Haya

2.6K 428 57
                                    


Perang Zlo.

Cinta. Cinta. Cinta.

Aku mahu cinta.

.

.

.

Aku menjerit. Memekik. Kedua-dua belah tanganku dipegang tentera Zlo. Nama Asjad aku panggil. Air mataku menitis ke pipi. Tentera-tentera Zlo terus melempang pipi aku! Kuat! Kepala aku dipijak macam binatang! Telinga aku dapat mendengar bunyi pekikan gadis-gadis yang diperkosa dari pondok-pondok lain.

Imam Hassan tak ada. Kepalanya dipenggal dan dicampakkan di hadapan aku. Darah memancut. Tentera Zlo ketawa apabila aku menjerit meminta tolong. Aku cuba merangkak, menuju ke arah pintu tetapi kepala aku diheret kasar dan tubuhku dihentak ke dinding.

Kini, aku dikelilingi tentera Zlo.

"Kau nak pergi mana, perempuan?!" Salah seorang tentera Zlo berdiri di hadapanku. Panahan matanya menjilat jasadku dari atas hingga bawah. "Malam ini, kau aku punya! Lepas itu baru aku campak kau pergi dekat tentera-tentera aku!"

"Tolong!" Aku menggeleng. Tubuh menggigil. Tapak tangan menekan perutku. "Sa... Saya mengandung! Saya mengandung!"

Ya Tuhan!

Tolong aku! Tolonglah!

"Aku kisah apa, perempuan?!" Dia terus merentap baju aku! Kasar. Anak buahnya yang lain memerhatikan dan ketawa berdekah.

"Janganlah! Jangan sentuh aku!!!" Aku  cuba menendang lelaki tadi yang sudah meliarkan tangannya pada bahagian tubuh aku yang lain.

Jijik!!!

"Kau ini cantik nak mati! Hahaha! Puas aku malam ini! Puas! Aku akan pastikan kau tak boleh bangun sampai es..."

ZAP! Lembing terus menikam ke arah belakang kepalanya dan menembus mata kanannya!

Darah memancut.

Bola mataku terbeliak.

PAP! Bola matanya jatuh ke lantai.

Aku tergamam. Lelaki tadi rebah di hadapan aku.





"KETUA KITA KENA BUNUH!" Jeritan tentera Zlo bergema dari luar.

"KITA KENA SERANG DENGAN TENTERA RUMI!!!"

Tentera Rumi? Aku tergamam.

"KELUAR! KELUAR DARI KAMPUNG INI! SURUH MEREKA SEMUA KELUAR, BODOH!!! KAU NAK MAMPUS KE?!!!"

"BAKAR SEMUA RUMAH! BAKAR!!!"

Buat seketika aku tidak tahu apa yang terjadi... Rumah kayu tempat aku diheret ini, dibakar! Bunyi bayi dan wanita menjerit kerana dibakar hidup-hidup dari semua rumah, membingitkan telinga aku.

Aku mungkin akan mati.

Air mataku mengalir laju ke pipi. Lantas, aku yang sudah memang lemah ini hanya terus duduk bersandar pada dinding kayu. Tangan mengusap perut sendiri. Bibirku mengukir senyum hambar.

Mataku tertutup lemah.

Asjad... Cintaku... Suamiku... Hayatku... Asjad...

Duniaku terus menjadi gelap.













Dan ini permulaan kisahku....



Puteri Haya Al-Rumi.

Al-Rumi  Where stories live. Discover now