Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈
"Appa, kita nak camping dekat mana ni?"
Dua beranak ini sedang dalam perjalanan untuk pergi ke tempat camping.
"Dekat Gapyeong Gun. Siwoo pernah pergi sana kan?"
"Haah, masa sekolah Siwoo buat program"
Sepanjang perjalanan mereka hanya berbual kosong sehingga destinasi yang ingin dituju telah tiba.
Siwoo turun daripada keretanya lalu dia menghirup udara segar di sekitar kawasan hutan sini.
"Siwoo, duduk dekat pondok sana tu dulu. Nanti appa datang" pesan bapanya dan dia akur dengan arahannya.
Gadis itu duduk di atas pondok itu sambil melihat sekeliling tempat yang indah dengan suara hutan.
Kalau di bandar, hanya kedengaran suara manusia dan juga kenderaan. Bila datang ke sini, terus rasa lega kerana tempat yang tenang masih wujud di dunia.
"Ni beg kamu" bapanya letak 2 buah beg milik anaknya itu bersebelahan dengannya.
"Jom la appa" ajak anaknya dengan perasaan tidak sabar.
"Sabar kejap....appa nak tunggu kawan appa datang ni"
"Kawan appa pun join sekali ke?"
"Haah, dia yang nak join. Siwoo jangan risau, dia pun bawak anak dia. Nanti Siwoo main la dengan dia"
"Anak dia Siwoo kenal tak?"
Bapanya tidak menjawab soalannya setelah dia melihat bapanya sedang berlari anak menuju ke sebuah kereta yang elok diparking sebelah keretanya.
Siwoo hanya menonton dari jauh, keakraban bapanya bersama kawan baiknya sangat la rapat. Dia juga teringin merasai aura seorang sahabat.
"Eh, tu Uncle Zhong la" gadis itu mula teruja selepas dia mendapati kawan baik bapanya itu seorang yang dia sangat kenali.
Dia juga berlari mendekati kereta itu dan nasibnya baik apabila dia sempat berhenti daripada meneruskan berlari.
Mana tidaknya, dia ingin mendekati bapanya. Namun ada benda yang halang secara mengejut pulak tu. Dimana ada seseorang buka pintu kereta tanpa melihat belakang.
"Tepi" bahu Siwoo ditolak dengan sengaja. Makin naik angin la gadis itu.
"Woi, selamba je tolak tolak aku. Dah la main bukak pintu je. Bukannya nak kasi hint dulu ke apa. Ni tidak, main terjah je"
Hilang terus keayuan gadis ini selepas dia menemui musuhnya sendiri. Lebih-lebih lagi, lelaki itu sudah mencari pasal dengan dirinya.
"Kau tengok muka aku" kata Chenle dan Siwoo melihat mukanya dengan wajah bengis.
"Ada nampak aku kesah?" Chenle menjeling gadis itu sebelum dia buka bonet keretanya untuk mengambil beg.
Siwoo terkaku disitu. Dia mengeluh dengan kuat, lagipun dia sudah biasa sangat dengan ayat sadis daripada lelaki ini. Rasa nak tanam dalam simen.
Tanpa mereka sedari, bapa mereka berdua sedang memerhatikan gerak geri anak mereka.
"Kau yakin ke diaorang boleh hidup sama-sama dalam tu nanti?" soal Sungho iaitu bapa kepada Siwoo.
"Aku yakin. Aku tahu perangai anak aku macam mana. Pandai pandai la dia settle kan nanti" Chao iaitu bapa kepada Chenle cuba menyakinkan sahabatnya itu.
Sungho pasti akan risau kerana anaknya perempuan bukannya lelaki. Lepastu, nak tinggalkan anaknya dalam hutan berduaan dengan anak Chao. Dia tahu yang anaknya amat benci dengan Chenle kerana sikap bongkaknya.
"Appa, jom la naik bukit cepat. Nanti lewat pulak, risau ramai orang" ajak Siwoo seraya memeluk lengan bapanya.
"Yelah, jom Chao. Ajak anak kau sekali"
Ketika ini, mereka sekeluarga berpisah sementara. Keluarga Chenle dibelakang manakala keluarga Siwoo di hadapan.
Mereka berempat mendaki bukit selama satu jam lebih. Itupun dah ajak rehat sebab Chenle merengek penat. Terpaksa la dengar.
Semasa mereka berempat duduk di tepi hutan, masing-masing senyap sampai la Sungho membuka suaranya.
"Dah jom sambung" Sungho menarik tangan Siwoo agar berdiri semula dan mereka sambung berjalan.
Kali ni, perjalanan mereka sangat lama tanpa berehat. Tidak tahu sudah sampai had mana kerana kawasan sini langsung tiada orang lalu lalang.
"Argh" Chao memegang kakinya yang tiba-tiba terasa kejang akibat terlalu lama sangat berjalan.
"Pa okay tak?" soal Chenle seraya memegang kaki bapanya.
"Argh Lele, jangan pegang kaki Pa" Chenle cepat cepat larikan tangannya dan dia mula berasa takut. Fikiran negatif mula menghantui dirinya. Padahal tak ada apa-apa pun.
"Korang dua tunggu sini kejap eh. Appa nak minta pertolongan sekejap"
"Tapi appa, kenapa bawak Uncle Zhong sekali? Dia kan sakit tu" tanya Siwoo selepas dia mendapati bapanya sedang berupaya angkat kawannya.
"Mesti la kene bawak uncle kamu ni....nanti dia makin sakit, sape nak berubat kan dia?" terang Sungho.
"Appa hati-hati appa" pesan Siwoo setelah kedua lelaki berusia itu sudah berjalan turun ke bawah.