01

258 31 7
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

"Youngmi?" panggil seorang lelaki di hadapan Youngmi.

"Nae?" Youngmi mendongak memandang siapa gerangan lelaki itu.

"Mwo? Yedam?" Lantas Youngmi berlari memeluk lelaki itu.

"Aigo aegi." Diusap lembut rambut Youngmi.

"Kenapa kau tinggalkan aku? Kau tak bagitahu apa apa pun kat aku." Mengalir airmata Youngmi bila menyoalkan soalan yang sememangnya sensitif untuk dirinya.

Lelaki tu diam dan cuma tersenyum nipis.

"Aku terpaksa. Tapi aku nak kau tahu yang aku tetap mencintai kau walaupun kau tak ada depan mata aku."

Tiba tiba pelukkan itu terasa seperti kosong.

"Mw-mwo? y-ye-yedamie?" Youngmi mencari dimana lelaki itu. Dia berlari lari di taman bunga itu.

"YEDAM!" Jeritnya sekuat hati.

-
-

"ARGH!" Youngmi terus bangun dan terduduk di atas katilnya. Rambutnya yang agak tak terurus, maklumlah baru terjaga dari tidur. Youngmi memandang sekeliling. Rupanya dia berada di rumah, didalam biliknya sendiri.

Youngmi menghela nafas berat.

"Mimpi rupanya." Ujar Youngmi sendiri. Dia pun jadi buntu tak tahu kenapa mimpi macam tu.

Hampir hari hari dia akan mimpikan bekas kekasihnya itu. Adakah dia masih menunggu kepulangan bekas kekasihnya? Atau dia terlalu memikirkan hal yang pahit dalam hidupnya?

"Youngmi? Dah bangun ke belum?" Soal Puan Choi, omma kepada Youngmi.

"Nae mommy, dah bangun dah." Jawab Youngmi dari dalam bilik. Dia bingkas bangun untuk bersiap ke universiti.

Harini adalah hari pertamanya masuk ke universiti setelah graduate sekolah tinggi.

Dah 3 tahun yedam menghilangkan diri. Aku sendiri pun tak tahu macam mana status aku dengan dia. Aku je yang terhegeh hegeh ingat kat dia. Tapi dia? Silap silap dah ada pengganti aku kat sana.

Walaupun benda tu berlaku dah 3 tahun, tapi rasa sakit ditinggalkan tanpa kata putus itu tak tergambar peritnya.

Dia adalah cinta pertama aku dan dia adalah ciuman pertama aku. Macam mana aku mampu tuk lupakan dia.

Siap mandi, aku keringkan rambut aku depan cermin. Aku perhatikan leher aku, seutas rantai. Ni lah pemberian terakhir dari Yedam.

Aku tanggalkan rantai tu, aku letak dalam laci meja solek aku. Dah 3 tahun, takkan aku masih ingatkan dia? Masa untuk aku move on dari dia. Aku nekad kalini.

-
-
-
-

Hari first masuk universiti, driver hantar aku. Mommy? Daddy? Dah pergi kerja.

"Kamsahamnida ahjussi." Ujar aku setiba di universiti.

"Nae Cik Youngmi, apa apa bagitahu ya Cik Youngmi nanti ahjussi ambil." Pesan Kim Ahjussi. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Aku melangkahkan kaki aku memasuki perkarangan universiti itu. Sekarang masanya aku harus mulakan hidup baru. Dah 3 tahun aku jadi Youngmi yang dulu. Tahun baru, Youngmi yang baru.

Aku jalan menuju ke dewan pendaftaran untuk junior junior macam aku ni.

Dewan yang dipenuhi junior. Sorang pun aku tak kenal. Tapi aku harap adalah orang yang aku kenal. Takdalah aku kekok sangat.

Aku cari jurusan yang aku ambil. Business management. Langkah kaki aku berjalan mencari, tetiba seseorang melanggar aku dari belakang.

Gedebuk!

Buku kat tangan aku jatuh bertaburan atas lantai.

"Omo, mian." Lelaki tu tolong aku kemas. Aku malas nak pandang siapa, nak marah tapi aku tahan. Memang takda adab langsung. Tak reti tengok depan ke?

Pantas dia tolong aku kutip buku aku, lalu dia terus berdiri dan berlari pergi. Aku cuma dapat pandang dia dari arah belakang je.

"Buta agaknya." Bebel aku sendiri.

Aku terperasaan ada sesuatu yang bukan aku punya barang jatuh atas lantai.

"Barang budak tadi tu ke?" Soal aku sendiri. Aku ambil, satu loket yang aku kenal.

"Loket ni-"

Sama bentuk dengan loket yang tergantung pada rantai Youngmi simpan dalam laci tu.

Youngmi terus dongak nak cari lelaki tadi tu. Tapi disebabkan ramai, jejak lelaki tu terus hilang.

"Yedam?" Youngmi merenung ke arah loket tu.

"Aniy, tak mungkin. Ramai je orang lain yang boleh beli loket macam ni." Ujar aku sendiri. Tak nak dah fikirkan kisah silam. Aku dah nekad nak lupakan dia.

Loket tu Youngmi simpan dalam beg nya. Mana tahu jumpa dengan lelaki tu tadi. Mungkin lelaki tu pun pelajar universiti ni jugak. Youngmi teruskan berjalan mencari tempat pendaftaran.

-
-

Langkah kaki lelaki tu berhenti berlari. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Y-yo-young-youngmi?" Soalnya sendiri.

-
-
-
-

To be continue <3

My Ex, My JodohWhere stories live. Discover now