Bukan sekadar Puteri.
AKU diberi ubat tidur, diheret ke penjara bawah tanah. Namun, aku kuat. Aku tahan diriku daripada tidur. Tak mahu. Aku tak mahu tidur. Aku mahu melawan. Kedua-dua belah tangan aku dikunci. Puas aku bergelut dengan tentera Zlo yang mengepung aku, tetapi tubuh aku lemah kerana ubat yang menguasai pembuluh darah aku.
Damn it!
Baju perisai besi aku dibuka. Tawa mereka kedengaran. Miang. Jijik. Aku mengelak apabila mahu disentuh tetapi tangan-tangan sasa yang gila itu mula meliar sebelum terhenti apabila mereka ada suara yang menegur.
"Kau jangan sentuh dia, bangang. Dia milik Lord Zlo."
"Lah, nak sentuh sikit pun salah?" Lelaki yang sedang membuka baju perisai besi milik aku, ketawa sinis. Aku lihat, dia merenung aku dari atas hingga bawah. Sengihnya melebar. "Barang baik ini...."
"Kau keluar sekarang dari sel ini, Ben. Keluar! Aku tak mahu ada tentera yang suka langgar kuasa istana! Kalau tak boleh, ertinya tak boleh, Ben! Kau ini nak mampus ke, Ben?! Kau tahu kan Lord Zlo dah lama nak Puteri Kerajaan Rumi ini tetapi berkali-kali pinangannya ditolak kerana perbezaan agama?! Kali ini, dia dah dapat Puteri Haya, kau pula nak hancurkan rancangan dia! Kau nak mampus ke, Ben?! Kau tak kenal Lord Zlo itu macam mana?!" Tengking lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu sel aku. Wajahnya masih samar-samar.
Mungkin kerana pandangan mata aku yang memberat.
"Ala kau ini! Aku nak sikit pun tak boleh!" Lawan Ben. Namun, tangan aku dikunci kiri dan kanan pada rantai besi. Selesai buat kerja, dia berlalu pergi dari situ sambil mencarutkan lelaki tadi.
Aku cuba membuka mataku yang semakin memberat. Payah. Hujung telinga ini menangkap bunyi tapak kaki lelaki asing itu. Langkahnya kemas, mendekati tubuh aku. Semakin lama, wajahnya semakin terang di mata ini. Dia menunduk, hujung jari memagut dagu aku dan wajah ini ditolak ke kiri dan ke kanan. Membelek. Apalah yang dia cari?
Aku menjeling dia tajam. Bibirku terkunci. Tak mahu melawan kosa kata lagi. Buang air liur saja. Baik aku kumpul carutan dan kata-kata yang menyakitkan untuk dihadiahkan kepada Lord Zlo yang aku tikam pada perutnya tadi.
Tapi aku tak rasa tikaman aku dapat membunuh dia.
"Dia ada luka lagi. Dekat pipi dan dekat dagu." Ujar lelaki di hadapan aku pada tentera Zlo yang sedari tadi diam di sisinya. Menoleh ke arah tentera yang sama, dia sambung memberi arahan, "Buat sementara waktu ini, kau jaga dia dekat sini. Lord Ares tak sedarkan diri lagi. Aku harap dia sedar awal sebab aku takut Ayahanda apa-apakan perempuan ini."
"Lord Dion, saya dapat tahu yang King Zeus mahu Puteri Haya dibogelkan dan dibakar di hadapan semua orang di dataran Olympian. Macam mana ini, Lord Dion? Kalau Lord Ares tak sempat bangun, macam mana?"
"Aku rasa aku boleh minta King Zeus ringankan hukuman perempuan ini. Lengahkan masa." Jawab lelaki di hadapanku. Lord Dion kan namanya?
Aku hanya mendengar dengan jiwa yang kosong. Ah, entah. Aku tak gentar mana. Takkan aku mahu menangis pula di sini? Aku sudah penat jadi perempuan yang begitu? Kalau dibogelkan dan diletak di hadapan orang ramai pun, aku akan pastikan aku berak dan campak tahi aku pada King Zeus itu sebelum aku sempat mati.
"Apa hukuman paling ringan?" soalku tiba-tiba. Menarik perhatian dua lelaki di hadapan aku ini.
Lord Zion, semestinya, dia lebih mendapat perhatianku saat ini dan aku juga mendapat perhatian sepenuhnya dari dia. Pandangan mata kami bertemu. Baru aku perasan yang lelaki ini ada rambut warna perang dan kerinting. Walaupun wajahnya tak jelas di mata kerana sel ini sangat gelap, aku tahu yang kulitnya pasti putih kemerahan dan matanya warna biru kehijauan kerana itulah ciri-ciri yang ada pada kerabat diraja Zlo.
YOU ARE READING
Al-Rumi
Fiksi SejarahAsjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elvroseth yang tulis. Tak mungkin- Tak mungkin itu jadinya. . . . Haya hanya mahu suaminya. Kembalikan...