🐼8

93 21 5
                                    

Jihoon Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihoon Pov

Aku membuka mata perlahan-lahan.
Pandangan aku kabur,mata aku rosak ke?Hospital?Apa yang dah jadi?

Aku toleh ke kiri,aku nampak Jaehyuk dan Mashiho khusyuk berbual tapi cara diorang berbual serious semacam.

"Mashiho....Jaehyuk,"aku memanggil mereka perlahan.Perit di tekak apabila aku bercakap.Mereka terus menolehkan wajah.Laju sahaja kaki mereka berjalan mendapatkan aku yang tersadai di atas katil.

"Jihoon,kau dah ok sikit?,"aku mengangguk perlahan.

"Kau kena langgar dengan kereta sebab tu kau ada dekat hospital,"bagai ada wayar yang bersambung di antara otak aku dan Mashiho.Laju sahaja dia jelaskan kepada aku.

"Ouhh...Macam mana aku boleh kena langgar?Nasib baik aku tak kena amnesia,"Mashiho melabuhkan duduk di kerusi sebelah aku manakala Jaehyuk setia berdiri di sebelah Mashiho.

"Pihak polis tak bagitahu lagi siapa pemandu yang langgar kau tu.Kau kena langgar dengan kereta.Pemandu tu ada bersama ketika kau sedang terbaring atas jalan,tapi bila orang dah mula berlari nak berkerumun dekat kau,pemandu tu terus pecut kereta dia laju tinggalkan kau terbaring atas jalan.Aku rasa dia ingat kau mati sebab tu dia lari,"tak bertanggungjawab langsung pemandu tu.Dah langgar aku lepastu dia lari macam takda apa-apa. Shibal!

"Pihak polis kata,dia akan bentangkan kes ni di mahkamah apabila berjaya tangkap pesalah.Pesalah tu masih berlegar di sekitar kawasan bandar tu juga jadi tiada masalah untuk cari pesalah tu,"aku mengangguk faham.
Nampaknya,lepas aku keluar daripada hospital,aku kena naik mahkamah pula.

"Aku nak air,"tekak aku haus pula.
Jaehyuk menuangkan air untuk aku.
Baru sahaja aku mahu ambil gelas itu, dia menarik gelas itu kebelakang.

"Biar aku suapkan dekat kau.Kau kan sakit jadi aku kesiankan kau kena bangun.Dahlah kena langgar dengan kereta nasib baik hidup lagi,"aku memandang Jaehyuk dengan pandangan redup.Sebenarnya aku bengang dengan dia ni.Rasa nak karate je dia kat sini.

"Open your mouth,"aku membuka mulut aku dan air itu selamat tumpah.Bukan tumpah di dalam mulut aku tetapi di baju aku!

"YAHH! AISHH!! JAEHYUK YAHH!,"
aku melihat baju aku yang basah.
Budak ni memang nak kena Flying Kick akulah!

"Eh sorry Jihoon.Aku tak sengaja.
Maafkanlah hamba yang lalai ini wahai Jihoon,"aku mengelap baju aku yang basah dengan kain yang di beri oleh Mashiho.

Mashiho pula tak habis-habis nak gelak.Kau ingat lawak ke nyah!?

"Tulah nak ber sweet-sweet lagi depan aku kan dah kena marah,"ayat Mashiho di ajukan kepada Jaehyuk.

"Eleh jeoulous lah tieww~,"balas Jaehyuk.

"Jeoulous kepala hanggok kau!Yang basahnya aku!Celah mana yang sweet nya!?Aishh geram betullah aku dengan kau ni nasib baik dekat hospital kalau tak aku dah kerat kau 18 bahagian,"tisu di baling ke dalam tong sampah.Nasib baik aku ni bukan seorang yang pemarah.

Kalau tak,riuh hospital ni dengan suara jeritan aku yang tidak habis-habis.Patient  kat sini pun,
boleh kena heart attack.Mahu aku kena tendang pergi hospital lain.
Sabar jelah dengan Jaehyuk ni.

"Panggil nurse. Minta dia bawakan baju aku.Aku nak salin baju.Basah kuyup aku eishh,"aku bangkit dari duduk dan terus turun katil.

"Nurse yang mana satu.Kau nak yang tinggi,pendek,cantik or seksi?,"aku membaling cup tepat ke arah kepala Jaehyuk.

"MANA-MANA JELAH!,"Jaehyuk terus berlari keluar daripada wad aku.
Nasib baik wad VVIP takdalah manusia yang harus kongsi bilik dengan aku nanti jadi pekak sebab dengar aku menjerit macam tertelan microphone.






TBC...🐼

Monday
21 February 2022
14:58 p.m.

𝐌𝐘𝐒𝐓𝐄𝐑𝐘 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 미스터리 화가 [𝐉𝐢𝐡𝐨𝐨𝐧] ✓Where stories live. Discover now