𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂
#2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔
𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥
Kerana kesilapan yang tak terduga, satu sosok kecil muncul menghantui hidupnya saat di umur hampir 18 tahun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sejak kejadian itu, hubungan Hilas dan Ayra menjadi renggang. Benarlah kata orang, jika berkawan lawan jantina, pasti salah satunya mempunyai rasa.
Sesetengah orang, mungkin rasanya bila diluah akan terus berhubungan dan sesetengah orang mungkin bila diluah akan terus putus hubungan kawan. Membuat haluan masing-masing kerana salah satunya hanya cinta tepuk sebelah tangan.
Sebab itu elakkanlah berkawan lawan jantina. Jika kamu berkawan, tak mustahil akhir nanti ada yang terluka. Kerana apa? Kamu sendiri tahu apa jawapannya.
Bohong jika Ayra tidak dibelenggu oleh luahan Hilas tempoh hari. Hampir gadis itu tidak tidur malam kerana menangis serba salah.
Sungguh dia tidak sangka Hilas mempunyai perasaan terhadapnya. Fikirkan mereka hanya berkawan, rupa-rupanya ada menyimpan rasa.
Sudah seminggu dia dan Hilas tidak berhubung mahupun bertegur. Jika berjumpa pun sekadar kebetulan di sekolah. Ayra tidak nafikan jika Hilas benar-benar menjauh darinya.
Jika mereka bertatapan pun, Hilas segera alih pandangan. Tiada lagi sifat prihatin jejaka itu. Tiada lagi tatapan meneduhkan. Tiada lagi senyuman hangat. Tiada lagi tawa manis.
Sekarang hanya riak datar nan dingin, tatapan kosong dan sifat tidak ambil peduli.
Kau mahu apa, Ayra? Kau sendiri tak mahu Hilas ada perasaan terhadap kau.
Tapi, Ayra tidak tipu jika ketiadaan Hilas seakan hidupnya tiada sinar. Rasa kosong dan sunyi.
Ayra hela nafas.
Telefon pintar yang berada di hadapannya, dibuka. Ingin lihat adakah Hilas menghantar pesanan.
Sungguh, dia rindukan jejaka itu. Dia mahu lihat senyuman jejaka itu. Dia mahu lihat tatapan lembut dari jejaka itu. Semuanyalah dia mahu lihat dari jejaka itu.
Ayra hembus nafas hampa.
Hairan bukan? Kenapa dia harus rasa seperti ini setelah semuanya terjadi?
Jawapannya mudah.
Kerana dia juga mempunyai perasaan terhadap jejaka itu.
HILAS MELANGKAH KELUAR dari kamar mandi dengan tuala melilit pinggang. Rambutnya yang masih basah, diraup ke belakang sambil berjalan menuju ke katil. Telefon pintar diambil lalu dibuka.
Sejenak Hilas terdiam. Matanya memaku ke satu nama yang terpapar di skrin telefon pintarnya. Hilas pejam mata sesaat.
Merasa sedikit tenang, Hilas letak kembali telefon pintarnya ke katil. Tidak ambil peduli akan satu pesanan itu. Namun, Hilas tidak bohong jika pesanan itu membuat jantungnya berdetak laju dan dada bergemuruh hebat. Tapi, Hilas sedaya upaya menenangkan dirinya.