𝟜

228 31 12
                                        


◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈

◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈





"Haish, mana line ni?! Aku nak main game pun susah!"

"Tak payah la jerit.....sakit telinga aku"

"Suka hati aku la....ni suara aku"

"Ha, kalau macam tu...kau keluar dari khemah ni sebab ni khemah aku bukannya kau"

"Ish, tak payah la ugut ugut macam tu" Chenle baring semula lalu dia tekup mukanya dengan selimut.

"Ni selimut aku la" Siwoo merampas selimut itu semula dan Chenle pun berebut benda yang sama.

"Aku pegang dulu" kata Chenle.

"Ni aku punya...bukannya kau"

"Memang la kau punya tapi aku pegang dulu selimut ni....sape cepat dia la yang dapat"

"Bangang"

"Kau tu bodoh"

Siwoo menggosok dadanya kerana tahap kesabarannya sudah senipis kertas.

Chenle ketawa dengan penuh bangganya lalu dia baring semula. Kali ni dia mengiring sebelah kiri, bertentangan dengan gadis itu.

"Aku benci kau" ujar Siwoo.

"Aku pun benci kau" sambung Chenle dan Siwoo malas nak layan. Dia baring di hujung khemah sambil memeluk beg nya.

Bila suasana sudah sunyi sepi, Chenle tertidur dengan lena kecuali Siwoo. Dia kejap bangun kejap tidur sebab badannya menggigil kesejukan.

"Haish, nak tidur pun tak senang" rengek Siwoo lalu dia duduk sambil memeluk dirinya lebih erat.

Dia cuba untuk tidur semula tetapi tak boleh selepas dia mendengar suara seseorang. Meremang terus bulu romanya.

Dia buka matanya untuk mencari dimana suara itu kedengaran kerana suara itu macam tak jauh dari keberadaan dirinya.

Akhirnya, dia nampak Chenle sedang menggapai gapai tangannya ke atas sambil mulutnya meminta tolong.

"Chenle, kau okay tak ni?"

Siwoo cuba untuk kejutkan Chenle tetapi lelaki itu langsung tak terjaga. Makin meracau ada la.

ժ┃Lurve ⤻ ᶻʰᵒⁿᵍ ᶜʰᵉⁿˡᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang