•••
« youngmi »
" New."
Aku angguk angguk sendiri. Kenapa New? Aku pun tak pasti. Takkan la ahjusi New ni nak bagi namanya kedengaran bombastik? Lepas tu taknak aku tahu namanya apa sebab tak mahu aku fikir aneh.
" New."
Hm, mungkin jugak. Atau nama asalnya nampak kampung? Malu sebab orang mengata namanya? Atau mahu nampak seperti ala ala dari overseas? Alah, fikir asal usul nickname New ahjusi pun boleh bagi aku migrain!
" New."
Tapi tak acilah dia tahu namaku dulu dari mulut tuan rumah! Aku pulak kena tunggu lima hari lima malam untuk tahu dia siapa.
Over kan aku ni?
" New-"
" Kau ni, dari tadi zikir nama aku. Tahulah sedap." bidas New seraya menghirup teh panas dari cawan. Sedap sahaja dia bersantai di atas kerusi urut Gintell yang baru sampai ke rumah tadi. Sebelah tangannya memegang satu novel.
Aku memutarkan bebola mata. Perasan betul. Padahal aku tengah fikir datang dari mana ilham lelaki ini untuk menggelar diri tu New. Kenapa? Baru sangat ke diri tu?
" Perasan, nama macam made in China." gumamku perlahan. Periuk berisi ramyeon di atas dapur aku alih ke meja makan.
" Eung?! Made in China?!" New pandang aku tak puas hati. Cawan berisi teh tadi dia letak di atas meja kopi.
" Yah! Kim Youngmi!" sebaris namaku disebut kuat. Marah nampaknya aku kutuk nama New.
Aku tayang muka tak peduli. Telefon aku keluarkan dari poket seluar tidur. Sudah tak sabar nak tengok Doctor Romantic 3. Baru sahaja aku tekan play episode yang baru sahaja release, ada tangan lain rampas peranti itu.
" Amboi, mulut tu sedap aje mengata nama aku." bebel New.
Kerusi ditarik lalu dia duduk berhadapan denganku. Mataku melekat padanya. Muka tak puas hati New mengundang tawaku. Out of nowhere aku rasa kelakar.
" Aa- wae? Aku rasa kau comel la. Kejap, meh sini phone aku. Aku nak tangkap gambar kau. Bosan bosan boleh tengok muka kau tu. Jadi ubat rinduu-" ujarku diiringi tawa yang bersisa.
" Sasaeng low class." New memutarkan bebola mata. Iphone aku New letak semula pada tempat asalnya. Lantas aku playkan drama tadi. Malas nak melayan New.
Hampir separuh aku baham ramyeon, baru aku perasan New ralit memerhati aku. Kepala aku tunduk pandang periuk, kemudian aku pandang New semula.
Mesti nak sikit tu, desis hatiku
" Nak? Masak sendiri. Kat dalam kabinet tu berlambak segala jenis ramen." aku peluk periuk, siap jeling tajam lagi.
New buat muka menyampah. Selamba bersila panggung melihat aku jadi childish protect ramyeon macam anak sendiri. Alelele, nak sikit tapi tak mengaku.
" No thank you."
Aku berdecit. Malas melayan New aku sambung suapan. Khusyuk aku menyedut mi. Mata pula berada pada skrin telefon.
" Tengok kau makan pun dah buat aku tak lalu." ujar New, tiba tiba.
Uhuk! Uhuk!
Serta merta saluran pernafasan rasa terbakar. Aku terbatuk batuk lantas mencapai teh ais yang dibuat lebih oleh New tadi. Sekali sedut aje terus tinggal separuh.
YOU ARE READING
roomie.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 15 2023 ended : aug 30 2023 © -milkyuuu. 2023