2.

13 5 21
                                    

Malam menjelma. Jam nazak di dinding bilik aku sudah menunjukkan waktu 12.30 malam dan perut aku waktu-waktu macam ni la nak lapar.

Memang tak cukup maggi sebungkus pukul 10 tadi, nak juga dia minta bungkusan kedua sekarang. Dasar perut derhaka. Kalau boleh tanggalkan perut ni, dah lama aku beli perut tiruan kat shopee.

Telefon yang masih memainkan stage performance kpop group kegemaran aku, aku campakkan ke atas katil. Dengan niat murni, aku menjengukkan kepala ke luar pintu, ingin mencari kelibat ibu atau ayah. Yakin ibu dan ayah tak ada, laju aku berlari ke dapur di tingkat bawah.

Kabinet atas aku buka lalu maggi perisa asam laksa yang terakhir aku capai. Sedang aku didihkan air, satu bunyi menggugat keberanian 20 sen aku.

TAP! TAP!

Watermelon pineapple! Natang apa tu? Aku tahu dia datang dari arah tingkap hujung dapur tapi aku tak nak pandang! Aku belum nak mati lagi!

TAP!

Ah sudah, janganlah hantu! Dalam banyak-banyak benda aku tak takut, nak juga main hantu? Tak boleh ke respect sikit ketakutan aku?

TAP! TAP!

Ah, tak nak pandang! Selalunya dalam cerita hantu, kalau kita pandang, 'dia' kacau kita. So kalau tak pandang mesti dia tak kacau, kan?

Dengan logik ekspress yang aku terfikir, api dapur aku matikan. Perlahan aku menyeret kaki dengan badan membelakangi tingkap.

KLANG!

Hah, sudah! Lain pula bunyinya. Apa dia nak ni? Boleh tak aku buat perjanjian damai? Tapi macam mana?

Ah, BTS! Confirm hantu pun tak boleh tahan godaan BTS! Yakin aku mula menyanyi lagu yang baru aku tengok di bilik tadi.

"YOLO YOLO YOLO YO
Where my money yah
Tangjinjaem tangjinjaem tangjinjaem
YOLO YOLO YOLO YO
YOLO YOLO YO
Tangjinjaem tangjinjaem tangjinjaem
YOLO YOLO YOLO YO
Where the party y–"

TAP!

Liur aku teguk kelat. Kenapa dia tak nak berdamai juga? Tak kuat ke serangan aku?

"Erm, kau tak suka lagu tu ke? Aku ada lagu lain. Jap, ehem ehem. Wan, tu, tri, terai test, ehem. Okay... Did you see my bag?! Did you see my bag?! It's hella trophy and it's hella thick! What you think 'bout that? What you th–"

"Diamlah suara katak!"

Wait? Who the 'curse word' baru tegur aku tu? Berani kata aku suara katak?! Elok dah aku cuba berbaik dengan dia. Dasar, jadi hantu ngak ada akhlak!

Baru aku mahu melepaskan rasa tak puas hati, suara aku tersekat di hujung tekak. Bunyi yang jelas dari arah luar tingkap sana membuatkan seluruh tubuh aku membeku. Minda aku yang aku pun tak pasti masih ada otak atau tak, langsung tak membuat keputusan untuk tindakan yang patut aku ambil.

Aku pasti aku patut lari, tapi entahlah nak! Gue nggak tahu! Gue keliru!

.
.
.

Angin bertiup lembut lagi sejuk.

Tak, gurau je. Cuaca sekarang tak menentu. Most of the time cuma sejuk, tak lembut pun angin tu. Kadang beg 10 kilo aku pun rasa nak terterbang. Apatah lagi aku yang cuma lima kali ganda darinya.

Sambil mendaki tangga, aku perasan keadaan sekeliling aku masih gelap. Teringat kejadian semalam yang mentraumakan hati murniku, telefon aku keluarkan lalu torchlight aku hidupkan, menyuluh jalan sendiri.

Menyesal pula aku datang awal pagi.

"Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei! Hei lihat Estelle jauh rasa sayang-sayang hei! Ala, Elle mana kau? Kenapa kau tak datang awal hari ni? Aku takut." Aku mula mengarut dan mengulang-ngulang nama Elle seperti jampi, mengharapkan dengan ajaibnya dia bakal muncul di depan mata aku.

Not So Normal ClubWhere stories live. Discover now