🐼1

380 32 25
                                    

Jihoon Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihoon Pov

"Wow hebatlah kau!,"aku menjeling Mashiho dan Jaehyuk di sebelah.
Sejujurnya aku tak suka bila ada orang melihat aku sedang melukis.

"Lukisan ni nanti orang atasan galeri tu nak ke!?,"aku dan Jaehyuk menutup mulut Mashiho.

"Shh~Janganlah cakap kuat-kuat.
Nanti orang tahulah,"aku tak suka bila orang tahu di mana aku berada.
Lagi satu,aku tak pernah dedahkan identiti aku di khalayak ramai.Mask hitam akan selalu aku pakai ke mana-mana sahaja.

"Haah.Lukisan ni nanti galeri tu nak.
Aku tak tahu kenapa diorang nak sangat lukisan aku ni.Aku tengok biasa je,"dari seorang pelukis jalanan aku telah menjadi pelukis terkenal di dunia.

Akulah satu-satunya pelukis yang mencurigakan di dunia ni.Tiada siapa tahu karya aku ni.Melainkan,orang yang terdekat.

"Jihoon,kenapa kau tak nak dedahkan identiti kau?Ramai pelukis yang berebut-rebut nak jadi terkenal,tapi kau sebaliknya pula,"senyuman kecil di ukir.

"Sebab aku tak suka jadi perhatian orang ramai.Aku takut kehadiran aku yang secara tiba-tiba ini,akan membangkitkan kemarahan orang ramai jadi tak sepatutnya aku muncul buat masa sekarang ataupun sampai bila-bila nama 'Mystery Painter' itu akan melekat dekat diri aku,"aku tak memerlukan perhatian.

Aku tak tahu kenapa ramai sangat orang tergila-gilakan untuk menjadi famous seperti Leonardo da Vinci yang melukis sebuah potret Monalisa.
Jujur,lukisan Leonardo da Vinci sangat cantik dan kemas.

Tetapi,pelukis yang lain tak perlu untuk berlagak hebat untuk menjadi pelukis terkenal sedangkan lukisan mereka bukanlah sehebat mana.

Keangkuhan sesetengah pelukis bukan membuatkan dirinya bertambah bagus tetapi bertambah teruk.Kecundang ke tanah terus.

"Jihoon,jadi pelukis ni memang cita-cita kau ke? Ataupun sebaliknya?,"soalan Jaehyuk membuatkan aku mengukirkan senyuman.

"Pelukis bukan cita-cita aku tetapi mendiang kakak aku.Dia teringin nak jadi pelukis suatu ketika dahulu,
tetapi niat dia tak kesampaian apabila dia terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika dia berumur 25 tahun.Sedih, semestinya.Siapa sahaja tidak sedih apabila dapat tahu kakak sendiri ada cita-cita yang tak kesampaian.Jadi,itu adalah tugas aku pula untuk menyambung cita-cita dia sebagai seorang pelukis,"aku meniliti setiap sudut hasil lakaran aku dengan penuh kepuasan.

Kedua ulas bibir aku mengukirkan senyuman.Pasti kakak gembira melihat hasil karya aku ini.Impian dan cita-cita kakak adalah tanggungjawab aku untuk aku lunaskan.Aku sayang dia jadi aku perlu bertindak dengan cepat.

"Tak terasa awal ke untuk kau focus dalam menjadi seorang pelukis ni?
Kau tak nak sambung belajar ke Jihoon?Sayang tau kalau tak sambung,"ujar Mashiho.

"Takpa.Kalau dah tua pun,masih boleh belajar lagi.Sekarang ni aku nak tunaikan cita-cita kakak aku dahulu.
Belajar tu,nanti-nanti boleh,"Mashiho dan Jaehyuk menggeleng melihat diri aku.Terlalu sayangkan kakak sendiri sehingga abaikan diri sendiri.

Telefon aku berdering.

Aku: Ye? Ouh ada pembukaan galeri?
Bila tu? Sabtu ni? Ermmm ok boleh.
Jam berapa saya perlu sampai?
Sebelum 9 pagi ok boleh.Sama-sama.

Panggilan terus di putuskan.Aku memandang Mashiho dan Jaehyuk bersilih ganti.

"Sabtu ni aku kena pergi galeri.Dia suruh aku bawa lukisan aku.So yeah aku baru je lukis yang ini.Jadi aku bawa lukisan ni jelah tapi aku kena buat perincian terlebih dahulu,"
Mashiho dan Jaehyuk mula membuat muka berminat.

"Nak ikut!,"serentak mereka.Hmm dah agak dah.Kalau aku pergi galeri mesti dua ekor ni nak ikut juga.

"Ok boleh.Bangun awal aww!! Aku takda masa nak kejut korang bangun,"
diorang memang susah nak bangun pagi.Kena simbah air dua baldi baru nak bangun.

TBC...🐼

Wednesday
16 February 2022
17:05 p.m.

𝐌𝐘𝐒𝐓𝐄𝐑𝐘 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 미스터리 화가 [𝐉𝐢𝐡𝐨𝐨𝐧] ✓Where stories live. Discover now