𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨𝐩𝐚𝐭𝐡 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐲 | 43

5.6K 328 15
                                    

Nellisa mengenggam kuat tangan Rayden. Entahlah. Dari tadi lagi dia rasa tidak sedap hati. Makin kuat gengaman di tangan Rayden.

Berkerut kening Rayden. Tangannya yang disulam bersama tangan Nellisa dipandang.

Sebelah tangan lagi memegang stereng.

Tangan Nellisa yang mengenggam erat tangannya diusap lembut bagi menghilangkan rasa gelisah. Tangan halus itu dibawa kebibir lalu dikucup lembut.

Nellisa memandang Rayden. Hatinya sedikit tenang dengan perbuatan Rayden. Bibir mengukir senyuman manis.

Tangan Rayden kembali ditarik lalu diletakkan keatas perutnya.

Seolah-olah faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh si isteri, perut Nellisa diusap lembut.

Nellisa memejamkan matanya menikmati sentuhan hangat Rayden keatas perutnya.

Mereka kini dalam perjalana menuju ke gudang Sebastian. Waktu sekarang menunjukkan pukul 12: 02 pm.

Noah dijaga oleh Hana dan Nadia. Awalnya memang dia protes kerana dia tidak percaya akan Hana. Namun apabila dipujuk akhirnya dia mengalah.

Rayden tersenyum tipis. Tangan masih lagi mengusap perut Nellisa.

Bahagia?

Sudah tentu. Suami mana je tak happy bila dapat tahu isteri dia mengandungkan anak pertama dia.

Nellisa kembali mencelikkan matanya apabila terasa kereta berhenti. Kepala diteleng kekiri dan kekanan. Kosong. Hanya hutan.

Wajah Rayden dipandang keliru. Baru mulut hendak dibuka Rayden pantas memotong.

" Yes,baby. Serang hendap. Sebastian tak tahu kehadiran kita. Dia ingat kita mengalah. But no. I hate being lose." ujar Rayden. Bibir Nellisa dikucup sekilas.

Nellisa tersenyum sinis. Tak sangka suaminya bijak. Ingatkan lebih kurang Mikael je.

Pintu kereta dibuka lalu mereka memboloskan diri dari kereta.

Yang lain semua sudah menunggu diluar kereta. Yang tinggal hanya Mikael dan Ivanna sahaja. Maklumlah satu kereta.

Ivanna memang awal-awal lagi dia membantah. Tapi dah takde tempat nak buat mecam mana? Last-last sekali terbongkang dalam kereta Mikael.

Mikael membetulkan rambutnya dihadapan cermin kereta. Dia mengangguk.

Handsome.

Pandangan dikalihkan kearah Ivanna yang lena tidur ditempat pemandu.

Tidur pun comel.

Mikael mencuit sedikit bahu Ivanna. Mana tahu Ivanna ni seorang yang senang terjaga.

Tiada respon.

Kening digaru. Bahu Ivanna ditepuk halus. Masih tiada respon. Tidak mahu mengalah, bibir didekatkan ketelinga Ivanna.

" Sayang~" suaranya meleret leret ingin mengejut Ivanna. Sengaja!. Terasa diganggu, Ivanna menepis wajah Mikael.

Kepala dipusing kearah Mikael. Tanpa sedar hidung mereka berlaga. Ivanna masih lagi dialam mimpi manakala Mikael sudah terkedu.

Nafasnya seakan tersekat. Tidak menjauhkan diri, malah mata meliar menilik setiap inci wajah Ivanna. Cantik!

Tanpa sedar tangan naik menolak anak rambut Ivanna kebelakang telinga.

" You're beautiful. Such a cutie lion" bisik Mikael lembut. Cutie lion? Ya, cutie lion.

Ivanna seorang yang pemarah dan sensitif. Sebiji macam singa. Tapi dalam sifat ganas dia, terselit satu fakta yang tak boleh Mikael nafikan.

𝗣𝘀𝘆𝗰𝗵𝗼𝗽𝗮𝘁𝗵 𝗗𝗶𝗮𝗿𝘆 | 𝗖Where stories live. Discover now