Khalief mengemaskan bajunya buat kali terakhir sebelum menyandang beg kerjanya ke bahu.Baru sahaja tangannya mahu mencapai pintu kereta untuk ke tempat kerja tiba-tiba telefonnya yang berada di dalam kocek seluar berdering kuat membuatkannya kalut untuk mengangkat panggilan tersebut takut-takut panggilan penting dari client masuk.
Tatkala melihat nama Arisha sebagai pemanggil, senyuman Khalief di bibir manisnya terbentuk.
"Hell..o Sha? Kau kenapa ni menangis?" Terkejut dia tiba-tiba terdengar suara Arisha menangis teresak-esak di hujung talian.
"Alief, kau datang sini ambil aku. Nanti kau sampai aku cerita. Sekarang." jawab Arisha.
"Tak boleh. Aku nak pergi office sekarang ni. Aku jumpa kau malam eh?"
"Sekarang. Now"
"Okay. Okay. Kau send location sekarang."
Selepas mendapat lokasi Arisha, Khalief pantas membuka pintu kereta dan memecut ke lokasi Arisha.
***********************************
"Kau kenapa ni? Siapa yang berani buat kau nangis sampai bengkak mata kau tu? Apa yang manusia tu buat dekat sahabat kesayangan aku ni?" tanya Khalief kepada Arisha yang jelas menunjukkan bahawa dia marah akan pelaku yang membuatkan Arisha menangis sebegitu rupa.
"Huwaaa..Alief, jantan tu, jantan tu tak guna!" balas Arisha dalam esakan.
"Jantan mana? Si Mikael tu ke? Dia buat apa kat kau? Dia curang ke? Ke dia pukul kau? Kau pandang aku Arisha! Apa jantan tu buat kat kau?" bertalu-talu soalan dilontarkan kepada Arisha dengan perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar.
"Tak, dia tak curang. Tapi selama ni dia gunakan aku je. Dia ajak aku kahwin pun cuma untuk balas dendam dekat bekas tunang dia dulu je. Mentang-mentang daddy tu Tan Sri and aku anak daddy, dia nak tunjuk dekat bekas tunang dia yang boleh jadi kaya bila kahwin dengan perempuan yang berharta dan kaya. Aku sendiri pun tak nak susahkan daddy, tak nak guna harta daddy sampaikan aku usaha sendiri kerja dengan orang lain." cerita Arisha.
Memikirkan dirinya dipergunakan semata-mata kerana harta daddynya membuatkan Arisha berasa maruah perempuannya dipijak-pijak.
Mendengarkan itu, Khalief menggenggam penumbuk erat sehingga keluar urat tangannya. "Sial. Jantan tak guna. Patutlah baru kenal 3 bulan dah ajak kau kahwin. Rupanya ada udang di sebalik mee. Yang kau pun satu, baru je kenal dah terima,dah percaya dia bulat-bulat bila dia ajak kahwin kenapa?" marah Khalief.
Makin berjujuran air mata Arisha. "Manalah aku tau. Ni baru kali pertama aku bercinta. Kali pertama ada lelaki kata dia sayang aku. Manalah aku nak expect semua benda ni akan jadi dekat aku. Aku menyesal. Aku tak nak bercinta lagi lepas ni." balas Arisha.
"Kalaulah satu hari nanti aku jumpa jantan Mikael tu, tahulah nasib dia macam mana. Sekarang ni kau nak aku hantar kau balik ke apa, Sha? Aku nak kena pergi office pagi ni." soal Kahal
"Tak apa, kau pergi je office. Aku dah luahkan dekat kau semua ni, aku dah lega sikit. Lagipun, kalau kau hantar aku balik, kereta aku tu macam mana nanti?" Arisha menunjukkan jarinya ke arah kereta miliknya yang diparkir di tempat parkir yang disediakan di situ tetapi dalam keadaan yang agak tersorok.
Khalief memandang muka Arisha kemudian dia menghela nafas berat. "Macam ni lah, kereta kau nanti aku panggil Faiz hantarkan kat rumah kau. Sekarang, kau masuk kereta aku, aku hantar kau balik. Kau ingat mata kau yang dah sepet menangis dari tadi tu nampak ke jalan? Ada hati nak bawak kereta." sempat lagi Khalief mengejek mata Arisha.
Terbuntang mata Arisha yang bengkak itu walaupun hanya dapat dibuka sedikit matanya. "Kau ni, kalau prihatin dekat aku cakap je lah elok-elok. Janganlah perli aku, aku dahlah tengah sedih ni." panas pula hati Arisha tapi bila difikirkan balik ada betulnya kata-kata Khalief tentang matanya yang tidak memungkinkan dia untuk memandu buat masa sekarang.
"Baiklah cik tuan puteri ais Elsa, dipersilakan naik kereta saya dan izinkan saya menghantar tuan puteri pulang ke pangkuan ayah dan bonda kerana saya tidak percaya mata tuan puteri yang macam koala tu mampu tengok jalan dengan jelas. Cepatlah, aku ada meeting penting tau kejap lagi." gesa Khalief.
Arisha bangun sambil menghentak-hentak kakinya seperti budak lima tahun tak dapat aiskrim akibat geram dengan mulut Khalief. "Ish, bencilah aku dengan kau ni. Jomlah, cepat hantar aku sampai depan pintu rumah. Nanti, terlepas meeting kau tu, aku juga yang dibebel tujuh keturunan. Kesian anak cucu aku nanti." jawab Arisha dengan muncung yang semakin panjang ke depan.
***********************************
Usai sahaja Khalief menghantar Arisha pulang dia berkejar ke tempat kerjanya untuk berjumpa dengan client nya.
Sesampai sahaja Khalief di syarikatnya setiausahanya terus menerpa ke Khalief dan menerangkan jadual kerjanya pada hari itu.
"Tuan, hari ini tuan ada meeting dengan tiga client dan satu daripadanya adalah lunch meeting di Hotel Thistle. Tapi, client tuan pagi ni, Mr. Robert baru inform yang dia terpaksa tunda meeting pagi ni dan dia minta maaf sebab bagitau lambat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan katanya." panjang lebar setiausaha Khalief yang bernama Aira itu menerangkan jadualnya.
Khalief khusyuk mendengar sambil kakinya laju melangkah ke arah bilik pejabatnya. "Okay Aira. So, pagi ni schedule I free lah kan?" soal Khalief sebaik sahaja dia duduk di kerusi empuknya itu.
"Yes Tuan."
"Okay, thanks Aira. You may leave."
Sebaik sahaja Aira keluar, Khalief terus bangun dan membuka vest nya lalu disangkut di belakang kerusi sebelum duduk semula.
"Fuh, nasib baik cancel. Kalau tak payah jugak nak meeting ya kalau rushing macam tadi. Habis bercelaru otak. Arisha, Arisha. Nasib baik kau kawan baik aku, kalau tak memang malas aku nak melayan." ucap Khalief sebelum mula menyemak paperwork yang akan dibentangkan pada petang nanti.
Khalief berazam bahawa dia harus berkerja lebih keras untuk membangunkan syarikat hasil titik peluhnya itu. Itu yang membuatkan Khalief digelar workaholic kerana dia sanggup mengorbankan masa lapangnya dengan sentiasa mencari idea dan peluang untuk mengembangkan bussiness nya ini. Dan buktinya, sekarang dia sudah mempunyai peluang dan modal yang cukup untuk menambah satu lagi cawangan syarikatnya di negeri Selangor yang masih lagi dalam proses perbincangan.
YOU ARE READING
Forgotten Wife
Romance• AUTHOR FIRST BOOK • "Alief apa kata kalau kau kahwin dengan aku je." - Arisha Irdina "Kau gila?" - Khalief Haidan "Better daripada kita berdua tak kahwin-kahwin sampai tua kan?" - Arisha Irdina "Jom" - Khalief Haidan Bermula dari idea gila Arisha...