2 4 ; rain inside

47 14 52
                                    

•••

« chanhee »

" Hahaha! Bodohla kau Chan!" gelak terguling guling Kevin ketawakan aku.

Tin beer yang sudah kosong aku kemikkan lalu lempar pada Kevin. Terjerit kecil lelaki itu dibuatnya. Tawaanya masih bersisa.

" Wey, kalau kau tanya macam tu kat aku pun, bersepah aku lari. Dia pun baru je dengar cerita pasal head hunter, kau pergi sakat dia kenapa? Kan dah mendapat!"

Mata kanan merembeskan cecair buat kesekian kalinya, lekas aku capai tisu lalu tekapkan pada mata. Penangan pepper spray Kim Youngmi, hampir saja aku buta on the spot waktu itu.

" Jangan lupa titik eye mo. Ada atas meja aku baru beli tadi." ujar Kevin seraya berdiri. Meja yang dipenuhi tin kosong serta plastik jajan dikutip lalu dicampak ke tong sampah.

Anak mataku melekat pada tiap gerak geri Kevin. Terlalu banyak benda aku fikir, tetapi hanya satu keluhan terlepas. Aku gembira, tetapi pada masa yang sama aku kecewa.

" Aku tak sangka Youngmi lupa aku lagi." keluhku, meluahkan kekecewaan tanpa sedar.

" Dah lah, kau fikir la masalah cinta kau sampai subuh esok. Yang penting aku nak tidur. Esok girlfriend aku nak datang! Tak sabar nak healing tepi laut dengan dia hihi!" Kevin ketawa gedik seraya memembetulkan kedudukan meja seperti asal. Dengan niat mahu provokasi aku.

Bebola mata digulingkan. Hak elah, mentang mentanglah sudah move on dari Youngmi! Sewaktu Youngmi hilang, dia boleh buat selamba pergi sauk kawan Youngmi. Mujurlah mengena, kalau tidak sudah senasib denganku.

" Kenapa? Jealous? Cepat cepatlah tackle Youngmi yee. Dulu masa dia confess bukan main kau jual mahal. Karma is real Chanhee!"

" Aku tak rejectlah! Aku erm- terima. Tapi aku tak faham kenapa Youngmi ingat aku anggap dia Chaera. Ye sebelum perempuan tu datang balik dalam hidup aku, rasa aku sayang lagi Chaera. Tambah pulak apa yang dah jadi dulu, aku keliru." luahku tanpa sedar.

Memori sewaktu aku, Chaera dan Youngmi berkawan rapat terbayang di fikiran. Pada awalnya aku rasakan Youngmi hanya menganggap aku sebagai teman, sangat rapat. Saat aku luahkan pada Youngmi bahawa aku sukakan Chaera, gadis itu langsung tidak memberi reaksi negatif. Malah jadi supporter fanatik pula.

Segalanya berubah selepas gadis itu dipaksa untuk bertunang. Sejak itulah aku perasan tingkah laku gadis itu tampak kontra. Dia bukan lagi Youngmi yang aku kenal. Gadis itu sentiasa mahu melekat padaku. Clingy melampau. Perihal privasinya turut dikongsi kepadaku walaupun aku tak tanya. Bukan aku sahaja tak selesa, malah Chaera turut begitu.

Setiap kali aku mahu bersendirian dengan Chaera, pasti dia menyelit. Kadang kala bertindak posesif supaya aku jauhkan diri dari Chaera. Mulutnya sentiasa berkata buruk mengenai Chaera supaya aku jauhkan diri. Bermula dari itu, persahabatan aku dan Youngmi renggang dengan sendirinya.

Aku bertindak untuk memutuskan tali persahabatan dengan Youngmi, menganggap gadis itu parasit kepada hubungan aku dan Chaera. Kami berkahwin tanpa pengetahuan Youngmi. Segalanya terasa indah sehinggalah kami kemalangan. Aku koma untuk dua minggu, cinta hati pula pergi untuk selamanya.

Pada waktu itu, aku sangka aku hilang kedua mereka. Ternyata aku silap.

Youngmi turut berada di hospital yang sama. Menjalani rawatan untuk penyakitnya.

Aku tak sangka gadis itu sudah lama sakit.

Masakan tidak, aku tak akan melayaninya seperti parasit.

Aku sedar, akulah yang jahat. Dan kerana itu, aku tekad untuk tebus segalanya.

Tetapi segalanya terlambat, Youngmi lupa siapa aku dan semua tentang aku.

Dan sejarah itu berulang sekali lagi.

" Aku nak tidurlah. Kau tak payah la ajak aku deep talk. Kesian Aeri aku tunggu bila boyfriend dia ni nak ajak sleepcall." potong Kevin seraya hampiri sofa dan menghenyakkan punggung di kusyen.

" Cuba kau fikir, kau ada buat apa apa tak dekat Mimi? Kalau kau tak ingat aku halau kau keluar." ugut Kevin, berbaur gurauan.

Lidah mengeras. Bersungguh otak dikerah untuk berfikir. Aku tetap jumpa jalan buntu. Aku tak tahu apa salah aku terhadap Youngmi untuk kali ini.

" Aku, aku tak rasa aku ada buat silap. Aku rasa- Youngmi mula regain memori lama." ujarku perlahan.

Kevin ketawa kuat, kedengaran sangat sinis di telingaku.

" So now, kau nak salahkan Youngmi lagi? Jangan jadi bodoh Chanhee. Kau lupa ke sebab kau salahkan Youngmi dulu semua benda jadi berterabur?" semburnya. Membuatkan aku terdiam.

Benar, jika aku korek cerita sebenar dari Youngmi. Jika aku tak berlaku dingin kepada Youngmi. Jika aku tak terlalu ikutkan perasaan mabuk bercinta, semuanya tidak akan bercelaru.

Kevin betulkan posisi tubuh, dia bersila panggung. Memerhati aku yang terduduk di lantai.

" Kau nak dengar cerita tak? Reason kita yang rapat macam belangkas dulu tiba tiba dingin macam ais kat kutub?" lelaki itu senyum senget, menanti balasan dariku.

" Aku tahu, sebab Youngmi first love kau. Kau marah sangat aku reject dia. Sebab aku dia benci kau sekali." bebola mata dijulingkan kepadaku. Itulah jawapan yang dimomokkan kepadaku tiap kali aku bertanya, apa salah aku.

Kevin ketawa kuat, "Taklah giler! Waaaah, aku tak sangka kau lurus sangat Chanhee pergi percaya! Aku bukan kemaruk nak bercinta macam kau!"

Auch, sedikit emotional damage.

" Malam Mimi kena assault dengan Younghoon, aku jumpa dia. She was terrified as hell, and half naked. Aku yang bawak dia ke hospital and at that time barulah aku dapat tahu dia ada kanser." air mukanya berubah, sedih melampau.

Ini kali pertama aku lihat Kevin nampak luluh saat bercerita mengenai Youngmi.

Dan luluh, sakit, simpati, semuanya berpindah kepadaku pula. Giliranku pula diserang rasa bersalah, pada skala kronik.

" She told me almost everything. Semuanya tentang kau and semuanya buruk belaka. I thought the one who hurt her is you. Dia langsung tak mention Younghoon. Tapi aku tak sangka aku sekali kena maniupulate dengan Younghoon." Kevin ketawa kecil, sebelah tangannya meraup wajah.

Niat nak bertanya apa yang Younghoon lakukan, tetapi hanya tersekat di kerongkong. Lihat Kevin sedang serabut buatkan aku tak sampai hati.

" Younghoon, he's manipulating me, toying me with those innocent face. and I'm trusting him like an idiot." ayat itu diluah bersama ekspersi kesal pada wajah.

" Biar aku teka, Younghoon datang hospital, claim diri dia abang Mimi?" aku mencelah.

Kevin geleng, tidak setuju dengan statement aku, " At first dia cakap dia tunang, and dia mintak tolong aku jangan cakap pada Youngmi, she's mentally unstable at that time."

Aku angguk perlahan, barulah aku faham kenapa Youngmi sangka Younghoon adalah darah dagingnya sendiri. Nama pun nak dekat sama.

" Jadi tugas kau sekarang, aku nak kau rampas Youngmi semula." semudah itu sahaja Kevin mengarah aku.

Kepalaku perlahan menunduk, merenung karpet berbulu di lantai.

" Tapi dia wife Younghoon-"

" That's why aku suruh kau rampas! Eh kejap! Waa tak sangka ini permainan takdir. Dulu Youngmi kat tempat kau, sekarang kau pulak rasa apa yang Youngmi rasa. Table has been turned Chanhee." dia senyum senget, mengejek.

Rambut diraupkan ke belakang. Beer yang masih berbaki separuh aku habiskan sekaligus. Sudah tidak peduli aku bakal mabuk sebentar lagi.

" Goodluck Chanhee, semoga kau berjaya rampas Youngmi balik!"

•••

« lyaaa »

sekian cerita backstory, any questions? jangan mengmalu, kita open table. :)

roomie.Where stories live. Discover now