•••
- kim youngmi as you -
- choi chanhee, new, as himself -
--❦︎--
" Oppa."
Tiada sahutan, manja si isteri mengerling ke arah suaminya yang tersandar di kerusi sebelah pemandu. Stereng dipegang kejap. Cuba untuk memperbetulkan posisi badan.
" Tidur ke?" meleret dia bertanya. Lebar sengih saat ekor matanya menangkap mata sang suami terpejam rapat.
Mulalah helah nakalnya cuba untuk mengusik lelaki itu. Sebelah tangan yang memegang stereng dia larikan pada tangan suaminya. Diusapnya sehingga ke siku, tetapi langsung tiada balasan. Akhirnya tangan suaminya digenggam lembut supaya lena lelaki itu tidak terganggu.
Si isteri tergelak kecil. Nyenyak betul! Entah entah tengah mimpi curang. Timbul pula rasa kasihan, kuat sangat dia bekerja sampaikan timbul menimbul segala jenis urat serta tulang temulang suaminya.
Gadis itu sengih sendiri, bahagian itulah yang membuatkan lelaki miliknya attractive. Risau betul ada perempuan lain yang pandang sebegitu.
Sambil menyanyi kecil, sambung lagu yang berkumandang dari corong radio. Gadis itu menumpukan perhatian pada pemanduan yang hanya menggunakan sebelah tangan.
Jalan agak lengang walaupun cuaca buruk. Kilat sambung menyambung sedari tadi. Had kelajuan yang dibawa bawah daripada 80 kilometer per jam. Cuba untuk berhati hati. Sengaja dia offer diri untuk drive, kesian sengat melihat si suami penat bekerja.
Tangan yang masih menggengam dia lepaskan untuk menyelak rambut yang terjuntai. Tetapi belum sempat gadis itu berbuat demikian, ada tangan lain yang sudah menyelak terlebih dahulu. Sepantas kilat tangan si isteri digenggam semula.
" Tangan tu dah gatal merayap, lepas tu taknak tanggungjawab pulak." gumam suara serak itu.
" Eh! Mana ada! Saya cuma nak check je awak tidur ke tak!" nafi gadis itu sungguh sungguh.
" Kalau saya mengandung macam mana?"
" Yah!" automatik tangan naik menampar si lelaki.
Tawaan lelaki itu semakin kuat. Suka melihat si isteri terusik dengan gurauannya. Lantas tangan kesayangan yang berhenti menampar dipaut semula.
" Sayang nak baby girl ke boy?"
Diam, gadis itu membatu. Langsung tidak mahu membalas.
" My Chaera, I'm asking you-." lelaki itu menyandarkan kepalanya pada bahu Chaera.
" Diamlah Chanhee, saya drive ni. Nak fokus."
" Alah, saya tanya sikit je." Chanhee menjarakkan kedudukan mereka. Memberi peluang kepada Chaera untuk drive.
" Saya nak twins, sepasang. Tak payah nak pening fikir gender apa. Comelnya kalau saya bayang. Little Chanhee and little Chaera." Chaera tersenyum apabila mengenangkan angan angan melihat anak kembarnya berlari saling berkejaran.
Bersinar sinar mata bulat Chanhee menandang isterinya. Tidak sangka itu yang Chaera mahukan.
" Serius ni? Malam ni jugak kita buat."
" Kalau awak yang pregnant la." bidas Chaera.
Putus semangatnya. Chanhee hanya sembunyi senyum. Sebelah tangan dia raupkan pada wajah. Niat untuk mengenakan Chaera terkena pada dirinya pula. Dia malu sendiri.
" My Chanhee, saya gurau je."
" My dearest Chaera, saya pun gurau jugak."
Chanhee menyandarkan badan pada kerusi. Membiarkan Chaera memenangi perang mulut antara mereka. Pandangan Chanhee talakan pada tingkap luar. Merenung lampu lampu jalan walaupun dikaburi titisan hujan.
" Chanhee."
Lelaki itu mengerling pada isterinya, bersedia untuk mendengar thought merapu yang bakal keluar daripada bibir mugil itu.
" Awak nak anak kembar tak?"
" Semua jenis anak pun saya nak My Chaera."
" Kalau anak katak?"
Satu jelingan diberi kepada Chanhee. Gelak mengekek lelaki itu dibuatnya. Signal belok ke kanan dihidupkan lalu kereta bergerak ke kanan. Senyap seketika kereta, bunyi hentaman titis titis hujan sayup kedengaran. Tenggelam dengan rentak lembut This Night nyanyian Rad Museum.
" Chanhee."
" Hm?" sahutnya perlahan
" What if, saya tak boleh mengandung. Awak terima saya seadanya tak? Atau awak cari perempuan lain? Awak nak buang saya tak?"
" My Chaera, kita baru dua bulan kahwin. One day adalah rezeki tu. Jangan risau." dalam diam tangan Chanhee bergerak memaut tapak tangan Chaera. Sejuk, lelaki itu menyalurkan haba.
" What if, saya tiba tiba hilang. Awak cari saya tak?"
" Of course cari, I can't live without My Chaera. Pernah ke awak tengok sehari saya tak berenggang dengan awak, sayang?"
Chaera tidak mampu menyembunyikan senyuman. Terbang segala overthinking yang melanda fikiran tadi bila adanya Chanhee di samping.
Chanhee, si penyelamat overthinking.
" Mulut manis betul." gumam Chaera.
" Lagi? Nak overthink apa lagi?" soal Chanhee, seakan akan dapat menghidu isi hati Chaera.
" What if saya lupa awak. Would you remind me siapakah saya kepada awak?" entah kenapa kepala Chaera berpusing merenung Chanhee. Membuak buak hatinya mahu tahu jawapan lelaki itu.
Belum sempat Chanhee membuka mulut. Pandangannya silau disimbahi cahaya dari lampu kenderaan dari arah bertentangan. Matanya menyepet, bibirnya cuba menyebut sebaris nama Chaera.
Chaera tidak sempat bertindak. Stereng kereta sempat dipusing ke arah kanan. Berdentum kuat hentaman yang diterima oleh pancuan empat roda yang dinaiki mereka. Kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan.
Merah. Segalanya merah. Wajah sang suami yang sudah pengsan hanya menjadi tatapan. Sakit yang dirasakan kian terasa. Nyawanya seakan akan sudah ditarik dari hujung kaki. Chaera menggigil sendiri. Bibirnya cuba menyebut sesuatu.
" Chanhee yaa-"
•••
everything yang saya type hanyalah rekaan semata mata based on my imagination. plagiarism adalah diharamkan.
chanhee from babysitter ' sangyeon is here, but make it 10 years later. <3
happy reading!
doakan anak ketujuh aku ni aku tak kena unpublish lagi woi. sesaklahhh dengan writer block ni 😭
--❦︎--
YOU ARE READING
roomie.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 15 2023 ended : aug 30 2023 © -milkyuuu. 2023