𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨𝐩𝐚𝐭𝐡 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐲 | 44

5.1K 364 50
                                    



" Ivanna, Samuel! Watch out!" laung Rayden.

Serentak itu, Ivanna dan Samuel berpaling. Alangkah terkejutnya mereka saat melihat Sebastian sekali lagi mahu melepaskan tembakan.

Tak sempat elak!

Bang!

Ivanna memejam mata rapat. Sungguh, jika ini adalah pengakhiran hidupnya, maka dia tidak mati dalam keadaan sia-sia.

Namun, matanya kembali dicelik saat lengannya direntap kasar oleh satu tangan asing.

" Are you nuts?! Do you wanna die?" lantang Mikael bersuara.

Ivanna terkedip-kedip memandang Mikael. Pandangan jatuh keatas perutnya.

Tak ada darah. Dia tak kena tembak ke? Mata dikalihkan pula kepada Samuel. Tak berdarah juga.

Siapa yang kena tembak tadi?

" Argh! " erangan seseorang membuatkan mereka semua berpaling.

Kelihatan Sebastian meringkuk kesakitan diatas simen bersama darah yang membuak- buak keluar dari perutnya.

Ivanna mengangguk. Kini dia sudah tahu siapa yang tembak dan siapa yang ditembak.

Ivanna kembali berpaling kearah Samuel. Muka Samuel tampak pucat. Segera dia menekup kembali kesan tembakan tadi.

" Breath, Samuel. Don't close your eyes. Don't die. I never see camel died in front of my eyes before." ujar Ivanna.

Sempat lagi buat lawak hambar. Samuel ketawa kecil. Sengal betul!

Rayden menarik kaki salah seorang lelaki yang berdiri dibelakang Faiq.

Rusuk kiri lelaki itu dihentak kuat menggunakan besi.

" Arghh!"

Tak buang masa, Rayden mengangkat tinggi lelaki tersebut lalu dicampak kehadapan Sebastian.

Faiq tersentak. Kepala dipaling.

" Thanks bro.." Faiq senyum tipis mengundang jelingan maut dari Rayden.

Manja kali dia. Sikit-sikit nak merajuk.

Faiq berdecit kecil.

Nellisa berdiri tegak bagai tiang bendera dihujung gudang. Dia tak tahu hendak buat apa.

Sedari tadi dia hanya duduk di sini tanpa siapa pun sedar tentang kehadirannya.

Baik korek idung dulu.

" Take this!"

Nellisa terkedu. Pantas dia mengelak. Dada diurut.

Lelaki yang sedang memegang sebilah pisau halus itu menyeringai marah.

Mata pisau kembali ditala kearah Nellisa namun, sekali lagi Nellisa pantas mengelak.

Nellisa menarik kasar rambut tebal lelaki itu lalu kepalanya dihempuk kuat kedinding.

Ini padahnya cari pasal denganorang mengandung.

Berdesing telinga lelaki itu.

Sekali lagi tangannya bergerak ingin menghempuk kepala lelaki itu kedinding, namanya dilaung kuat.

Mata Nellisa melingas kekiri kala derapan laju tapak kaki menuju kearahnya.

Tak sempat lelaki itu mahu menghunus pisau kecilnya kearah Nellisa, Xaire terlebih dahulu menghalang.

Kepala lelaki itu diluku menggunakan kakinya.

Nellisa terkaku. Pengangannya diatas rambut lelaki itu terlepas.

𝗣𝘀𝘆𝗰𝗵𝗼𝗽𝗮𝘁𝗵 𝗗𝗶𝗮𝗿𝘆 | 𝗖Where stories live. Discover now