Part 6

8 1 0
                                    

Tangan kanan ku tolak pintu masuk kedai bunga Zahra. Terdengar suara heboh Elyani bercerita pasal Anas, kekasih hatinya kepada Zahra. Apabila bunyi wind chime, empat anak mata terus tertumpu ke arah ku. 

"Dah sampai pun. Macam mana tadi buat check-up?"  tangan Zahra masih lagi setia mengubah anak bunga yang berada di atas meja, bersuara.

"Hmm" balasan pendek ku beri.

"Kau pahal? " mungkin perasan perubahan muka dan mood aku. Yelah mana je ada orang yang muram lepas keluar dengan tunang. Lagi nak sedap bunyi bakal suami yang lagi sebulan lebih bakal diijab kabulkan.

"Aku bukan nak burukkan bakal suami aku tu. Tapi aku pelik lah korang. Semalam Hazmi bagitau aku nak ambil depan rumah pukul 10. Aku berialah siap. Tup, tup dia bagitau tak jadi pergi. Hazmi tu kata dia ada hal dengan client. So nak taknak aku pergi jelah sorang." punggung  sudah selamat berlabuh di atas sofa. Mataku memerhatikan dua manusia di hadapan.

Sumpah aku sedih gila pagi tadi. Last minute bagitau adahal dengan client. Aku sebenarnya dapat hidu sesuatu yang lain dengan perangai Hazmi semenjak dua menjak ni. Dia berubah hampir 360 darjah. 

Sebab aku asyik bangkitkan hal pertunangan ke? atau dia sebenarnya betul-betul sebok dengan kerja dia? atau dia curang?

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Tak Haira. Kau jangan fikir benda yang merepek. tak mungkin dia nak curang. Kalau dia curang kenapa dia nak kahwin dengan kau kan?

"Kau betul ke nak kahwin dengan dia Ira?" Elyani betanya dengan nada sedikit ragu.

"Yelah. Takkan lah aku nak kahwin olok-olok dengan dia. Kau ingat ni zaman budak-budak?" apa benda punya soalanlah si Elyani ni tanya. 

"Taklah aku macam ragulah dengan dia. Takkanlah lagi sebulan nak kahwin masih sebok lagi dengan kerja? kalau orang lain semua clear kan jadual sebab nak prepare majlis kahwin." 

"Kau ni apa negatif sangat El? dia banyak kerjalah tu. Kau tau-tau jelah business man macam mana kerjanya." walaupun aku ragu dengan jawapanku, tapi aku masih mahu memenangkan Hazmi.

"Lah tadi kau yang negatif pasal dia, ni sebelahkan dia pula. Aku rasa elok kau pergi buat check-up otak sekali. Mana tau dah mereng." terus bantal yang berada dia sebelahku, aku campak ke muka Elyani.

"Aku taknak cerita kang pasal Anas semalam tu baru tau." ugutku. 

"Weh ceritalah. Kau otak mereng pun aku still sayang kau tau." cis nak termuntah aku dengar. Sayang lah sangat!

Aku pun mula menceritakan kenapa Anas dekat-dekat denganku sewaktu di dapur rumah anak yatim itu. Bagaimana Anas boleh dapat nombor Elyani. Bagaimana Anas boleh terpikat dengan Elyani walaupun baru je jumpa. Macam mana Anas tu berani tanya Elyani dah berpunya ke belum. 

Bukan main panjang lebar aku bercerita. Elyani dan Zahra hanya mengangguk, sesekali di sampuk oleh suara teruja Elyani. Sempat juga budak berdua tu makan popcorn. Best sangatlah tu aku bercerita.

"Weh terima kasih sangat-sangat. Kalau takde kau tak dapatlah aku merasa cinta di balas pujaan hati." bukan main beria Elyani mengucapkan kesyukuran kepadaku. Semalam bukan main merajuk. Aku menjuihkan bibir.

"Terima kasih, terima kasih juga. Upah takde ke?" kening ku jongkit-jongkitkan.

"Haa cakap pasal upah ni, aku nak ajak kau teman aku pergi dating dekat East Coast Mall." Elyani menyuarakan hajatnya.

"Jadinya aku upahkau dengan belanja makan. Cun ke tak?" sambung Elyani lagi.

"Sampai hati ajak Ira je. Habistu aku macam mana?" Zahra yang sedari tadi diam mula bersuara.

Satu Hati TerciptaWhere stories live. Discover now