Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈
"Siwoo, sini kejap"
Seorang gadis bergegas mendekati bapanya selepas mendapat panggilan darinya.
"Ye appa"
"Kemas barang" kata lelaki berusia itu kepada anak gadisnya.
"Kemas barang? Nak pergi mana?"
"Pergi camping"
"Camping? Buat apa pergi camping?"
"Ikut je la apa yang appa suruh"
"Ala appa, kenapa nak kene camping pulak?"
"Siwoo, dengar eh cakap appa. Kali ni je, okay"
"Tapi appa...."
"Kali ni je....please"
"Okay fine...berapa hari?"
"Seminggu"
"HA?! SEMINGGU!?"
"Please~" rayu bapanya dengan menyatukan kedua tapak tangannya.
Anaknya mengeluh perlahan lalu dia buka langkah naik ke tingkat atas. Packing semua barang, apa yang patut nak kene bawak masa camping nanti.
Satu jam setengah kemudian, gadis itu berlari turun ke bawah semula bersama dengan dua buah beg nya dan dirinya juga sudah berpakaian lengkap untuk pergi ke camping.
"Appa jom" ajak anak gadisnya. Terpampang wajah terkejut bapanya setelah melihat anaknya.
"Kenapa ni appa? Siwoo ada salah pakai ke?" dia mula membelek dirinya jikalau ada yang tersilap pandang tapi dari pandangannya langsung tiada kekurangan.
"Awalnya anak appa ni siap"
"Yelah, dah appa suruh. Siwoo ikut je la"
"Tapi appa tak kata pun camping tu hari ni"
"Eik? Dah tu bila?"
"Esok pagi sayang....bukannya sekarang"
"Lahhhh, appa ni gempak je. Lain kali cakap la awal awal yang camping ni esok pagi"
"Mana la appa tahu yang Siwoo nak siap terus. Appa kan suruh Siwoo kemas barang je, tak suruh pun siap siap terus"
"Fine, this is my fault"
"Sorry eh sayang" lelaki berusia itu pun menggosok kepala anaknya yang sedang memuncungkan bibirnya.
Siwoo pun angkat semula beg nya dibawa masuk ke dalam biliknya semula. Kemudian, pakaiannya juga disangkut semula dalam almari bajunya.
»»————- - ————-««
"Tuan muda, puan panggil tuan muda turun bawah"
"Sabar la kejap, tak nampak aku tengah buat apa ni?"
"Tapi puan—"
"Haish, yelah yelah. Kau turun la dulu, nanti aku turun"
Selepas mendapat arahan dari orang yang lebih berkuasa darinya, dia bergegas turun ke bawah. Tidak berani ingin bersuara lagi.
Gerangan yang digelar 'tuan muda' itupun berjalan turun ke bawah dengan perasaan malasnya. Jalan pun lenggang kangkung.
Sampai di ruang tamu, dia ternampak ibu bapanya sedang duduk disitu dengan tenang. Pasti menanti akan kehadiran anak tunggal mereka ini.
"Ma, Pa" tegur dia sebelum dia ambil tempat di sebelah bapanya.
"Lele, kamu buat apa?" soal ibunya setelah dia meletakkan cawan tea di atas piring khas.
"Buat apa lagi Ma....main game la"
"Main game je kamu tahu, cuba la buat benda yang berfaedah sikit. Ni tidak....Mama rampas nanti game kamu tu nak?"
"Ala Ma....jangan la sampai rampas"
"Kalau tak nak kene rampas, pergi packing barang sekarang"
"Nak buat apa? Nak pindah rumah ke?"
"Kamu packing je barang untuk seminggu ni. Jangan lupa bawak barang keperluan untuk camping"
"Camping?"
"Esok pagi kamu kene pergi camping selama seminggu"
"But Ma—"
"Jangan banyak cakap, ikut je cakap Mama"
"Ma, kalau ye pun nak denda Lele....tak payah la sampai nak kene camping bagai"
Ibunya endahkan sahaja rengekan anaknya itu, dia teguk lagi minumannya sehinggalah kosong.
"Pa, pujuk la Mama" Chenle tarik tangan ayahnya supaya diberi perhatian kepadanya atau lebih tepat protect dirinya daripada melakukan benda merepek ni.
"Ikut je la eh cakap Mama kamu tu" kata si ayah seraya menepuk tangan anaknya.
"Haish" Chenle menjeling ibu bapanya sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas semula.
"Sayang, rancangan kita ni akan berjaya ke?" tanya si suami tercintanya selepas dia pasti kelibat anaknya hilang dari pandangan mereka.
"Saya pasti akan berjaya" jawab isterinya dengan yakin.
"Dah bagitahu dekat Sungho ke pasal ni?" tanya isterinya pula.
"Dah, dia kata anak dia pun setuju. Anak dia tu senang je, bukannya macam anak kita tu"
"Lele tu keras kepala lepastu degil...macam awak la"
"Saya pulak kene, dia ikut awak la. Tahu tak, dulu betapa bersabarnya saya kalau keras kepala awak tu menonjolkan sangat"
"Tapi saya okay lagi la dari anak kita tu. Dia punya perangai, boleh buat orang pening"
"Dah la, awak tak payah fikirkan sangat. Malam ni kita kena tidur, esok nak hantar Lele"
Suaminya lantas menarik tangan isterinya, bawa naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik mereka.