•••
« youngmi »
Terburu buru langkahku menghala ke pagar utama kampus. Skrin telefon dijeling berkali kali, menanti bilakah teksi yang dipesan datang ambilku. Laungan daripada Sir Kevin langsung aku tidak hiraukan. Ada juga mata mata saling berbisik sesama sendiri. Mungkin sedang berspekulasi mengapa Sir Kevin sedang mengejarku sekarang.
" Mimi! Tunggulah!"
Angkara heels di kaki, langkahku kurang laju seperti selalu. Impaknya, Kevin terlebih dahulu mendahului langkahku. Lenganku disambarnya lalu diheretnya aku ke tempat yang tertutup daripada pandangan umum.
" Lepaslah! Saya tak suka!" berkali kali aku meronta, tetapi tenagaku tidak dapat menandingi kudarat lelaki itu.
Cengkaman dilepaskan sebaik sahaja kedua kami berada di belakang bangunan power house. Aku jarakkan diri daripada Kevin. Pepper spray yang berada di dalam tote bag aku keluarkan. Cuba berjaga jaga jikalau Kevin mahu lakukan sesuatu yang buruk ke atasku.
" Please, dengar saya dulu Mimi." rayu lelaki itu. Meminta supaya aku tidak lari lagi.
" Apa lagi sir? Sir tak faham ke saya dah taknak rapat dengan sir macam dulu?" tegasku, penuh emosi.
Berombak dadaku menghela dan menghembus nafas. Tajam mata menikam sepasang mata sepetnya. Tangan yang cuba untuk menyentuh lekas aku tepis. Jijik, tak ubah seperti malam aku dilayan seperti binatang.
" Mimi, awak salah faham-"
" Faham apa? Are you trying to manipulate me? Awak nak tipu saya lagi?" semburku. Reaksi clueless Kevin buatkan darahku mendidih.
Lepas buat salah, macam mana hatinya langsung tak terpalit dengan rasa bersalah? Dasar lelaki red flag! Narcissistic! Rasa diri terpaling betul! Berpuluh kata makian yang hanya mampu dilontar di dalam hati.
" Saya tipu apa Mimi? Saya tak tipu! Saya cuma jaga awak as adik kawan saya. That's it!" tegas lelaki itu. Rahangnya diketap kuat menandakan dia juga punya amarah yang sedang dipendam.
" Saya, tunang awak. How dare you pretend awak tak kenal saya! Tak cukup lagi ke apa yang awak dah buat pada saya dulu Kevin? Kenapa nak seksa saya lagi?" rintihku, sungguh aku lelah. Kenapa yang langsung tak bersalah, perlu tunduk dan merayu?
" Bukan Mimi, saya bukan tunang awak. Awak salah ingat ni. Memori yang awak rasa betul tu it's not true. Awak confuse." nafinya bersungguh sungguh.
Aku tergelak sinis. Jawapan itu kedengaran seperti sudah dihafal berkali kali. Aku pasti Aeri yang membocorkan maklumat kepada Kevin. Sungguh aku rasa dikhianati. Berpuluh puluh kali aku ingatkan, ternyata gadis itu hanya dengar sambil lewa.
" Ssibal, now awak nak manipulate memori saya pulak? Go to hell Kevin! Saya takkan tertipu lagi! Once a liar, always a liar!"
Terburu buru aku pusingkan badan dan membuka langkah. Tetapi Kevin lebih tangkas. Kedua dua tanganku dipaut dari belakang. Kata rayuannya mengegar gegendang telinga.
" Mimi, listen to me! Tunang awak sebenarnya-"
" No! Jangan sentuh saya! Tak cukup lagi ke awak cabul maruah saya dulu?! Now awak nak ambil kesempatan lagi?" lengan sasanya aku tepis kuat, sehinggakan terlepas. Tajam aku mencerlung pada wajah speechless Kevin.
" Saya bukan mainan nafsu awak Kevin, stay away, kalau tak saya buat laporan polis. Jangan cabar saya!" hamburku sebelum berlari keluar dari tempat itu. Hampir saja aku tersembam angkara heels, tetapi sempat aku stabilkan diri.
YOU ARE READING
roomie.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 15 2023 ended : aug 30 2023 © -milkyuuu. 2023