•••
« youngmi »
" Ni." penanda buku yang aku curi dari bilik New tempoh hari aku layangkan pada camera. Supaya dapat dilihat dengan jelas oleh Aeri melalui facetime call.
Memang sudah jadi habit aku untuk facetime berjam jam bersama Aeri tiap kali hujung minggu. Facetime, tetapi masing masing buat aktiviti masing masing. Kenapa? Aku pun tak tahu nak explain. Hanya bestie sejati je faham kenapa walaupun tak tahu nak explain bagaimana.
" Kau dah jumpa ke belum buku yang matching dengan penanda ni?" soalku lagi. Tinggi harapan aku pada Aeri. Harap harap dia tahu.
" Itu apa? Kau buat sendiri ke? Banyak sangat tengok diy five minutes craft ni." bebel Aeri. Sengaja buat buat tak tahu walaupun sudah seminggu aku beritahu Aeri mengenai kewujudan penanda ini.
Melalui video camera yang terpapar, aku lihat dia alih pandangan dari camera, sedang fokus pada sesuatu. Aku mengeluh perlahan. Penanda aku sorok ke bawah bantal. Tergendala kerja aku siapkan thesis disebabkan novel itu. Aku pun masalah jugak, suka sangat layankan curiosity.
" Aeri, tolong la aku-. Kau kata kau nak novel? Takkan dah hilang nafsu?" aku berguling di atas katil. Sambil berbaring telefon aku angkat tinggi telefon supaya wajahku kelihatan jelas di skrin Aeri.
Gadis masih buat tak dengar dengan rengekkan aku. Aku mengembungkan pipi. Haila, nak dekat dua minggu masalah aku dengan novel Tulips ni tak selesai. Macam mana nak hidup lagi 30 tahun?
Tok! Tok!
Terkejut. Pada masa yang sama, telefon terlepas daripada genggaman. Sekelip mata peranti yang berkelajuan graviti 9.81m/s² terhempas ke muka. Aku meraung, sakit.
Aku tak pernah dengar pintu bilikku kena ketuk. Mana tak terkejut kalau tiba tiba berbunyi. Kusss- semangat aku.
" Hey! Youngmi! Kau okay tak!"
" Kau kenapa?"
Serentak kedua suara itu menerjah gegendang telinga. Satu ayat panjang dan caring dari Aeri. Satu lagi ayat pendek tetapi makan dalam dari New. Baru aku perasan, selamba badak lelaki itu terjah masuk bilik aku tanpa salam.
Ops, lupa pula dia punca iphone bercium dengan hidung aku.
" Phone jatuh atas muka. Takpe la Aeri, kejap lagi kita sambung facetime." aku capai telefon yang terlungkup di sebelah bantal lalu menekan butang merah.
Perhatianku tertumpu pada New yang setia memerhati. Baru aku perasan aku masih berbaring dan siap berseluar pendek lagi. Laju laju aku bangun lalu tutup kakiku dengan bantal. Ghisau! Mata lelaki bukannya boleh harap.
Tapi, kalau New serong, itu lain ceritalah.
" Wae? Suka hati terjah bilik aku. Nasib baik aku tak bogel tadi." ayat terakhir aku ungkap perlahan. Laptop dan Ipad di atas katil aku susun supaya kedua peranti itu tak bergolek jatuh katil.
Terasa seperti diperhatikan, kepala aku angkat dan pandang New. Dia senyum simpul.
" Koyakkan aku buah epal." datar suaranya memberi arahan.
Aik? Buang tebiat ke?
" Eh kau ni, suka suki je suruh aku. Mana bini kau? Kenapa tak suruh dia?" aku berdalih. Tak kuasa aku.
" Kawan aku datang ni, takkan aku nak biarkan kau layan kawan aku pulak?" tempelaknya. Nada suara masih lagi dikawal.
Aku berdecit tak puas hati. Mahu tak mahu aku alihkan bantal yang menutupi kaki lalu berjalan ke arah almari. Satu skirt labuh aku capai. Ekor mataku menangkap susuk merah jambu masih tercegat di pintu.
" Kau nak tengok free show ke?"
Serta merta lelaki pink itu menutup pintu. Aku tergeleng, Skirt aku sarung pada tubuh. Setelah merapikan apa yang patut, barulah aku melangkah turun ke bawah. Kedengaran sayup sayup suara dua manusia sedang berbincang.
Sedang aku berjalan melewati ruang tamu, sempat aku berbalas senyuman dengan seorang wanita yang kelihatan sebaya denganku. Waa-, nampak bekerjaya. Nampak serius perbincangan mereka. Tetapi satu patah haram aku tak faham.
Nak buat macam mana, bukan bidang aku.
Plastik berisi buah epal di atas meja makan aku bawa ke singki. Cermat aku basuh ke semua buah itu lalu aku bawa ke meja pulau yang letaknya berhadapan dengan ruang tamu. Menggunakan pisau pemotong buah, aku kupas kulit epal dengan berhati hati.
Bait bait perbincangan mereka sempat aku curi curi dengar. Yela, aku nak tahu kerja apa yang New buat. Manalah tahu dia jadi gigolo cantik yang berjaya. Eh, otak aku ni. Suka sangat melalut ke tempat tak sepatutnya. Lekas aku gelengkan kepala.
Selesai aku kupas dua epal merah, aku letakkan di atas papan pemotong. Epal aku potong empat. Bahagian tangkai dan biji turut kubuang. Risau wanita yang bernama Eunji tercekik biji epal nanti.
" Kau potong buah ke buah yang potong kau? Kenapa lambat sangat?" kedengaran dekat suara New di tepi telingaku.
Meremang segala bulu tengkuk. Hai ahjusi, selama ni kemain jijik nak dekat dengan aku. Ini dah kenapa berdiri rapat belakang aku main bisik bisik?
" Kejaplah. Dah nak siap." potongan buah aku pindahkan ke dalam mangkuk. Lalu aku teruskan potongan epal ke buah kedua. New setia di posisi.
" New?"
" Hm?"
" Kau kerja apa?" aku mengrandom tanpa sedar.
Buah yang siap dipotong aku pindahkan ke dalam mangkuk.
" Businessman." jawabnya sepatah seraya mengambil mangkuk itu.
Waa, aku kagum. Tak sangka lelaki pink ini lebih maju dari masa depanku. No wonder la semua pakaiannya kelihatan branded dan cantik cantik belaka. Cuma aku hairan kenapa dia cari rumah yang ada roommate seperti aku? Kenapa tak beli rumah? Kan jimat tak payah bayar sewa tiap bulan.
" Kupas lagi, aku nak kau buat apple juice lepas ni." selamba lelaki pink itu demand melampau lampau padaku.
Ewah!
Aku buat muka menyampah. Satu buah epal aku ambil dan kupas. Berbakul bakul rungutanku dalam hati. Kau ingat aku ni maid simpanan kau ke hah? Suka hati nak arah aku! Tajam mataku memerhati New yang sedang berjalan membelakangi aku. Makin ganas caraku mengupas kulit epal.
Takpe New, aku sembur pesticide dalam apple juice kau nanti. Biar mabuk sampai tahun depan. Aku ketawa jahat dalam hati. Tak boleh bayang macam mana sewelnya New bila mabuk angkara racun serangga.
Zap!
Reseptor pada jari mengesan kesakitan. Mataku melorot merenung jari yang memegang buah epal. Pisau buah dan epal terlepas dari tangan. Kuat bunyi terjatuh yang terhasil sehingga suara suara yang berbincang turut diam.
Tik! Tik!
Cecair merah mula menitik pada permukaan papan pemotong. Tanganku menggigil. Terkedip kedip mataku merenung apa yang terjadi.
Darah!
" Youngmi, kau kenapa?" New bertenggek di depan kaunter pulau. Ingin tahu apa yang terjadi.
Berat bibirku nak menjawab. " New-"
Pandanganku mula sekejap kabur sekejap jelas. Aku cuba berpaut pada meja. Rasa seperti aku hilang keseimbangan badan sebelum tubuhku melorot ke lantai. Bayangan darah masih lagi melekat di fikiran membuatkan jantungku berdetak kencang. Nafasku tidak teratur. Dada turut terasa sakit seperti dicucuk sesuatu.
" Youngmi!" aku sedar New sempat paut tubuhku sebelum semuanya kelam.
•••
« lyaaa »
selamat hari raya everyone!
YOU ARE READING
roomie.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 15 2023 ended : aug 30 2023 © -milkyuuu. 2023