Four

101 4 0
                                    

^.^

"Abang..." tegurku. Aku melihat suamiku asyik membelek dokumen di atas meja pejabat mini itu.

"Hm.." balasnya sambil matanya mulai melihat diriku.

"Don't u miss her? I do.." ingin menangis? Ketawa? Bahagia? Derita? Tidak tahu. Dia buntu dan keliru.

"I do sayang but what can we do?" balas suamiku. Tangannya mulai mengusap wajahku. Air mataku yang mulai menitis diseka pantas. "No no sayang don't cry. We'll meet her again ya? Very soon." pujuknya. Aku percaya ini semua untuk kebaikan puteri bongsuku itu. Namun, naluri seorang ibu pasti akan mati-matian merindui anaknya. Apa yang sedang dilakukannya sekarang? Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Adakah dia juga sama, merindui diriku, keluarganya?

Tahun ini merupakan tahun ke-20 dia meninggalkan puterinya bersama sahabatnya di kampung. Keluhan berat dilepaskan. Wanita ini tidak sanggup menahan rindu ini.

"Let's bring her home? I know she'll be safe. You're here though.." pujukku lagi. Suamiku akan melangkah usia 55 pada tahun ini. Aku pula 50. Sempatkah kami menemuinya kembali? Sempatkah kami menjalankan tanggungjawab sepasang ibubapa untuknya? Dunia ini sangat tidak adil untuk puteri bongsuku. Kasihan.

"Sayang.. Hear me. Everything will end soon. After that, kita balik kampung and bring Raneea home ya?" nama yang disebut oleh suamiku itu membuat tangisanku semakin deras. Rindunya hanya Allah yang tahu.

Raneea. Maafkan mama sayang. Mama dah tipu Raneea. Nanti mama balik ya sayang. Stay there. Sekejap lagi ya.. Hatinya cuba menenangkan fikirannya yang serabut itu. Entah mengapa hari ini dia sangat sangat merindui gadis itu. Wajah anaknya itu pun dia tak pernah lihat. Hanya wajah cilik, berusia 3 tahun dalam ingatannya.

"She must be pretty kan bang?" Kataku lagi. Suamiku tersenyum dan menjawab, "Ya, she must be. Tengoklah mamanya? Awet muda.." aku hanya mampu tersenyum nipis.

---

Pintu dikuak perlahan. Sepi. Kelihatan Mak Jah sedang fokus menonton k-drama di ruang tamu.

"Baaa!"

"Eh syaitan tersadung kulit pisang! Ehhh If! Kalau Mak Jah ada sakit jantung naya.." marah Mak Jah perlahan selepas diterjah oleh Ifran. Dahla tengah layan k-drama! Boleh dia kacau! Ish. Ifran ketawa terbahak-bahak.

"Sorry Mak Jah.. Ni, If datang nak jumpa Imelda. Mana?" tanpa menunggu lama Ifran terus bertanya. Malas berbasa-basi. Ifran sangat dikenali dengan sifat malas-tunggu-lama.

"Imelda?" Mak Jah mengulang nama yang disebut. "Siapa Imelda?" tanyanya lagi.

"Alamak Mak Jah. Artis Korea tu ingat pulak namanya. Manusia duduk serumah tak ingat ehh." Sindir Ifran. Wajah Mak Jah kemerahan. Malu pula. Baru dia teringat nama penuh anak angkat baru Datin Marissa yang digelar Nea itu Imelda Raneea. HAHAHAHA.

"Ada dekat atas. If jangan risau, dia dah makan semua. Setiap hari. Cuma tak nak keluar bilik saja. Kalau If nak jumpa dia, Mak Jah panggilkan kejap, nak?" kata Mak Jah lalu berdiri.

"Ehhh, tak perlulah Mak Jah. Biar If naik sendiri. Lagipun, Mak Jah ada dalam rumah. Takdalah nak kena tangkap basah. Hehe" kata Ifran. Ayat belakang diperlahankan sedikit suaranya. Tanpa menunggu balasan dari Mak Jah, Ifran segera menaiki anak tangga ke tingkat atas sekali. Yang dia tahu, Imelda tidur di bilik tetamu utama. Kiranya, bilik bersebelahan dengan biliknya saat menetap di rumah mummynya itu. Pintu yang tidak dikunci itu dikuak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Ifran tersenyum saat melihat gadis itu sedang lena dibuai mimpi.

His Favourite, Imelda [ OG ]Where stories live. Discover now