Aisyah pov
TING TONG...
Aku menapak ke dalam kedai 7 Eleven berhasrat untuk membeli jajan yang sudah sebulan perut aku tak ambil.
Kesian perut aku lama benorrr rindu dengan coklat
Setelah mengambil kesemua makanan dan minuman yang ingin dibeli, aku bergerak pergi ke kaunter untuk membayar.
Alhamdulillah, duit yang aku ada dibayar daripada hasil upahan menjadi penjaga kaunter di kedai runcit Pak Qasim berguna.
Untuk membeli makanan. Hehe.
Selepas membayar aku menapak keluar daripada kedai tadi dan bergerak menuju ke basikal tua yang berwarna hijau.
Sewaktu tengah berjalan, aku terdengar pulakkk yang ada orang merengus kesakitan di suaty lorong yang sangat gelap.
Terkaku aku kat situ.
Bunyi tu macam sakit sangat tuhhh. Nak tolong ke tak nak?
Ermmm... toling je lahh. Karang ada apa-apa jadi kat orang tu kesian dia.
At least dapat pahala. Hohoho.
Dengan perlahan-lahan aku membuka langkah memasuki lorong itu. Kenapa lahh gelap sangat kat sini. TT
"Erghh" buat kali kedua orang itu mendengus kesakitan. Aku dah panik dah nii.
Aku berjalan dengan cepat sedikit sehingga kakiku berhenti di hadapan satu tubuh yang sedang terduduk dengan badannya yang tersandar ke dinding dan sebelah tangan memegang perut.
Lelaki...
Seperti menahan sesuatu...
" A-awak okey ke? Nak saya tolong apa-apa? " aku bersuara dengan nada yang prihatin.
" Sakit...........perut aku" lelaki itu menjawab persoalanku dengan nafas tercungap-cungap.
Disebabkan tidak nampak apa yang terjadi kena lelaki itu, aku mengambil telefonku dan membuka torchlight dan menyuluh ke tubuh badan lelaki itu.
Alangkah terkejutnya aku dengan keadaan lelaki itu.
Baju dibahagian perut yang di pegang sudah dibasahi dengan darah yang merah pekat.
" Kejap saya telefon ambulan"
Sebelum aku sempat mendail lagi, lelaki itu terlebih dahulu menghalang aku daripada berbuat demikian.
" J-jangan, jangan telefon ambulan"
" Dah dahtu saya nak buat apa ni?"
" Tinggalkan aku kat sini, kau pergi balik"
Lelaki itu dengan senang-lenangnya menyuruh aku pergi daripada situ.Dahla tengah sakit lepastu degil macam boleh survive sendiri dengan keadaan ya yang parah ni!
Memang tak laa aku nak tinggal dia seorang diri di sini. Karang something bad happen kat dia. Nanti aku yang rasa bersalah.
" Saya bawak awak balik kat rumah keluarga saya laa. Rumah kitaorang tak jauh pun fullstop"
Dengan pantasnya aku menelefon nombor telefon ayahku yang tersayang.
Lelaki itu pula hanya berserah kerana sudah tidak sempat untuk menghalang perempuan co... dihadapannya itu.
" Assalamualaikum abah, adik nak minta tolong nii. Sebenarnya, adik ada terjumpa satu orang. Orang tuu sakit. Sakit sangat. Abah boleh datang sini tolong? Kita bagi dia tu pang rumah kita. Tanya ibu dulu. Boleh?"
Selang beberapa minit abah aku dapat kebenaran daripada ibu aku.
Sekarang mungkin dalam perjalanan ke sini.
Aku pandang balik ke arah lelaki dihadapanku ini. Dia pandang aku balik.
Janggal.
" Aaa nama awak apa? "
" Alessio " dia jawab sepatah dengan suara garaunya. Baru perasan.
Alessio, hmm nama dia macam lain je.
" Awak Islam ke? Sorry tanya"
" No" aku hanya meng'o'kannya.
"Awak nak minum? Saya ada air"
" Takpe" Alessio menolak pelawaku. Suara dia tuu macam dah nak hilang jee betul ke tak nak nii?
" Tapi, suara awak dah lain macam je saya dengar. Takpe ke?" pelawaku lagi.
Alessio mendiamkan diri beberapa saat sebelum dia menerima pelawaku.
Aku menghulurkan botol air kepadanya tetapi dia tidak mengambilnya.
" T-tangan aku sakit" tergagap Alessio kata. Aku tersengih sedikit.
Hmm...tolong je laa.
" Takpe, saya tolong awak"
Aku mula bergerak kearahnya dan mencangkung disebelahnya.
Jarak tak dekat sampai boleh bersentuhan. Checked✔️.
" Haa, dongak lepastu nganga"
Alessio mendongak dan membuka mulutnya. Dahaganya tidak boleh ditahan lagi. Air selamat mendarat dimulut Alessio.
" Nak lagi" Alessio meminta. Aku hanya mengokeykannya.
sedang dia minum tadi usha jugak laa mukanya. Tak dinafikan memang mukanya sangat tampan. Tak pernah aku tengok muka setampan orang ini.
Yang paling aku suka mata dia. Warna Hazel! aaaaaa cantik! Teringin nak warna macam tuuu.
Nak je tengok dekat-dekat tapi tulaaa. Hmm...
PIN!! PIN!!
Ushh, buat terkejut je kereta ayah aku ni.
Aku bangun daripada cangkungku dan bergerak ke kereta ayahku.
" Ayah, sini yah dia kat sini" aku berbisik seraya menunjuk jari telunjukku ke arah Alessio.
Ayah aku pun datanglah.
Sampai je kat depan lelaki itu, ayah aku dah buat muka. Macam tak boleh.
" Ayah boleh ke angkat dia? "
" Boleh, tapi sekejap je laa... tapi abang kamu ada ikut sekali. Pergi panggil dia"
" Okeh" aku berlari anak ke kereta Proton Saga lama ayahku.
TUK TUK
" Abang Aiman! abah suruh tolong sekali! Cepat" Suruhku.
.
.
.Apasal mamat ni macam terlebih tinggi je. Dah sampai kena membongkok bila ayah aku dengan abah aku papah dia.
Tak silap aku, orang paling tinggi aku pernah tengok abang aku je laa. Itupon 183 cm.
Nanti la aku tanya dia punya tinggi. Dia pun aku tengok macam nak pengsan dah.
Kesian.
| PHMB |
Semua pekerja terkaku apabila tersedar akan kehadiran seorang lelaki yang segak berpakaian sut berwarna hitam yang dipadankan dengan tali leher warna kelabu.
Ada juga wanita-wanita kat sini yang pengsan kalau tenung si jejaka itu lama-lama.
Siapa lagi kalau bukan lelaki itu, Denniz Zufar Hayyan.
Pemegang jawatan CEO Hayyan Enterprise.
TETAPI
Muka bos mereka itu kelihatan bengang semacam. Dah la baru pagi tapi muka dah macam nak makan orang.
Ni mesti someone buat hal dengan an boss mereka ni.
Habislaa orang tuu.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐜𝐮𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫. 𝐁𝐞𝐚𝐬𝐭𝐬
Romance| السَّلَامُ عَلَيْكُم | DENNIZ ZUFAR HAYYAN - Satu nama yang sangat terkenal dalam dunia perniagaan. Seorang yang sangat berjaya sehingga 1 dunia tahu. Wajahnya yang sangat tampan menjadi kegilaan ramai wanita. Namun, tiada seorang pun yang mampu...