PHMB 3

16 0 0
                                    


"Aisyah Humaira" bisik Denniz secara perlahan. 

"Kawan ayah yang mana satu ni?" tanya Denniz.

"Alaa  kamu ni, macam tak kena dulu ayah selalu lepak dengan siapa. Encik Ariz lerr" Tuan Zafran menjawab persoalan anak sulungnya dengan menyampah, tapi dalam hati la. Boleh pula dia lupa sahabat aku yang itu. Walhal dulu boleh dikatakan setiap hari anaknya bertemu.

Cuma sekarang dah lama tak jumpa sejak Tuan Zafran dan keluarganya berpindah ke Switzerland atas urusan kerja 3 tahun yg lepas. Sejak itu dia dengan sahabatnya sudah tidak berjumpa lagi.

Denniz betanya lagi. "Macam mana abah boleh teringat nak kahwinkan Denniz dengan Aisyah tu?"

Tuan Zafran melepaskan nafas yang berat. 

"Semalam, ibu kamu ni ada ajak abah gi makan kat warung favourite dia kat kampung *****. Kampung Encik Ariz. Dah sampai sana, elok pula terjumpa Ariz kat sana tengah makan dengan anak lelaki dia. Lepastu kita orang sembang la dekat 2 jam la jugak la . Maklum lah dah 3 tahun tak jumpa"

"Tengah sembang-sembang ibu kamu ini ada menyelah tanya tentang nak jodohkan kamu dengan Aisyah" Jelas Tuan Zafran panjang lebar kepada anaknya itu. Takda satupun yang tertinggal.

"Actually, ibu ni excited gila nak jodohkan kamu dengan Aisyah. Mananya ibu tak suka, dahlah Aisyah tu baik,cantik,comel,sopan,muslimah pula tu. Lengkap semua ciri-ciri menantu yang ibu inginkan." Sampuk Puan Diana. Terselah rindu dan minatnya terhadap Aisyah.

'Jangan harap Aisyah jadi menantu orang lain kalau bukan I. HOHOHO' bisik hati Puan Diana tegas mahukan Aisyah jadi menantunya. Boleh bawak gi shopping and girls day katenyerr.

Terdiam Tuan Zafran dengan anak lelakinya mendengar luahan Puan Diana.

Tuan Zafran mengagguk tanda setuju. Denniz sudah tertanya-tanya dalam hati.

'Betul ke perempuan tu apa yang ibu aku katakan tadi? Tak macam perempuan lain yang tergedik-tergedik mengalahkan cacing'

"Abah bagi kamu ruang untuk berfikir. Tapi, esok lusa Encik Ariz jemput kita makan malam dekat rumah dia. Jangan mengelak ye." tegas suara Tuan Zafran kepada anaknya.

Denniz hanya mengagguk tanda setuju.

Lepas sahaja meeting keluarga itu. Denniz berangkat pergi ke biliknya. Malas dia nak drive balik penthouse dia.

Denniz membersihkan dirinya dan terlebih dahulu solat ishak sebelum merebahkan dinya keatas tilam empuknya itu.

Lengan diletakkan dibawah kepalanya mata memandang siling yang dihiasi dengan kipas yang sedang berputar. Lampu sudah ditutup.

Denniz buntu.

'Tak sangka pula yang ibu dengan abah nak jodohkan aku dengan menantu pilihan diaorang. Aku pulak tak terfikir nak mempunyai isteri serta mempunyai keluarga.'

'Business dengan aku berpisah tiada. Macam mana ni........Tapi kalau ditengokkan, ibu memang suka sangat dengan Si Aisyah tu. Ibu ni dahlah cerewet lain macam dalam bab-bab kahwin ni. Abah pulak, ikut je ibu.' Denniz mengeluh berat. 

Dia mencapai telefon canggihnya itu lalu memesej orang bawahan dia untuk menyiasat rekod gadis yang bernama Aisyah Humaira binti Ariz dan berikan rekod itu kepada dia esok juga.

Sesudah itu dia mencapak telefonnya di ruang katil sebelahnya. Maklum lah katil saiz king tapi badan tuannya sorang ajer.

Kalau perempuan tu tak sama macam yang ibu described memang aku sialkan perempuan tu sebab tipu ibu dengan abah aku .

Denniz mengepal penumbuknya sebelum meraup mukanya yang sempurna bak bidadara syurga yang diimpikan semua kaum hawa.

Mukanya yang bersih tanpa sebaran jerawat atau parut, bibirnya yang merah, bulu matanya yan panjang, pandangan yang sangat memersonakan walaupun itu hanya satu jelingan yang membunuh.

Boleh cair kalau orang tengok lama-lama.

Denniz telah dibuai mimpi setelah membaca doa sebelum tidur. Dia hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT.

.

.

.

(Kembali ke hari yang asal)


"Tadi ayah ada kata yang esok baru awak balik, betul ke?" Aisyah bertanya seperti normal macam sebelum dia mulakan pertanyaan dia, dia teragak-agak dan berfikir entah berapa kali. 

Kut-kut 1000 kali. 

Alessio hampir tersemburkan makanannya apabila wanita yang berada di hadapannya bertanya.

'Merdu and comel'

'Totally an angel sent from heaven' Alessio tersengih diam-diam tanpa ditahu oleh Aisyah.

" Erm...yes " terus Alessio tak pandai berbahasa seperti biasa penangan dengan angel yang berada di hadapannya itu.

Tcheh malu punya pasal. 

Terkejut lalu terkentut juga Alessio dengan apa yang baru sahaja berlaku.Tak sangka dia boleh bertindak seperti begitu.

Kalau kawan dia dengan ibu dia dengar, memang dia kena bahan teruk.

" O-oh, awak memang tak nak pergi hospital ke? Awak punya luka tu macam perlu rawatan yang lebih lanjut je....?" Aisyah risau.

Mana tak risau gadis itu kalau itu merupakan kali pertama dalam hidupnya dia melihat luka seteruk itu.

Alessio terpersonakan seketika. Dia risaukan aku.

Atau luka aku? ARGH!

" Takpe-takpe, luka ni tak sakit mana pun. Walaupun dah selalu kena." Jawab Alessio dengan tenang.

Mendengar jawapan itu, kurang sedikit risau Aisyah terhadap jejaka dihadapannya itu. 

Aisyah hanya mengagguk lalu dia menghabiskan sarapan dia.

Setelah sudah bersarapan, Aisyah meminta diri untuk pergi ke biliknya.

Aisyah mengemaskan apa yang patut sebelu dia pergi ke tempat kerjanya di kedai runcit Pak Qassim.

Selalunya, dia memulakan kerjanya lepas waktu zohor namun, Pak Qassim mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan. Oleh itu, dia terpaksa meminta Aisyah bekerja awal untuk hari ni sahaja.

Aisyah memahami situasi bossnye dan berstuju untuk bekerja awal. Walaupun, dia dirumah tidak ada banyak kerja yang ada boleh dilakukan kerana sudah siap terlebih dahulu.

Aisyah berdiri dihadapan cermin memastikan pakaiannya longar dan menutp auratnya dengan sempurna. Setelah itu, Aisyah menggalas tote bag nya yang berisi dengan telekung dan dompet, tak dilupakan telefon Samsung pemberian abangnya sempena hari jadinya pada tahun lepas.

Aisyah menuruni anak tangga dengan berhati-hati lalu pergi ke tempat ayahnya sedang berada untuk memberitahu bahawa dia sudah nahu bertolak ke tempat kerjanya.

Aisyah menyalam tangan ayahnya.

"Pergi tu elok-elok, jangan ikut orang sebarangan" pesan Encik Ariz kepada satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Okie ayah, adik gerak dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Alessio di meja makan hanya memerhati ahli keluarga itu.

Tapi, pandangannya tertumpu kepada Aisyah sejak Aisyah menuruni anak tangga dan memberikan senyuman kecil kepadanya.

'Angel'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐏𝐞𝐧𝐜𝐮𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫. 𝐁𝐞𝐚𝐬𝐭𝐬Where stories live. Discover now