6.

10 2 19
                                    

Perlahan-lahan mata aku buka, kabur. Meskipun terasa berat kelopak mata, tetap juga aku lawan disebabkan tekak yang sudah terasa seperti di padang pasir.

Elle dan Kayla yang masih nyenyak tidur berpelukan aku pandang sekilas sebelum bangun. Rambut aku rapikan sambil berjalan. Takut pula ada tersalah anggap aku kakak tiri pontianak kalau keluar dengan rambut macam ni.

Sampai saja ke dapur, mata aku menangkap kelibat seseorang di meja makan. Rambut hitam lebat serabai, baju hijau gelap, sudu di tangan kanan dan telefon di tangan kiri. Di depannya pula terhidang kek hari jadi papa yang masih berbaki tiga per empat daripada jumlah asalnya.

"Cayden." Tegurku sambil menguap besar. Kerusi di depannya aku tarik lalu aku labuhkan duduk. Wajah mengantuk jejaka itu aku tenung. Eh, ada tahi lalat baru!

Cayden hanya mengangkat muka sesaat sebelum kembali memandang telefonnya yang masih memainkan video entah apa.

"Ngokpetu?" (Tengok apa tu?) Soalku sependek-pendeknya dan dijawab dengan jungkitan bahu jejaka itu.

"Watkanlo." (Buatkan Milo.) Sekali lagi aku kacau ketenteramannya, terlalu malas untuk bangun sendiri.

Kali ini Cayden pusingkan bola matanya, dengan penuh diva tangan diletakkan di bahu sendiri. "Watlari." (Buat la sendiri.)

"Tnak, tadap." (Tak nak, tak sedap.)

"Yahlanum." (Tak payah lah minum.)

"Titi."

Sepi seketika. Cayden pandang aku atas bawah sebelum mulutnya dicebik. "Bahasa lain pulak ke kau guna?"

"Nede, tullatu, titi."

"Okay, stop. Aku tak faham."

"Tulah kau, tengtika."

"Tikar? Kau nak aku sumbat tikar dalam mulut kau?"

"Yanodo." Kepala aku geleng perlahan sambil menahan senyum. Lama dah aku tak kacau Cayden. Maklumlah, dia dah masuk universiti. Jadi jaranglah ada kat rumah.

"Eh, kurang asam! Sedap kau bodo kan aku!" Laju tangan Cayden mengetuk kepala aku membuatkan aku tersengih lebar.

"Lah, tu faham pulak?"

"Aku bukan lembam macam kau." ujar Cayden dengan nada menyampah. Sesudu kek disuapkan ke dalam mulut sendiri sebelum dia kembali bercakap. "Leher kau tu kenapa?"

"Eh, nampak eh? Ingatkan buta dah." usikku lagi, sengaja malas mahu menjawab soalannya. Nak kata apa? Kena gigit vampire pastu bulat-bulat kena cop gila dengan mamat ni.

Eh, kejap. Cayden kut. Segila-gila aku kena gigit vampire, tak segila dia fikir baby plastik tu datang dari rahim barbie. Kalau ada yang berfikir macam Cayden, maaf kerana menghancurkan fantasi anda, anak-anak sekalian. Tapi baby tu datang dari rahim kilang. Tak pernah lagi aku nampak barbie pregnant. Maybe sebab dah lama aku tak tengok cerita tu. Maklumlah dunia dah maju, siapa tahu barbie moden sudah reti mengandung dan melahirkan demi menyambung generasi akan datang.

Eh terpanjang pulak melalut.

"Kena gigit vampire." Maka, aku jujur saja.

Aku perhati riak Cayden. Sikit pun tiada riak terkejut, hanya sebelah keningnya diangkat rendah. Telefonnya sudah dimatikan dan diletak ke tepi. Tangan yang kosong menolak sisi wajah aku, menyerlahkan lebih jelas kesan gigitan itu padanya.

"Dah tak seteruk petang tadi. Dah sapu ubat?" Wajah aku dilepaskan.

"Ubat apa?"

"Manalah aku tahu. Aku belajar pasal haiwan, bukan manusia."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Not So Normal ClubWhere stories live. Discover now