𝟠

208 28 1
                                        


◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈

◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

◈ ━━━━━━━ ⸙ - ⸙ ━━━━━━━ ◈








Sudah 2 jam berlalu namun gadis itu langsung tidak jumpa bayangan lelaki itu.

Dia berehat seketika sebelum dia sambung lagi kerjanya. Nafasnya tak teratur kerana dia banyak berlari malam ini.

Dahinya dilap dengan hujung lengan bajunya kerana peluh sudah menitik dengan banyak walaupun malam ni cuaca sedikit sejuk.

"Mana kau ni Chenle?"

Call banyak kali pun tak diangkat. Mesej pun tak dijawab apatah lagi dibaca.

Tiba-tiba otaknya mula terfikir tentang satu tempat kesukaan lelaki itu iaitu dia kedai arcade. Dia baru teringat akan kejadian haritu.

Siwoo tersenyum gembira sambil kakinya berlari dengan laju menuju ke kedai arcade di kawasan situ.

Setelah dirinya sudah tiba di hadapan kedai itu, dia bergegas masuk ke dalam. Ramai juga orang disini, terasa sempit juga la bila nak jalan.

Matanya meliar mencari kelibat lelaki itu, dia dah la pendek. Memang susah la nak cari.

"Chenle! Chenle!" jerit gadis itu dengan kuat. Lantaklah orang nak kata dia apa pun, asalkan dia dapat jumpa lelaki itu.

Dia berjalan terus sehingga la di satu tempat dimana mesin permainan itu untuk bermain basketball.

Disitulah dia ternampak tubuh yang dikenali olehnya. Siapa lagi kalau bukan Chenle.

Lagi sekali Siwoo tersenyum suka kerana dia sudah dapat menjumpai lelaki ini. Dah tak perlu risau.

"Chenle" panggil Siwoo. Chenle terkejut pada mulanya dan sekarang dia sambung semula melontarkan bolanya ke jaring.

"Chenle, kau okay?" tanya Siwoo sambil bersandar pada dinding.

"Kau buat apa dekat sini?" soalan dibalas dengan soalan.

"Aku cari kau la"

"Kenapa kau cari aku?"

"Kenapa kau lari rumah?"

Chenle tak menjawab soalan gadis itu, dah dua dua pakat nak tanya soalan. Siapa yang nak jawab?

"Chenle, kan aku kata...kalau kau ada masalah—"

ժ┃Lurve ⤻ ᶻʰᵒⁿᵍ ᶜʰᵉⁿˡᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang