikan faham kata-kata hati aku, tiba-tiba Faye menjeling aku tajam. Pantas aku buat-buat tak nampak dan menarik tangan Kayla masuk.
Dengan penuh tak malu, aku duduk di sebelah bakal skandal yang cantik lagi menawan. Matanya yang biru kehijauan seperti warna laut disempurnakan lagi dengan bulu mata panjang dan melentik. Kawasan bawah mata dan hidung mancungnya pula mempunyai freckles yang samar-samar kelihatan. Bibirnya lebih kepada warna salmon.
Mata aku melirik pada tag yang tersangkut pada poket atas kemejanya.
Naib Pengerusi Kelab Fotografi
Serena Carmen
5 Aquamarine"Apa tengok-tengok?" soal Serena, selamba. Sekali gus membuatkan aku terkejut. Gigi putihnya bagaikan bersinar apabila dia tersenyum pada aku.
Mata aku kelipkan berkali-kali bagaikan tak percaya dengan keindahan di depan mata. Tanpa sedar mulut aku bergerak sendiri, "Oh my beautiful queen, please marry me! I promise I'll do anything for you!"
Serena tergelak sekali gus membuatkan aku semakin jauh tersasar dari realiti.
"Really? Then, be a vampire for me."
-11/02/22
YOU ARE READING
Not So Normal Club
Fantasy"Vampire boleh sedut darah orang!" "Tak boleh!" Dan begitulah harapan aku dihancurkan. Aku betul-betul dah salah pilih! Vampire? Apa je vampire moden boleh buat? Ah, lemah slebew! ••• Semuanya normal selama lebih 15 tahun aku hidup. Aku sebagai an...