Zlo yang gila..
.
.
Dua kalimah diucap. Asjad berpaling ke belakang. Bibirnya ukir senyum kepadaku. Imam Hassan mengucap syukur. Bahu Asjad ditepuk-tepuk bangga. Aku tidak lepas mengukir senyum yang berbunga.
Asjad sudah masuk Islam.
Asjad yang aku cinta.
"Ya Haya," Umi Zoraida menepuk bahu ini. Bahunya bersentuh dengan bahuku. "Lepas ini, bolehlah kamu dan dia dinikahkan pula."
Aku tahu Asjad mendengar apa yang Umi Zoraida kata kerana Asjad senyum lebar. Sebelah matanya dikenyitkan untuk aku, menggodalah itu kononnya?
Terkumpal-kumpal aku menahan malu. Bola mata aku gulingkan ke atas. Menyampah.
"Imam Hassan, bolehkah kami bernikah malam ini, Imam Hassan?" soal Asjad kepada Imam Hassan yang sedih menghirup teh halia.
"Boleh. Tetapi kamu harus tanya bakal isteri kamu. Apakah dia mahu bernikah denganmu, Asjad? Dia juga punya hak untuk bersuara kerana dia seorang wanita, Asjad...." jawab Imam Hassan sembari secawan teh halia dihulurkan kepada Umi Zoraida.
Umi Zoraida merenungnya dan teh halia diletakkan di hadapan aku. "Apa kata Haya, pula?"
Saat itu, renungan mataku angkat, menentang renungan Asjad yang biru kehijauan seperti lautan Zlo.
Biru. Indah. Nyaman.
Ya Asjad, cintaku....
"Dengan Izin Allah." Aku mengucap dengan suara merendah. Malu. Sepasang mata menunduk, merenung jari jemari yang memintal hujung baju. "Jika itu yang baik, Haya ikutkan saja...."
"Alhamdulillah. Jika begitu, malam ini kita panggil orang-orang kampung, kita buat kenduri kecil. Boleh, Asjad? Haya?" Imam Hassan bersuara dengan nada teruja.
"Boleh, Imam Hassan. Boleh." Asjad menjawab yakin.
Mudahnya, malam itu kami bernikah dan disatukan.
Asjad kata, Asjad cinta.
Aku kata, aku terima.
Asjad kata, dia tak akan tinggalkan aku.
Aku kata, aku juga.
Mabuk cinta, mabuk jiwa.
Tetapi, cinta kami tak lama. Sebulan selepas kami bernikah, tentera Zlo tangkap Asjad dan kepalanya dipenggal dan dibuang ke lautan Zlo....
.
.
.
Elvroseth.
YOU ARE READING
Al-Rumi
Historical FictionAsjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elvroseth yang tulis. Tak mungkin- Tak mungkin itu jadinya. . . . Haya hanya mahu suaminya. Kembalikan...