𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨𝐩𝐚𝐭𝐡 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐲| 5

5.7K 387 43
                                    

Harini sudah masuk hari kedua Nellisa pergi ke Langkawi. Rayden memuncungkan bibirnya. Winduw laa. Telefon pintar diatas meja kerja dipandang bosan. Lama dia memandang telefon itu sebelum tiba-tiba

BAM!

" Menuju dia ke kota~ ditangannya penuh bunga~ " Hentakkan pintu yang kuat dan suara nyaring seseorang membuatkan Rayden mengeluh.

" Dihati~Penuh cinta~" sambung seorang jejaka yang baru sahaja menapak masuk kedalam bilik kerja Rayden. Dengan tiang langsir yang dijadikan gitar. Entah bila dicabutnya, dia sendiri tidak sedar.

" Setibanya disisimu ku berserah. Terimalahkuuuu~"

" HAMBAMU ALLAH! " kedua-dua ekor musang itu menjerit nyaring didalam office Rayden. Rayden menghentakkan kepalanya diatas meja kerjanya beberapa kali.

Member dah lah tengah frust awek tak call. Kawan-kawan pula tak memberi kerjasama.

Pak! Pak!

" Aduh!" serentak kedua jejaka iiti memegang tepi kepala mereka. Laju kepala mereka berpaling kebelakang melihat gerangan yang memukul kepala mereka.

Faiq membuat muka selamba malah tersenyum sinis.

" Bengong kau Faiq! Sakit kepala aku! Kau memang nak kena kan? Sini kau!" berang Mikael.

" Siapakah manusia durjana yang seseuka hati mengetuk kepala kebenaran? Muncullah kau, sebelum aku yang munculkan." bebel Harraz.

" Faiq Darwisy" sedang mereka sibuk berceloteh, Rayden memanggil Faiq. Faiq menjongketkan sebelah keningnya tanda mengapa.

" Kau dah jumpa maklumat tentang Amani tu?" soalnya. Hal tentang Nellisa dilupakan. Sekarang ini dia hanya mahu bercakap hal mengenai Amani.

Dasar buaya.

Faiq selaku hacker terbaik Rayden mengangguk. Telefon pintar didalam poket diambil. Kunci lock dibuka. Terpapar maklumat mengenai seorang gadis.

" Amani Lydiana binti Asyraf. 25 years old. Live in Kampung Bahagia, Pa-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya Mikael dan Harraz sudah ketawa Terbahak-bahak sehingga terguling-guling diatas lantai.

" HAHAHAHAHA!! Bro kau dengar tak tu?" soal Harraz kepada Mikael. Mikael mengangguk perlahan. Tidak mampu untuk bercakap kerana terlalu lucu.

Rayden memandang pelik kearah dua ekor musang itu. Pandangannya kemudia diikalihkan kearah Faiq yang nampak tenang dan bersahaja.
Faiq mengangkat bahunya tanda malas mahu melayan dua ekor itu.

" HAHAHAHA! Patutlah aku pelik kenapa si Rayden tetibe je nak tahu pasal minah tu. Pompuan tu bahagia. Nah sekali dengan kau-kau bahagia."
Ketawa Mikael.

Rayden mengerutkan alisnya. Apa dia cakap tu raju? Malas mahu melayan dia menyuruh Faiq menyambung kata-katanya yang terhenti gara-gara dua ekor musang tersebut.

Rayden fokus mendengar segala butir bicara yang keluar dari mulut Faiq. Tiada satu pun yang ketinggalan. Kadang Faiq pun hairan. Sahabatnya ini bercinta dengan gadis lain. Tetapi meminati gadis lain. Mengingatkan hal itu dia menggelengkan kepalanya. Ada ciri-ciri keturunan Hanafi.

Selesai mendengar maklumat mengenai Amani, Rayden mengangguk.

" Kau kenapa?" soal Faiq perlahan. Tidak mahu mengganggu Mikael dan Harraz yang sedang lena tidur diatas sofa. Senang betul tertidur. Siap berpelukkan lagi.

Prendchip poreber la katakan.

" Apa?" soal Rayden membalas pertanyaan Faiq.

Hmm. Inilah manusia. Bila ditanya soalan..., jawab. Bukan tanya balik. Tak ke konfius. Bila konfius jadi complicated. Pastu salahkan perempuan yang complicated. Heh! Dengar lorh! Perempuan nggak pernah salah! Betul nggak?

Ok berbalik kepada cerita.

Faiq mengeluh. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.

" Kau dah kenapa tiba-tiba nak tahu tentang Amani ni?" soalnya senada. Sememangnya Faiq seorang yang kurang bercakap. Bila ditanya sepatah. Sepatah yang dijawab. Bila ditanya berpatah-patah, sepatah juga yang dijawab. Cuba dipatahkan tulang rusuk dia. Agak - agak sepatah juga ke dia jawab?

" I don't know. But it's actually feels weird. Setiap kali aku pandang dia, hati aku berdebar-debar. Tak sama macam mana aku pandang Adelle. Berbeza. Macam... Entah. Aku pun taktau nak cakap macam mana." seloroh Rayden.

Sudah acap kali perkara ini berlaku. Sejak kali pertama bertemu dengan Amani, hatinya berdebar-debar. Dan semenjak dia berjumpa Amani buat kali kedua, timbul satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu apa perasaan itu.

Soal Nellisa pula, dia juga sayangkan Nellisa. Tetapi perasaan sayang itu susah untuk ditafsirkan bagaimana. Mungkin ia seperti seorang abang yang sayang akan adiknya. Atau mungkin seorang kawan yang menyayangi sahabatnya. Arghh! Pening.

" Ray, aku nak kau dengar dan hadam benda yang aku nak cakap ni elok-elok. Kalau kau tak cintakan Nellisa dan kau tak sayangkan dia, lepaskan dia bro. Dia layak bahagia. Memang selama ni aku selalu menyampah dengan dia, tapi aku tahu dia baik. Kau fikir-fikirkanlah. Aku cau dulu. " Faiq bangun dari duduknya. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, Rayden memanggilnya. Dia memalingkan wajahnya. Muka Rayden nampak serious.

" What? " soal Faiq.

" Kau nak pergi macam tu je ke, selepas apa yang kau dah buat? " berkerut kening Faiq mendengar kata-kata Rayden.

" Apa yang kau merepek ni?" keadaan menjadi semakin tegang diantara mereka.

" Heh! Kau ni memang tak tahu atau buat tak tahu?" Soal Rayden sinis. Makin berkerut dahi Faiq. Keningnya hampir bercantum akibat berkerut.

" Apa yang-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Rayden lebih pantas mencelah dengan menunjuk kearah dua ekor musang yang masih lagi lena tidur diatas sofa empuk itu.

Mahu terjatuh rahang Faiq. Dia ingatkan apalah tadi. Serius sangat bunyinya. Ditambah dengan wajah tegang Rayden. Faiq menjeling tajam wajah tidak bersalah Rayden.

" Bukan aku yang bawa bala-bala tu. Diorang yang datang sendiri." ucap Faiq senada. Rayden memutarkan bola matanya keatas.

" Kejutkanlah, sengal! Takkan nak biar je diorang tidur situ. Kang diorang kencing nanti macam mana? Siapa nak tanggung?" soal Rayden. Faiq menghembuskan nafas perlahan. Akur dengan arahan Rayden.

Bahu Mikael dan Harraz ditepuk lembut. Serentak mereka berdua bangun. Air liur ditepi bibir dilap.

" Dah habis discussions? " soal Harraz sambil menggaru lehernya yang terasa gatal. Faiq hanya mengangguk lalu mengajak mereka berdua untuk pulang.

Mikael dan Harraz lambat-lambat bangun. Masih dengan kantuknya. Penat mungkin seharian menganjing. Mikael memeluk erat lengan kanan Faiq manakala Harraz disebelah kiri. Dapat mereka rasa lekuk tubuh sasa Faiq.

Uuuu~ seleysanya...

Rayden hanya menghantar sahabatnya melalui ekor mata. Mata dipejam. Menghadam kata-kata Faiq sebentar tadi.

Buat kesekian kalinya Rayden mengeluh.

Haih...

꧁𝑷𝒔𝒚𝒄𝒉𝒐𝒑𝒂𝒕𝒉 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚꧂

꧁𝑷𝒔𝒚𝒄𝒉𝒐𝒑𝒂𝒕𝒉 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






























Bye!



𝗣𝘀𝘆𝗰𝗵𝗼𝗽𝗮𝘁𝗵 𝗗𝗶𝗮𝗿𝘆 | 𝗖Where stories live. Discover now