𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨𝐩𝐚𝐭𝐡 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐲| 17

4.4K 273 7
                                    



"Tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu tentang saya" Rayden menjungkit sebelah kening. Tanda menyuruh Amani meneruskan percakapannya. Rayden memandang tepat kearah Amani mengharapkan dirinya bersedia menerima ujaran Amani.

" Saya tak sempurna" Amani menundukkan wajahnya. Air mata yang berada dipelupuk mata ditahan. Rayden masih memandang kearah Amani yang sedang menunduk itu. Siapa je yang sempurna dalam dunia ni? Setiap manusia pasti ada kekurangannya tersendiri. Dia pun sama.

" Saya....saya menghidap penyakit cancer otak." Tak dapat dia tahan lagi air mata yang ingin jatuh. Rayden lebih selesa mendiamkan diri. Jujur, dia terkejut mendengar pengakuan Amani, tetapi apa yang dia boleh buat? Hanya pandangan sayu sahaja dapat dia lontarkan kepada Amani.

" Tak semua manusia dalam dunia ni sempurna, Amani Lydiana. Saya pun tak sempurna. Orang belakang saya ni pun tak sempurna." Rayden berkata tenang mengundang jelingan tajam dari orang belakang.

" Cis! Kantoi!" Mikael memasamkan muka. Tak sangka pula Rayden boleh mengesan kedatangan mereka. Mereka? Iya anak-anak. Dari tadi lagi Mikael, Harraz dan Faiq memasang telinga. Dasar tak tahu malu.

Amani mengerutkan dahi licinnya apabila matanya memandang kearah tiga jejaka kacak yang sudah mengambil tempat disekitar mejanya dan Rayden. Anak siapa ni? Handsome nyah! Sekali pandang ada iras-iras muka Tom Holland. Terhenti terus tanggisannya. Wajah bingung ditayang kemudian dia mengalihkan pandangan kearah Rayden sambil membuat muka blur. Baru sahaja mulut mahu berbicara, Rayden lebih pantas menjawab bagaikan tahu apa yang bermain difikiran Amani.

" Diorang semua kawan saya." Kata Rayden. Amani mengangguk. " Hi! Saya Amani" ramah Amani memperkenalkan diri.

" Faiq." Faiq senyum nipis sebelum kembali beriak dingin.

" Mikael. Tapi untuk seorang yang manis seperti you. You boleh panggil I sayang." Mikael mengangkat-angkat keningnya beberapa kali.

PAK!

Harraz menjeling tajam kearah Mikael. Dasar buaya! Cakap lagi benda merepek. Kesudahannya tangan dia yang jumpa mangsa. Harraz kemudian berpaling kearah Amani.

" I Harraz." Harraz mengangkat sebelah tangannya lalu dilambai kecil sebagai tanda perkenalan. Amani hanya membalas dengansenyuman kecil.

" You jangan risau, Amani. Betul cakap Ray. Tak semua manusia yang hidup dalam dunia ini sempurna. And you kena tahu yang Ray akan sentiasa menerima kekurangan you." Mikael bermukadimah. Kembang kempis hidungnya. Bangga apabila dapat memberi kata-kata kepada seseorang.

Harraz memandang kearah Mikael dengan wajah hairan. Kejadahnya budak ni? Ikut sedap mulut aje dia berkata. Melihat Mikael sekali lagi hendak membuka mulut, pantas tangan dibawa menekup mulut Mikael. Bukan boleh harap jantan ni. Suka hati aje buat andaian sendiri.

" Amani, kita boleh cuba untuk rawat penyakit awak. But it depends on you sama ada awak nak rawat penyakit awak atau tak." petah Rayden berbicara. Amani menggigit bibir bawahnya. Dia tidak mahu membuat rawatan. Baginya penyakit ini adalah balasan dari tuhan kepadanya akibat terlalu lalai dengan dunia. Sudah dia beritahu sebentar tadi. Dia tidak sempurna.

" Saya taknak" perlahan sahaja nada suaranya tetapi kata-katanya dapat
ditangkap oleh Rayden, Faiq, Mikael dan Harraz. Mereka memandang Amani dengan wajah tidak percaya. Taknak? Biar betik!

" Ha?" Faiq akhirnya bersuara. Rahangnya hampir terjatuh sekejap tadi. Terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Amani. Serius?

" S--saya taknak buat rawatan." Amani menunduk. Bibirnya digigit makin kuat. Dia tahu mereka tidak akan percaya dengan kata-katanya. Tapi itulah jawapannya. Dia taknak! Fullstop.

𝗣𝘀𝘆𝗰𝗵𝗼𝗽𝗮𝘁𝗵 𝗗𝗶𝗮𝗿𝘆 | 𝗖Where stories live. Discover now