BAB 5

198 11 2
                                    

Good morning, sayang. Hampir dua minggu dah kita tak berhubung. I doakan semoga you di sana baik-baik sahaja. I minta maaf untuk segala salah dan silap I. Semoga hubungan kita baik-baik sahaja. Kalau you dah okey nanti, kita bincang ya. Let us fix everything. Jaga diri, jaga hati, jaga mata dan jaga iman. I sayang you sangat-sangat. Assalamualaikum sayang saya.

Begitulah bunyi mesej yang aku hantar kepada Fakhri pada pagi itu selepas aku menunaikan solat Subuh. Kemudian aku bersiap-siap hendak ke hospital. Beberapa minit kemudian, satu mesej daripada Fakhri masuk.

"Bullshit."

Sepatah perkataan yang terkandung di dalam mesejnya berjaya membuatkan hatiku hancur berkecai. Aku cuba berbaik-baik dengannya sepanjang dua minggu ini, namun usahaku langsung tidak dihargai. Aku cuba menelefonnya meminta penjelasan, tapi seperti biasa panggilanku langsung tidak diangkat. Dilayan seperti tunggul yang tidak punya perasaan.

"Are you okay, sayang? Angkatlah call I, kita bincang."

Mesej dihantar kepada Fakhri.

Tak ada benda yang perlu dibincangkan lagi. Boleh tak kita teruskan hidup seperti biasa? Tiada lagi perasaan teruja yang saya rasa selepas lima tahun kita bersama. Kepercayaan saya kepada awak sudah hancur. Dah banyak peluang yang saya bagi tapi awak tak pernah berubah. Teruskan hidup awak macam biasa tanpa mengharapkan apa-apa daripada hubungan ini. Marilah kita berpisah dan berkawan sahaja, kita masih boleh berhubung seperti biasa."

Mesej yang aku terima daripada dia berjaya membuatkan hatiku retak seribu. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Air mata jatuh berjuraian tanpa henti. Tersedu-sedu aku menangis. Mulut ditekup agar tidak keluar sebarang bunyi.

Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepadaku ini?

Apa maksud awak?

Itu sahaja yang aku mampu balas.

Semakin aku membaca mesejnya, semakin hancur hatiku. Semakin lebat jugalah air mata yang turun. Kenapa dia tergamak buat aku begini? Lima tahun kami menyulam cinta, tapi kenapa dia boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu kepadaku?

Lima tahun, Fakhri. Kenapa selepas lima tahun baru awak ambil keputusan macam ini? Family kita dah kenal antara satu sama lain. Dah macam-macam dugaan yang kita lalui bersama. Kenapa awak pilih untuk mengalah macam ini sahaja? Kita dah nak bertunang. Macam-macam kita rancang untuk masa depan kita bersama. Ke mana semua tu hilang?

Dadaku terasa sakit dan sesak. Aku mencengkam dada, berharap agar kesakitan yang aku rasai itu hilang namun tak berkesan langsung. Esakanku semakin menggila.

Ya Allah, aku tak kuat! Raungku di dalam hati.

"Keputusan ini adalah yang terbaik untuk kita berdua."

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin supaya hatiku menjadi tenang tetapi tidak berjaya. Semakin aku cuba tahan diriku daripada menangis, semakin mencurah-curah air mata yang mengalir di pipi.

I nak you jawab jujur dari hati you. Betul ke you dah tak nak bersama dengan I? Betul ke you tak nak ada hubungan dengan I lagi dah? Betul ke you dah tak sayangkan I? Betul ke you nak give up macam ni je? Lepas I dapat jawapan ni, I akan blah. So, please jawab dari hati you.

Aku benar-benar tidak tahu apa lagi yang aku perlu lakukan sekarang. Fikiranku buntu. Inilah kali pertama aku berhadapan dengan saat perpisahan yang sangat menyakitkan seperti ini.

I lepaskan you. I percaya you akan dapat lebih baik daripada I.

Dan mesej terakhir daripada Fakhri itu benar-benar menunjukkan yang hubungan kami telah berakhir di situ.

Tiada lagi bahu untukku bersandar. Tiada lagi tempat untukku mengadu. Tiada lagi impian yang indah-indah. Aku hilang seorang kawan baik, cinta pertamaku, pendengar setia, insan yang sentiasa ada sewaktu susah dan senangku.

Tiada lagi hilai tawanya, jenakanya, kata-kata nasihat dan semangat daripadanya dan janji-janji manis untuk hidup sepanjang hayat denganku.

Hanya air mata yang menemaniku saat itu. Hanya air mata yang menjadi saksi betapa hancurnya hati aku apabila ditinggalkan sebegini oleh lelaki yang benar-benar aku cintai.

Cincin Pandora yang bertatahkan permata berbentuk V yang tersarung di jari manisku aku tanggalkan lalu aku masukkan kembali ke dalam kotaknya. Cincin itulah yang kupakai hari-hari tanda aku hargai pemberiannya. Dia memberikan aku cincin ini awal tahun dahulu sempena hadiah hari jadiku.

Katanya lagi, cincin itu merupakan tanda yang aku ini miliknya, jadi lelaki lain tidak boleh kacau aku. Saat itu, perasaan aku berbunga-bunga. Aku tahu dia benar-benar serius denganku. Tetapi sekarang, semua itu tidak lagi bermakna bagiku. Dia sudah tidak mahukan aku dalam hidupnya.




GARA-GARA kejadian yang berlaku pada pagi itu, aku tiba lewat ke hospital. Dengan mata yang bengkak dan hidung yang kemerahan. Terpaksa aku memakai solekan yang tebal di muka supaya mukaku kelihatan lebih bermaya. Jika tidak, pasti semua orang dapat mengagak yang aku menangis dengan sangat teruk.

Di suatu sudut, beberapa orang doktor pelatih berkumpul termasuklah aku. Pagi itu kami perlu membentangkan kes-kes pesakit yang memerlukan pemerhatian lanjut di hadapan beberapa orang pegawai perubatan.

Setiap doktor pelatih diberikan kes pesakit yang berbeza-beza. Ada yang dapat kes pesakit yang datang ke jabatan kecemasan kerana sakit jantung, strok, putus kaki dan tangan dan banyak lagi.

Kini giliran aku pula membentangkan kes. Setelah selesai, Dr Isaac bersuara, "Dr Aina, saya ada soalan."

Kali ini aura bapa singa dia muncul kembali. Tiada lagi senyuman mahupun sikap prihatin seperti yang aku lihat sewaktu kejadian terperangkap di dalam lif dan juga sewaktu aku diragut baru-baru ini.

"Ya, Dr."

Dan beberapa soalan ditujukan kepadaku, namun satu pun soalannya aku tidak dapat jawab dengan betul.

"Awak betul-betul dah review kes pesakit ini atau tidak?" Suaranya naik seoktaf.

"Ya, saya buat." Aku rasa hampir menangis saat ini. Semalam aku telah pun persiapkan segala-galanya. Namun apa yang terjadi pagi tadi benar-benar menggangguku saat ini. Otak aku rasa sangat serabut.

"Jadi soalan mudah macam ini pun kenapa tak boleh jawab?" tanyanya dengan wajah yang begitu serius.

Doktor pelatih yang lain hanya memerhatikanku dengan pandangan yang kasihan. Aku sendiri tidak tahu kenapa dalam ramai-ramai doktor pelatih, akulah yang sering menjadi mangsa kemarahan Dr Isaac. Kadang aku juga keliru dengan dirinya. Sekejap baik, sekejap garang. Sekejap dia bersikap prihatin, sekejap dia seperti orang yang tiada perasaan.

"Saya minta maaf, Dr." Itu sahaja yang aku mampu katakan saat ini. Kepalaku ditundukkan dan mata memandang ke arah lantai.

"Maaf... Maaf... Itu sahaja yang awak tahu... Pandang saya," arah dia.

Lambat-lambat aku memandangnya, namun setitis air mata gugur jua tanpa dapat ditahan olehku. Dr Isaac seakan-akan terpempan melihat aku menangis.

"Saya minta maaf. Saya nak ke tandas sebentar." Tanpa menunggu apa-apa balasan daripadanya, aku terus beredar dari situ. Aku tahu sikapku agak kurang ajar, tapi aku benar-benar tidak dapat mengawal emosiku saat ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DR. ISAAC LUTH (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now