47.

48 5 0
                                    

Tuhan,
telah Kau duga dia dengan mengurniakanku kepadanya.
yang selalu mengguris perasaannya.
yang selalu menjadi penyebab gugur airmatanya.
yang selalu diimpikan menjadi seperti jantung hati orang lain yang boleh dibanggakannya...
... tetapi semua itu bagaikan mimpi yang singgah dalam tidur malamnya saja.

untuk sebab2 yang terlalu lagi banyak tentangnya,
selalu aku mohonkan,
bahagiakan dia di dunia dan di sana.
bawalah pergi dia ke destinasi yang mendamaikan jiwanya.
kurniakanlah dia segala impian yang dihajatkan kalau itu dapat memberi senyum di wajahnya.
segala apa yang dipintanya,
kumohon tunaikanlah.

kerana Kau yang terpaling mampu memberi.

dan kerana aku ini insan yang selalu menyakiti hati.
jauh sekali mampu memberi bahagia.
hatta pada dia yang sewajibnya aku rai.

bisik dengan tuhan.Where stories live. Discover now