THIRD BOOK TREASURE 🐼
Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara tiba-tiba di galeri ini.
'Mystery Painter' nama yang tertera di setiap hasil karya dia.Dari sudut p...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jaehyun Pov
"Saya yakni,Yang Bijaksana pelik mengapa kita ada lagi satu pesalah di dalam kes ini,"aku terus mendekati Jimin yang di gari.
"Park Jimin,dialah dalang di sebalik benda ini terjadi,"makin riuh dewan itu dengan mulut murai mereka. Terkejut sangatlah tu.
Yang Arif sudah memicit kepala dia. Terlalu banyak kejutan agaknya.
"Mainkan rakaman ini sekarang," arah Yang Arif dan rakaman itu mula di mainkan.Yang Arif turut terkejut dengan apa yang berlaku.Memang Bella yang berada di tempat pemandu itu tetapi namja yang berada di sebelahnya yang menekan pedal minyak itu dan namja itu,tidak lain tidak bukan lagi iaitu Park Jimin.
"PARK JIMIN!,"Yang Arif sudah memandang Jimin yang masih berdiri di pintu masuk.Siapa sangka pesalah sebenar rupanya bukan di dalam dewan ini sepanjang kes di bicarakan.
"Masukkan pesalah ke dalam kandang mahkamah sekarang!,"tegas Yang Arif.
Aku memandang Jihoon yang masih terkejut.Dia tidak sangka bahawa pesalah itu bukan Bella tetapi Jimin. Mati-mati dia percaya pesalah itu adalah Bella apabila rakannya memberitahu di hospital pada hari itu.Maknanya masa itu kes ini tidak di periksa dengan lanjut lagi ketika rakannya menerima berita itu.
Yang Bijaksana sudah membetulkan kaca mata dia.Nafas di tarik dengan dalam.Dia sendiri pening dengan benda yang terjadi ni.
"Loyal Jaehyun boleh awak terangkan dengan lebih lanjut tentang rakaman video ini kepada kami,"aku mengangguk dan terus menghadap ke arah manusia yang berada di dewan ini.
"Video ini di ambil oleh saya sendiri. Saya meminta kebenaran Cik Bella untuk memeriksa keretanya dan nasib baik Cik Bella bijak.Dia telah memasang satu sistem yang boleh dikatakan camera kecil yang boleh merakam segala aksi yang berlaku di dalam kereta itu.Rakaman ini telah di rakam pada pukul 5 petang pada hari kejadian di mana Park Jimin seperti di katakan tadi telah menekan pedal minyak dan bukannya Marceline Bella...Sekian dari saya,"aku kembali ke tempat aku.Terasa bangga sedikit apabila berjaya merungkai sedikit sebanyak scene yang penting dalam kes ini.
Jimin mula beraksi seperti cacing kepanasan.Karma itu pasti,jadi selicik mana pun manusia yang bernama Park Jimin,dia pasti akan kecundang ke tanah jua apabila perkara sebenar telah terbukti di hadapan mata.
Biar putih tulang jangan putih mata. Carilah bukti itu dengan bersungguh-sungguh walaupun kadang-kadang kita berasa akan memakan masa kita tetapi benda sebeginilah harus dititik beratkan. Benda sekecil inilah akan menjadi salah satu penutup kes dengan kedua-dua belah pihak mendapat kepuasan yang di idamkan.
Pesalah yang terlalu lembap untuk masukkan diri ke dalam kes yang berbahaya maka dialah yang harus bertanggungjawab.Park Jimin, kau tak cukup licik untuk memainkan orang sekeliling kau.
"Konklusinya, kedua-dua belah pihak tidak bersalah pun tetapi manusia sebenar iaitu pesalah pula yang boleh terlepas,"sinis aku.
"Loyal Jaehyun, awak sangat membantu untuk kes kali ini.Awak sungguh cekap sekali maka kes ini boleh diselesaikan,"hakim terus mengambil dua helai kertas yang berada di mejanya.
"Maka, hukuman-hukuman ini haruslah di jatuhkan ke atas Park Jimin kerana dia merupakan suspek utama dalam kes ini,"hakim berdeham sekali sebelum membaca hukuman yang akan diterima Jimin.
"Saya akan membacakan dua hukuman yang akan dikenakan kepada tertuduh,harus memilih satu antara dua hukuman ini,"aku menarik nafas lega.Kes ini tidak perlu di panjangkan lagi...