Suara-suara sayup kedengaran di telinga aku. Mata yang terasa berat aku buka.
"Rey!"
Terdengar suara Faye. Kepala aku terus palingkan ke kiri, memandang Faye yang kini sibuk menekap tangannya pada dahi aku berulang-kali.
Faye? FAYE?!
Sejak bila pulak dia layan aku balik? Sejak bila kitorang berbaik?
Aku... Aku tengah mimpi ke?
"Rey, bangunlah. Ini semua cuma mimpi. Ini semua cuma halusinasi kau, Rey. Bangunlah!" Aku menggumam sendiri dengan mata yang aku tutup rapat mengharapkan aku cepat bangun dari tidur dan aku janji bangun je nanti, aku baling kuali ibu kat Faye.
Sampai hati dia palau aku sampai aku termimpikan dia.
"Apa kau cakap? Weh, Lance! Kau pasti ke gigitan kau selamat? Pehal minah ni jadi gila pulak?"
Terdengar nama Lance yang keluar dari mulut Faye, mata aku automatik terbuka besar. Kejadian tadi kembali menyerang ingatan.
Tali kasut.
Lance.
Leher.
Gelap.Laju tangan aku menyentuh leher yang digigit tadi dan serentak itu juga, bagai terkena kejutan elektrik seluruh tubuh aku terasa sakit.
"Ka... kau okay tak? Audrey?"
Suara Lance kedengaran. Laju kepala aku gelengkan. Dah jelas-jelas aku tengah sakit, boleh tanya lagi. Kalau tak sakit memang dah lama aku tanggalkan kepala mamat ni buat main bola tampar.
"Ayok, Lance. Ayok tak tahu, ayok Lance sakitkan Rey. Nanti ibu Rey marah. Mampuslah kau Lance. Ayok tak tahu, ayok!" Kayla mula menganjing. Sambil-sambil tu dia tolak tangan aku dan kesan gigitan tadi dibelek-belek.
"Pehal membiru ni?" soal Kayla.
"Biru?! Aku... Aku salah gigit ke?" Kata-kata Lance membuatkan seisi bilik tu menjelingnya termasuklah aku.
"Yang kau gigit aku tu kenapa?! Argh, Kay jangan sentuh!" Aku menepis tangan Kay yang menekan kesan gigitan tadi.
Tiba-tiba leher aku bersentuh dengan permukaan sejuk. Rasa sakit berkurang lalu mata aku buka. Wajah Elle yang fokus menekap luka aku dengan ais menjadi pemandangan pertama, diikuti Kayla yang terjenguk-jenguk dengan bibir memuncung, Faye yang menjeling tajam Lance, dan Lance yang cuak memandang leher aku.
"Better?" soal Elle.
Kepala aku anggukkan lalu paket ais tadi aku ambil dan aku tekap sendiri. "Thanks..." Aku menjeda untuk melihat reaksi Elle yang kini tersenyum lega. "...and sila meninggal."
"Huh?"
"Crack! Aku dengar hati Elle patah." Kayla menyampuk sebelum tergelak sendiri.
Elle diam memandang aku dengan mata bulatnya membuatkan aku memusingkan bola mata sendiri. "Tadi kau palau aku tau. Aku tak lupa lagi."
"Kuat dendamlah kau ni, Rey." Faye merungut. Kaki aku ditolak kasar sebelum dia duduk di sisi katil.
Wajah Faye aku jeling tajam. "Ah, kau pun sama!"
"Syukur sikit eh kitorang tunggu kau sampai pukul 4 petang ni. Kalau tak dah lama aku sendiri kunci pintu, biar kau terkurung sampai meninggal."
"Auch, Faye. Kijangnya kau. Kenapalah aku kawan dengan kau ?"
"Lah, kita kawan? Asal aku tak tahu?"
"Crack! Hati Rey pulak patah." Kayla sekali lagi menyampuk. Dia mula menilik kawasan leher aku sekali lagi.
"Babunlah korang! Dah palau aku buat-buat tak tahu pulak. Lain kali palaulah lagi, palau! Biar aku kawan dengan beruk belakang sekolah tu je." Aku mula membebel tak puas hati. Ingat senang-senang je aku nak diamkan apa diorang buat? Hati hitam aku terluka tau!
YOU ARE READING
Not So Normal Club
Fantasy"Vampire boleh sedut darah orang!" "Tak boleh!" Dan begitulah harapan aku dihancurkan. Aku betul-betul dah salah pilih! Vampire? Apa je vampire moden boleh buat? Ah, lemah slebew! ••• Semuanya normal selama lebih 15 tahun aku hidup. Aku sebagai an...