Part 1

18 2 0
                                    

Ketukan pintu bertalu talu membuatkan lena ku terjaga. Suara emak memanggil disebalik pintu ku abaikan. Mata masih lagi mahu memejam. Siapa je yang suka kalau tidur diganggu kan?

"Haira bangun! Dah pukul berapa ni masih terbongkang atas katil." Dah lali pagi ku mendengar bebelan emak.

Dengan lemah longlai aku berjalan untuk membuka pintu.

"Mak kan Haira tengah cuti sem. Ni lah masa Haira nak qada' tidur. Baru pukul 10 pagi mak. Lambat lagi nak tengah hari." Kaki ku atur semula ke katil dengan niat untuk menyambung semula tidur.

Memandangkan cuti sem aku baru je bermula 2 hari lepas, aku telah memasang niat untuk bangun lewat sepanjang cuti sem berlangsung. Pemalas kan anak dara ni? Tapi aku dah korban masa tidur ku selama lima bulan untuk menyiapkan segala assignment yang bertimbun. Ni tak termasuk lagi dengan quiz yang kalau boleh hampir setiap minggu nak buat. Test lagi final lagi. Fuhh memang hampir meletop lah otak.

"Bangun pergi sarapan tu, mak pagi-pagi buta dah buat sarapan. Bangun mandi dulu. Jangan nak jadi pengotor. Umur dah 21 pun perangai taktaulah nak jadi apa anak dara aku ni." Emak meneruskan bebelan paginya sambil melangkah menuju ke ruang tamu.

Sebagai anak yang baik, aku menurut juga perintah ibuku. Tuala yang tersangkut di ampai bilik ku tarik lalu terus menuju ke bilik mandi. Hampir 30 minit bersiap aku menuju ke dapur. Aura nasi lemak yang menusuk ke hidung membuatkan perutkan yang tak lapar, mula mengeluarkan bunyi. Cis pantang bau benda sedap perut ni. Setelah menceduk ke dalam pinggan dengan bacaan doa, aku mula menyuap nasi ke dalam mulut. Hmm! Sedap!

"Nak ke mana pagi pagi ni siap bertudung?" Emak yang baru menjejakkan kaki di dapur memandangku.

"Nak cari jodoh" jawabku selamba sambil meneruskan suapan.

"Ada yang kena lepuk pagi-pagi ni" aku ketawa mengekeh mendengar balasan emak.

"Takdalah mak, Haira nak pergi kedai Zahra kejap. Bosanlah duduk rumah takda benda nak buat. Kalau ke sana boleh tolong dia jaga kedai." Memang menjadi rutin ku juga apabila cuti sem tiba, aku membantu rakanku menguruskan kedai bunganya. Dapatlah juga upah, boleh simpan buat belanja sem depan. Walaupun biasiswa yang kuterima lebih dari cukup untuk menampung segala perbelanjaan, tapi kalau tambah duit dengan usaha sendiri pun bermanfaat juga.

Setelah selesai sarapan, aku terus menuju ke kedai bunga dengan menaiki kereta Myvy hitamku, sempat ku menjeling rumah Farhan. Pintu pagar berkunci, keluar lah tu agaknya keluarga diaorang.

Hampir 15 minit perjalanan, keretaku terparking elok di depan kedai Zahra. Kereta Bezza merah yang ada disebelah menandakan Zahra berada di kedainya. Nasib baik ada, kalau tak tercongok lah aku di depan kedainya. Maklumlah sekarangkan musim kahwin, ramai yang menempah bunga. Zahra pula menguruskan kedainya seorang diri. Jadinya kadang-kadang dia keluar menghantar pesanan bunga. Bila suruh upah pekerja, katanya kedai masih belum stabil, takut tak mampu nak bayar gaji pekerja.

Betul juga kata Zahra, rakannya itu pun baru berjinak dalam bidang perniagaan. Tempahan bunga pula bukan setiap hari orang nak beli. Kalau musim perkahwinan, ha memang tak cukup tangan lah jawabnya.

"Assalamualaikum" salam kuberi sambil kaki melangkah masuk. Kelihatan Zahra sedang menyiapkan bungkusan bunga yang sederhana besar.

"Waalaikumsalam, lambat sampai." Tangan masih ligat menyiapkan pesanan bunga.

"Biasalah anak raja" aku merapati Zahra.

"Banyak lagi ke gubahan nak kena buat?" aku bersuara lagi.

"Tak banyak dah, tinggal ni je. Jap lagi aku nak keluar pergi hantar bunga. Kau jaga kedai." Zahra memandang ku sekilas.

"Alah taknak. Nanti kalau ada pelanggan nak bunga macam mana? Aku mana reti nak gubah sana gubah sini." Aku memang lemah bab nak mengubah bunga. Tangan tak berseni. Kalau tanya nama bunga tu bolehlah aku jawab. Itupun setakat beberapa je yang aku tau.

"Kejap jelah Haiza. Lagipun aku nak singgah balik jap makan. Nanti lepas aku settle, aku baliklah kedai. Risau sangat. Bukannya customer tu makan orang. Kalau pelanggan nak tempah gubahan bunga, kau cakap je dengan dia nak bunga apa, nak gubah gaya macam mana. Lepastu ha kau cakap lagi dengan dia dalam masa 2 hari boleh datang semula kedai kalau nak self-pickup. Kalau nak delivery suruh bagi alamat. Kau jangan lupa pula ambil note apa yang pelanggan nak." Bukan main Panjang lagi Zahra berceramah. Aku hanya mengangguk tanda faham. Aku ni memang ada masalah gelabah berok kalau bab bab gini.

"Biarjelah aku yang hantar. Selalunyakan aku yang jadi delivery girl. Aku boleh beli makanan untuk kau. Kau nak makan apa?" Aku masih mengharap.

"Aku nak singgah rumah kejap. Nak makan. Lauk semalam ada lagi baki, aku malas nak beli makanan. Membazir. Kau ni macam sebelum ni tak pernah jaga kedai sorang je". Zahra sedang mengemas meja yang agak bersepah setelah gubahan bunganya sudah siap. Tangannya ligat membuat kerja. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Iye tak ye juga. Bukannya aku tak pernah jaga kedai seorang diri. Punggung ku labuhkan dikerusi empuk panjang. Telefon bimbit yang berada di beg tangan ku seluk. Dah pukul 12.30 tengah hari. Mata dah mula rasa mengantuk. Dah lah aku habiskan dua pinggan nasi lemak memang makin memberatlah mata. Aku menguap kecil.

"Haira aku gerak dulu. Kau jangan nak melantak tidur pula. Nanti kalau orang masuk tak dengar pula. Kalau customer takpa, kalau perompak ha habislah." sempat lagi minah ni nak berletar.

"Iya lah Nur Zahra Aisyah Munawarrah. Aku tahu, jangan risau." aku melambaikan tangan sebelum Zahra hilang dari pandangan. 

Satu Hati TerciptaWhere stories live. Discover now