◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈
"Good morning appa"
"Good morning.....sini la duduk sebelah appa" Sungho menepuk kerusi sebelahnya.
Selepas Siwoo duduk di sebelah bapanya, dia terus menarik pinggan yang berisi nasi goreng telur bagi makanan sarapannya.
"Appa nak pergi kerja ke hari ni?"
"Tak kot...hari ni appa nak rehat sekejap"
"Baguslah kalau macam tu, boleh teman Siwoo dekat rumah ni"
"Alolo kesian anak appa. Siwoo tak nak ke cari calon menantu dekat appa ni?"
"Awal lagi la appa. Siwoo baru je habis belajar, tak kan la nak kawin terus"
"Apa salahnya....lagipun anak appa ni dah besar tau"
"Yelah, tapi awal lagi la kalau nak berumah tangga ni. Lagipun Siwoo tak nak tinggalkan appa sorang sorang dekat sini"
"Baiknya anak appa sorang ni. Nanti kalau Siwoo dah ada calon, ajak dia datang sini tau"
"Okay appa"
»»————- - ————-««
"Mama! Mama! Mama!"
"Mama ada dekat dapur ni ha!"
Chenle bergegas berlari menuju ke dapur rumahnya setelah ibunya menyahut panggilannya.
"Ha kenapa panggil mama?" soal si ibu setelah dia ternampak anaknya berdiri di sebelahnya.
"Ma, mana buku buku atas almari Lele?"
"Buku? Oh....buku tu. Mama dah buang"
"Ha?! Ma....kenapa buang?"
"Buku tu dah buruk dah pun—"
"Ma, kalau benda tu dah buruk pun....tak semestinya kene buang ma!"
Chenle keluar daripada dapur lalu dia terus masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas.
"Apa dah jadi ni?" soal si bapa selepas dia terdengar perbalahan kecil dari isteri dan anaknya.
"Dia tanya pasal buku buku dia yang ada atas almari tu"
"Kenapa dengan buku tu?"
"Tak tahu. Buku tu saya dah buang pagi tadi sebab saya nampak buku tu dah buruk kotor apa semua....sebab tu la saya buang"
"Awak tanya dia tak sebelum buang tu?"
"Tak. Pagi tadi kan dia tak ada"
"Awak pun, kan dia pernah cakap dekat kita...kalau nak usik barang barang dia mesti kene bagitahu dulu"
"Saya tak ingat la awak" si isteri memuncungkan bibirnya dan si suaminya pula tukang memujuk agar diri si isterinya bertenang.
POM!
Terkejut pasangan suami isteri ini selepas terdengar bunyi hentaman yang kuat daripada tingkat atas.
"Lele marah dekat saya ke?"
"Dah, awak jangan sedih....biar saya pergi tengokkan dia"
Baru sahaja Chao ingin naik ke tingkat atas, kelibat Chenle sedang berjalan turun ke bawah dengan keadaan kelam.
"Lele kamu—"
Tak sempat si bapa ingin menghabiskan kata-katanya setelah anak lelakinya tutup pintu halaman rumah mereka dengan kuat.
"Awak, anak kita pergi mana tu? Saya risau dekat dia"
"Awak jangan risau...biar saya cari dia"
Chao pula berlari keluar untuk mencari kelibat anaknya, dia menghidupkan enjin keretanya sebelum bertolak pergi.
Hari pun sudah senja, beberapa minit sahaja lagi bulan akan menyinari sebahagian daripada bumi ini.
Beberapa jam kemudian, Chao masih tidak dapat menjumpai anaknya. Kerisauan menyelubungi dirinya.
Dia berhenti di tepi jalan sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memberitahu dekat Sungho tentang anaknya.
Habis sahaja perbualan mereka, Chao gerakkan keretanya semula untuk pulang ke rumahnya.
»»————- - ————-««
"Siwoo! Sini kejap!" bergegas anak perempuannya berlari mendekati bapanya.
"Kenapa appa?"
"Boleh tolong appa tak?"
"Tolong ape?"
"Tolong carikan Chenle"
"Ha? Kenapa nak kene cari dia pulak?"
"Dia....dia lari rumah petang tadi"
"Laaa...kenapa?"
"Entah la. Boleh tak Siwoo tolong carikan?"
"Boleh je...tapi kenapa suruh Siwoo?"
"Sebab Siwoo kan rapat dengan Chenle"
"Em, yelah. Siwoo tolong carikan"
"Terima kasih Siwoo! Nanti kalau ada apa-apa terus call appa tau"
"Okay appa"
"Hati-hati tau sayang.....jaga diri dekat luar tu. Appa pulak risaukan kamu ni"
"Jangan risau la appa. Pandai la Siwoo jaga diri"
"Ehm, kalau Siwoo dah cakap macam tu....appa percayakan anak appa ni"
"Okay la appa, Siwoo nak pakai sweater kejap"
Siwoo masuk ke dalam biliknya lalu baju sweater disarungkan pada badannya.
Selepas itu, dia turun tingkat bawah dan terus keluar dari rumahnya untuk mencari Chenle tapi sebelum itu, dia cuba untuk menelefon lelaki itu namun tak dijawab olehnya.
"Mana kau Chenle" bisik hatinya sambil kakinya melangkah besar agar pergerakannya lebih pantas.
t⃝ b⃝ c⃝
VOTE🌼
