"Arisha Irdina, will you marry me?" soal Mikael yang melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin.
"OMG Mikael! Kenapa tiba-tiba sangat ni?" soal Arisha yang berdiri kerana terkejut dengan lamaran spontan yang dilakukan oleh Mikael itu.
Mana tak terkejutnya kalau plan asal mereka datang ke restoran tersebut hanya untuk makan malam dengan pakaian mereka yang tak ubah seperti nak pergi pasar malam tiba-tiba keluarnya adegan lamaran daripada mulut Mikael? 'So, not romantic lah Mika ni'.
"Arisha, once again saya tanya, will you marry me? Penat saya melutut ni sayang." tanya Mikael untuk kali yang kedua setelah lamarannya belum mendapat jawapan dari mulut sang kekasih.
"Okay, okay saya terima but kenapa tiba-tiba. Like, kita kan belum lama kenal. Saya pun belum sempat nak kenalkan awak dengan my BFF and family lagi." ucap Arisha sambil tangannya menarik baju Mikael supaya berdiri.
Mikael berdiri dan menghulurkan cincin lamarannya kepada Arisha supaya Arisha sarungkan ke jarinya sendiri sambil menepuk-nepuk lutut seluarnya yang agak kotor akibat aksi drastiknya sebentar tadi. Belum halal ya, mana boleh sentuh-sentuh.
"Tak apalah, lepas ni sayang dah bolehlah kenalkan saya dekat family and BFF awak yang tersayang tu, kan?" kata Mikael dengan sengihan yang panjang. Gembira kerana lamarannya diterima Arisha.
"Hahaha, yelah. So, since awak dah propose saya ni, awak kenalah datang rumah bawa parents awak jumpa parents saya and masuk meminang ikut adat. Proper engagement." cadang Arisha.
"Hurm..Insha Allah saya cuba ajak mama papa saya datang masuk meminang awak nanti, okay?" balas Mikael dengan ayat yang kurang sedap didengari oleh telinga Arisha.
"Cuba? Awak kata awak baru nak 'cuba' ajak diorang masuk meminang saya bila awak dah acah-acah melutut propose saya kat sini dengan cincin semua ni?" terhambur sedikit amarah dan reaksi terkejut Arisha mendengarkan ayat yang dilontar dari mulut Mikael.
"Iya..saya macam awak juga, kan saya pun belum sempat nak kenalkan awak dengan family saya lagi. Jadinya, kita fair and square lah kan?" balas Mikael tenang.
"Owh, haah sorry awak. Emosional sikit saya ni. Hehe" Arisha tersengih dan menepuk sedikit dahinya teringat akan kesengalan sendiri.
"Takpe sayang, sebab Mikael will always love Arisha walaupun dia sengal." usik Mikael melihatkan Arisha yang menepuk dahinya sendiri.
**********
"Enough Mikael! Enough! Saya taknak dengar lagi alasan dari mulut lelaki tak guna, penipu macam awak ni! Selama harini saya ingat awak betul-betul ikhlas sayangkan saya tapi semuanya tipu! Pendusta! Awak cuma gunakan saya je selama ni untuk balas dendam dekat perempuan tu!" jerit Arisha sambil tangannya menahan Mikael dari mendekati dirinya.
Mikael terdiam dan terkaku melihat air mata Arisha yang mengalir tanpa henti selepas agendanya mendekati Arisha terbongkar.
"Cincin ni! Kau ambil balik cincin ni! Cincin ni bekas perempuan tu punya kan? Kau ingat aku apa?! Kau bagi aku cincin perempuan yang pernah buang kau dulu? Kau ingat aku ni tukang simpan barang terpakai ke?!" tengking Arisha sambil cincin dijarinya ditarik kasar dan dibaling ke muka Mikael.
"Sabar Arisha, sabar. Ya, betul. Saya memang gunakan awak je selama ni untuk balas dendam dekat bekas tunang saya tu. Saya minta maaf. Dan lagi sekali, saya minta maaf sebab memang saya tak pernah betul-betul berniat nak memperisterikan awak, saya cuma nak kahwin dengan awak sebab saya nak buktikan dekat dia yang saya pun boleh cari perempuan yang lebih kaya dan cantik dari dia. Tapi dendam saya belum sempat terbalas dan saya pun belum sempat kahwin dengan awak lagi semua benda ni dah terbongkar dulu. Jadinya, awak tak rugi apa-apakan? Yang ruginya sekarang adalah saya dan yang patut menangis kecewa sekarang ni pun adalah saya bukan awak."
kata Mikael lancar tanpa memikirkan langsung perasaan Arisha yang berkecai-kecai mendegarkan ucapan tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan Arisha yang masih menangis teresak-esak.
YOU ARE READING
Forgotten Wife
Romansa• AUTHOR FIRST BOOK • "Alief apa kata kalau kau kahwin dengan aku je." - Arisha Irdina "Kau gila?" - Khalief Haidan "Better daripada kita berdua tak kahwin-kahwin sampai tua kan?" - Arisha Irdina "Jom" - Khalief Haidan Bermula dari idea gila Arisha...