BAB 3

389 43 0
                                    

MALAM itu, aku menelefon kekasih hati merangkap bakal tunangku setelah seminggu kami tidak berhubung. Hanya sekadar menghantar mesej ringkas hari-hari untuk bertanyakan khabar.

Lima tahun tempoh percintaan kami sejak kami mula berkenalan di tempat kerja setelah tamat SPM. Dia merupakan rakan sekolahku dahulu tapi kami tak pernah bertegur sapa. Sewaktu kerja barulah kami mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Setelah aku tamat posting nanti, kami sudah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama sebulan dan kemudian terus berkahwin.

Fakhri al-Razi namanya. Lelaki itu merupakan cinta pertamaku dan aku berharap agar dia juga menjadi lelaki yang terakhir dalam hidupku. Dalam kesibukanku mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor, dia pula berusaha keras melunaskan impiannya untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kedua-dua belah keluarga kami sudah bersetuju dan kami mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Apabila ada majlis yang keluarga Fakhri adakan, pasti aku dan keluargaku dijemput sama. Begitulah juga sebaliknya.

Kusangkakan perbualan kami pada malam itu akan menjadi indah kerana kami sudah lama tidak berbual-bual mesra. Namun, jangkaanku meleset apabila perbualan kami bertukar menjadi pergaduhan besar kerana salah faham yang berlaku.

Perbualan kami berakhir apabila dia meletakkan telefon secara tiba-tiba tanpa mengucapkan selamat tinggal. Kemudian, aku melihat status WhatsAppnya yang baru sahaja beberapa minit dia tulis.

The real sampah is coming.

Berkecai hatiku saat dia menulis kata-kata itu kerana aku tahu ayat tersebut ditujukan kepadaku. Setiap kali kami bergaduh sebelum ini, dia sering menggelar aku sampah. Tapi aku tidak peduli sebab aku terlalu sayangkan dia. Aku menganggap bahawa dia terlalu marah, sebab itulah dia menggelarku sebegitu. Dia tidak sengaja.

Selepas itu, aku terus melelapkan mata. Biasalah, asam garam dalam percintaan. Sekejap bergaduh, sekejap berbaik. Nanti-nantilah aku pujuk dia. Sepanjang lima tahun tempoh percintaan kami, begitulah ragamnya. Bukan setiap masa indah, ada masanya berduka dan memendam rasa.

Susah apabila bercinta jarak jauh. Kalau dahulu, setiap kali bergaduh, kami akan terus bersemuka untuk selesaikan masalah. Rumah kami terletak di Bangi, dekat saja jaraknya, tak sampai lima minit sudah sampai. Sekarang, semuanya berbeza.



"GOOD MORNING, Najwa." Aku menyapa Najwa yang sedang berada di kaunter jururawat dengan mesra. Pagi itu, aku datang lebih awal daripada biasa.

"Morning, Dr Aina." Dia membalas sapaanku dengan senyuman lebar di bibir.

"Sibuk nampak." Aku cuba berbual dengannya.

"Tak adalah sibuk mana, Dr." Sudah berkali-kali aku tegah supaya dia tidak memanggilku Dr, tetapi dia tetap memanggilku sebegitu. Katanya ingin menjadi profesional di tempat kerja. Sudahnya, aku biarkan sahaja.

"Saya ada surprise untuk Dr," katanya sambil dia mengangkat-angkat sebelah keningnya.

"Surprise apa tu?" Aku berteka-teki. Sudahlah senyuman dia pun lain macam, seperti hendak mengusikku.

"Nah, ada americano coffee untuk Dr. Masih panas lagi." Tangannya mengarahkan ke arah kopi yang berada di atas kaunter.

"Wah, awak belanja saya, ya? Kopi kegemaran saya pula tu." Wajahku serta-merta bercahaya. Sebenarnya, dari tadi lagi aku nampak cawan kopi itu tapi aku mengandai yang itu kepunyaan Najwa.

"Bukan sayalah yang belanja," nafinya.

"Jadi siapa?" soalku tertanya-tanya.

"Tekalah," ujar Najwa.

DR. ISAAC LUTH (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now