Hilas melangkah dengan lesu masuk ke dalam kamar tidurnya yang kini akan dia diami bersama si kecil. Tidurnya akan ditemani dan akan diganggu oleh tangisan kencang si kecil di tengah malam. Tidurnya akan menjadi korban kerana si kecil.
Hilas tutup kembali pintunya. Kemudian tubuh belakangnya bersandar ke dinding dengan ekspresi begitu menyesal.
Hilas pejam mata lalu menengadah kepala ke atas. Menangkup wajahnya lalu menunduk. Seketika kedua bahunya terhinjut. Jejaka itu melepaskan sisa rasa yang terbuku di hati.
"Ayra..."
Tersengguk-sengguk dan meneriak kencang sehingga tangisan si kecil menyapa gegendang telinganya.
Hilas hentikan tangisannya. Mata memaku ke arah si kecil yang berada di tengah-tengah katil saiz rajanya.
Perlahan Hilas bangun dari duduknya. Melangkah ke arah si kecil dengan perasaan menggebu. Pelbagai rasa dia hadapi sekarang. Kedua tangannya menggeletar.
Saat melihat jelas wajah si kecil, lagi sekali Hilas melepaskan tangisannya. Jejaka itu terduduk ke katil.
Menangis semahu-mahunya. Mencengkam cadar katil bersama mata melihat nanar si kecil. Lencun wajahnya dengan tangisan penuh kesal.
Tangisan ayah dan si kecil bergabung kuat. Mengaungi kamar gelap itu yang diterangi samar oleh lampu tidur.
Merasakan sedikit reda, Hilas bangun dari duduknya dengan susah payah. Lalu, naik ke katil mendekat ke si kecil yang masih menangis.
Perlahan-lahan Hilas mengukung si kecil. Bagai direnjat elektrik, Hilas terkejung sesaat. Darahnya berdesir hebat saat kulit lembut nan halus si kecil bersentuh dengan kulit kasarnya.
Bibir Hilas bergetar tika menelisik setiap inci wajah si kecil. Mirip wajahnya saat kecil tapi hidung si kecil mengikut sang ibu. Mata Hilas turun melihat bawah saat merasakan jarinya digenggam sesuatu.
Ternyata ibu telunjuknya digenggam oleh si kecil. Hilas terkedu. Dia cuba mahu menariknya tapi tidak boleh. Ia erat. Hilas tergamam.
Mata beralih melihat wajah si kecil. Si kecil sudah reda dengan tangisannya. Mata si kecil serba sedikit terbuka melihat wajah basahnya.
Hilas ketap bibir. Kembali air matanya luruh. Ia sampaikan meliarkan matanya agar air matanya tidak jatuh lagi dan lagi tapi masa bodohnya cecair bening itu tetap jatuh merentas pipi.
Teragak-agak Hilas tunduk. Sehinggalah dua ulas bibir merahnya bertemu dengan dahi halus si kecil. Merengek si kecil menerima ciuman itu. Lama ciuman itu sehingga bahu Hilas terhinjut.
Ternyata Ayra pergi darinya dengan membawa anak mereka bersama. Dan dia tanpa sedar sudahpun menjadi seorang ayah. Di usia sangat muda ini.
Hilas memeluk si kecil. Melepaskan rasa rindu kepada ibu si kecil yang telah meninggalkannya sekaligus rasa tanggungjawabnya makin membuncah.
YOU ARE READING
𝗦𝘂𝗰𝗵 𝗔 𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗮𝗱𝗱𝘆| 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞
Romance𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana kesilapan yang tak terduga, satu sosok kecil muncul menghantui hidupnya saat di umur hampir 18 tahun...