Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap untuk pergi ke rumah anak yatim. Blouse coklat muda dipadankan dengan palazo hitam dan selendang terlentak elok di badan. Lagi sekali ku tilik muka di cerman, sempat juga ku make-upkan sedikit bawah mata untuk mengelakkan kesan bengkang kerana menangis sepanjang malam. Kan aku dah kata aku memang rapuh orangnya.
Beg tangan ku sangkutkan ke bahu lalu melangkah keluar dari bilik. Suasana ruang tamu rumah tidak seperti semalam. Segala benda yang menghiasi rumah untuk majlis semalam sudah dikemas. Aturan kerusi dan sofa pun sudah kembali ke tempat asal. Cuma barang hantaran masih tidak terusik.
"Akak ke kemas semalam?" Kak Qaseh yang sedang melayan Qayyum di depan tv ku melangkah ke arah mereka. Pipi gebu Qayyum sempat ku gomol kegeraman.
"Haah akak dengan along semalam kemas. Kesian adik mesti penat nak kemas." ni yang makin sayang dengan Kak Qaseh.
"Lah kesian akak, nak kemas lagi nak jaga Qayyum lagi."
"Tak payah kesian, lagupun semalam Qayyum tidur dengan nekmak tokbah dia." aku hanya mengangguk mendengar penjelasan Kak Qaseh.
"Cakap pasal nekmak Qayyum ni, emak mana kak?" jarang mak pagi-pagi takda rumah, kalau abah tu memang kerja cikgu dekat sekolah rendah berhampiran rumah.
"Emak dekat rumah Cik Salmah, katanya nak hantar lauk. Tapi lama pula tak balik-balik lagi. Bersembang lah tu. Ni adik bersiap ni nak kemana?" kata Kak Qaseh.
"Ohh....Haira nak pergi hantar lauk dekat rumah anak yatim ni ha. Rumah jiran, nekmak Qayyum dah hantar, iye....Qayyum...ye..." pipi Qayyum ke cuim bertalu-talu. Rimas agaknya dengan perbuatanku, Qayyum merenget.
"Dah tu pergi hantar sana, nanti kang menangis anak along ni adik duk mengacau dia." cis menghalau kita nampak.
"Iyelah kak, terima kasih kemaskan semalam. Haira pergi dulu. Bye kak, bye Qayyum." lagi sekali pipi Qayyum ku cubit hingga timbul kemerehan. Qayyum mula cemikkan wajah bulatnya, tanda-tanda nak nangis. Aku terus berlari keluar. Nanti kena bebel dengan Kak Qaseh buat anak dia menangis.
"Adik! kan dah menangis budak ni!" jerit Kak Qaseh sedikit lantang. Dengar juga suara tangisan Qayyum dari luar. Aku ketawa mengekek. Kalau Qayyum nangis, bukan masalah aku sebab mak dia nanti yang akan pujuk. Haha.
Tiga tong makanan 19L yang berisi nasi minyak, daging masak lada hitam, ayam masak merah dan sebekas besar arca nenas, ku angkut satu-satu masuk ke dalam kereta bahagian belakang. Fuh! semput! baru buat kerja sikit dah mengah macam berlari 3 pusingan padang. Maklumlah, bukan kaki sukan. Joging dalam masa setahun pun boleh kira pakai jari berapa kali je.
Setelah selesai, aku mulaka perjalanan ke Rumah Anak Kasih Da'Fa. Sempat juga ku telefon Anas sebelum berangkat pergi. Nasib baik juga dia ada dekat sana, cepat sikit kerja menghantar makanan sebab dah kenal siapa pengurus rumah anak yatimnya.
30 jam pemanduan, kereta Myvi ku tersemat elok parking di kawasan yang disediakan. Telefon bimbit ku cari di dalam beg tangan. Nak telefon Anas dulu, mahu patah pinggang kalau aku nak angkut tong makanan tu sorang-sorang ke kantin.
"Assalamualaikum Anas" selepas talian sudah diangkat, salam ku beri terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam, Haira dah sampai ke?"
"Haah ada dekat depan pagar ni, nak minta tolong angkat makanan. Nak suruh Haira angkat sorang mahu retak tulang tangan ni." aku selitkan lawak hambar.
"Iye kejap lagi Anas datang, Haira tunggu je." sempat juga ke tangkap bunyi ketawa Anas di hujung talian. Lawak hambar aku pun berjaya buat orang ketawa. Haha.
Setelah talian dimatikan, aku keluar daripada kereta dan mengeluarkan tong makanan. Senang nanti Anas nak ambil. Takdelah dia nak menjenguk kereta bahagian belakang aku yang penuh dengan kertas projek akhir uni.
"Aufia?"
Disebabkan terkejut dengan suara tersebut, kepala aku terhantuk di atas pintu kereta belakang. Aku mengaduh sakit. Badan yang tadi separuh ke dalam kereta untuk mengambil bekas Arca pantas keluar.
"Ouchh" kepala ku usap-usap.
"Erk..Aufia okay ke?" dia panggil aku Aufia? Tak lain tak bukan mesti si dia!
Aku berpaling ke arah suara tersebut. Terpaku. Aku sendiri taktau kenapa setiap kali aku jumpa dia mesti akan terpaku, jantung pula tanpa sempat memberi amaran sudah memainkan gegendang.
"Aufia...." aku kembali ke alam nyata.
"Eh Farhan? buat apa dekat sini?" wahh malu...mesti dia kata aku mengatal tenung dia lama-lama.
"Ehem" Farhan berdeham lalu menyambung semula bicaranya.
"Farhan pemi......." kata-kata Farhan terhenti bila ada suara lain yang menyampuk.
"Haira!" aku menoleh ke arah suara tersebut. Dari kejauhan Anas sedang berlari anak menuju ke arah kami.
"Dah sampai jomlah masuk. Farhan kau tolong angkut sekali." kini Anas berdiri di depan kami.
Tanpa banyak bunyi Anas dan Farhan mengangkat tong makanan yang berada di depan pintu kereta ku. Aku yang mulanya tercegat mula mengikut langkah mereka sambil membawa bekas arca.
Setiap langkah kami di sapa oleh beberapa orang kanak-kanak yang menatap di rumah anak yatim.
"Ayah Han...Ayah Anas" tegur seorang budak lelaki dalam lingkungan 10 tahun yang lalu melintas dihadapan kami.
Ayah Han? Farhan ke? takkan lah dia panggil aku Ayah Han kut? kalau dah memang kami bertiga yang lalu di situ tak lain tak bukan Farhan lah kan?
"Haiza, letak je bekas tu dekat kabinet dapur. Makcik Zainab ada tengah dapur tu." aku mengangguk mendengar arahan Anas sebelum menapak ke dapur.
"Assalamualaikum" salam ku beri kepada beberapa tukang masak di dapur.
"Waalaikumsalam...kamu ke yang hantar lauk makanan ni?" tanya salah seorang tukang masak yang bertubuh agak gempal.
"Iye emm makcik...."
"Panggil Makcik Zainab je." Makcik Zainab memperkenalkan diri.
"Haah Makcik Zainab, saya yang hantar." senyuman manis ku pamirkan di wajah.
"Ohh...terima kasih lah susahkan kamu je pagi-pagi nak hantar makanan ke sini. Dah sarapan ke belum? kalau belum pergi makan dekat depan tu ada nasi lemak dengan kuih-muih. Budak-budak ni semua dah makan." panjang lebar Makcik Zainab berkata.
"Makcik Nab nak pergi kemas dapur ni dulu. Terima kasih lagi sekali ye." belum sepat aku menjawab apa-apa, Makcik Zainab terlebuh dahulu meninggalkan ku.
Dahsyat Makcik Zainab ni. Cakap laju, jalan pun laju. Haha.
Aku keluar menapak ke arah Farhan dan Anas untuk meminta diri. Nak pergi sarapan, lapar dari semalam lepas majlis nikah huru hara tu jadi, sebutir nasi pun tak lepas di kerongkok tekak.
"Anas, Farhan...kalau takda apa-apa Haira balik dulu."ku meminta diri.
"Nak balik dah? duduk lah dulu sarapan sini." pelawa Anas.
"Aufia dah sarapan ke?" kali ini Farhan pula bertanya.
"Ermm..."
kriuk...kriuk...tanpa sebarang amaran daripada perut derhaka ini, laju saja memberi pesanan ringkas kepada tuan badan yang dia sedang lapar.
Secara automatik tangan mengusap perut. Aku sengih ke arah Anas dan Farhan dihadapan yang kini sedang tersenyum senget memandang wajahku.
"Sini duduk makan, nasi lemak tu ada, kuih pun ada." Anas menepuk-nepuk meja dihadapan.
Dengan rasa malunya, aku melabuhkan punggung di kerusi hadapan mereka betentangan dengan Anas.
"Haira nak kuih apa?" Anas menyoal.
"Kuih lapis dengan seri muka." dua kuih kegemaran.
"Kauorang duduk sini dulu, Anas nak ambil nasi lemak dengan kuih. Han kau nak kuih keria macam biasa kan?"
Farhan hanya menganggukkan kepala dan kini tinggal lah kami berdua dengan keadaan yang sedikit canggung.
YOU ARE READING
Satu Hati Tercipta
RomancePertemuan pertama? hm dari kecil Farhan dan Haira sudah berkawan. Kalau buka pintu muka yang sama muncul. Ya kami berjiran. Tapi bila maisng masing dah besar dan meningkat umur Farhan dan Haira seperti saling tidak kenal. Bertegur pun tidak apatah l...