Dread.Dua tahun kemudian....
Gurun Deimos.
6022, December.
AKU menggoyangkan kakiku pada stirrup. Kuda aku mendengus, tetapi langkahnya dilajukan. Perisai yang aku pegang di tangan, aku cengkam kuat. Di tangan kanan aku pula, ada pedang yang diperbuat khas dari kerajaan Rumi aku. Tubuhku dibalut dengan baju berperisai. Separuh kepalaku tersarung dengan topeng besi.
Di hadapanku, ada beribu tentera Deimos yang bersiap sedia untuk menyerang kami. Di belakang aku, ada beribu-ribu tentera Rumi yang gagah dan akulah ketua mereka.
Ya, akulah ketua mereka.
Kini, beribu tentera aku dan tentera mereka saling menghadap antara satu sama lain. Aku, sebagai ketua kepada rombongan tentera Rumi, mara ke hadapan. Salah seorang daripada ketua tentera Deimos juga mara ke hadapan. Kami saling bertentangan mata dengan penuh kebencian yang mencerlang di jiwa.
Seperti biasa dalam perang, kuda kami berdua mula berpusing menghadap satu sama lain.
"Wahai Tuan Puteri Haya, aku tak pernah tahu pula yang seorang Puteri boleh menjadi Müşir kepada beribu tentera yang mempunyai lelaki yang gagah-gagah belaka. Tidakkah ini menjadi satu penghinaan buat tentera kerajaan Rumi yang terkenal dengan tentera Janisari mereka yang hebat-hebat belaka?" Tawa ketua tentera Deimos itu pecah.
Kudanya berhenti berjalan.
Kuda aku juga. Senyum aku melebar.
"Tidakkah kau pernah dengar, wahai Ketua Deimos? Aku telah mengetua tiga perang dalam masa dua tahun ini, Deimos. Dan aku tidak naik ke tahap Müşir ini hanya kerana aku ini anak kepada Sultan Izhar Al-Rumi! Aku naik ke tahap ini kerana aku berjaya tunjuk kepada semua orang yang aku boleh walaupun aku hanya seorang perempuan." Balasku, bertempik sedikit supaya kata-kataku didengari oleh tenteranya barisan hadapannya juga. "Malah! Aku boleh jadi lebih baik daripada seorang lelaki!"
"Tidakkah kau tahu, Tuan Puteri? Tempat seorang wanita itu hanya di atas katil?" Sinis, dia memintas kata-kataku.
"Tidakkah kau tahu, Ketua Deimos? Otak seorang lelaki seperti kau hanya pada alat sulitmu?"
Wajahnya berubah serta merta apabila aku membalasnya dengan penuh biadab! Terus sahaja lelaki miang itu meludah ke tanah. Giginya digertap. Pedangnya diangkat. Aku tidak menjauh dan tidak pula melawan.
Tenang. Diam. Pedang di tangan, aku genggam tanpa mengangkatnya.
Biarkan musuh lemah dengan dendamnya.
"Aku sebenarnya suka perempuan seperti kau, Tuan Puteri. Biasanya perempuan kuat melawan ini, lawa luar dan dalam. Tetapi untuk sekarang, cita-cita aku hanya mahu menyiat jantung kau keluar dan kalahkan semua tentera-tentera kau yang bodoh ini!" Celupar lagi mulutnya.
"Aku juga sebenarnya suka lelaki seperti kau, Ketua Deimos. Biasanya lelaki macam kau ini memang bodoh dari luar hingga dalam. Kalau aku keluarkan otak kau dan beri anjing makan, macam lebih menerujakan." Bidasku, selamba!
"Tak guna kau!"
Pedangnya diangkat dan kudanya mendengus! Lantas, dia terus menyerang aku dari hadapan.
Saat itu, jeritannya bergema. Aku lebih teruja. Pedang aku hauskan darahnya.
Bendera diangkat oleh kedua-dua belah pihak, tanda perang bermula!
Aku dan Ketua Deimos berperang pedang seperti kilat dan gurung yang berdentum, membingit alam!
Tentera-tentera kami mula menyerbu antara satu sama lain. Jeritan sang lelaki membingitkan telinga. Darah memancut ke sana dan ke sini. Kepala yang dipenggal, bergolek jatuh. Nyawa hilang, darah menjadi sungai di gurun, mentari yang memancar terik menerkam hingga ke roman kulit.
YOU ARE READING
Al-Rumi
Ficción históricaAsjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elvroseth yang tulis. Tak mungkin- Tak mungkin itu jadinya. . . . Haya hanya mahu suaminya. Kembalikan...