-
-
-
-Kelas dah habis, aku duduk kat bangku taman universiti ni. Aku tenung je borang kebenaran kem perkenalan kemasukan pelajar baru.
Nak pergi ke tak? Bila aku jumpa semula dengan dia, aku terus rasa tak semangat nak belajar kat sini. Tolonglah, apa yang patut aku buat? Kem perkenalan ni pula benda wajib untuk semua siswa baru untuk join.
"Youngmi?" Panggil seseorang, pantas aku menoleh ke arah empunya suara. Tergamam aku, bila depan mata aku sekarang ni Yedam.
"Betullah kan Youngmi?" Soal Yedam lagi. Aku hanya diam. Aku terus capai beg aku dan ingin pergi daripada situ.
"Jjakaman.." tahan Yedam. Aku masih mendiamkan diri.
"Kalau kau dah ready nak cakap dengan aku, bagitahulah. Sebab aku ada benda nak bagitahu kau." Ujar Yedam. Dan aku hanya diam terus jalan tinggalkan dia.
Kenapa mesti kau muncul disaat aku sedang melupakan kau?
-
-
-
-Dalam bilik aku termenung sendiri. Perlu ke aku pindah universiti lain? Tapi aku memang minat course yang aku ambil sekarang ni. Takkan aku nak tunjuk diri aku lemah bila jumpa dia. Aku kena kuat. Aku kena abaikan dia sebab aku dah buang dia daripada hidup aku.
"Dia dah buat kau tergantung tak bertali Youngmi. Dia pergi macam tu je. Dia kejam.." ujar aku sendiri sambil pandang cermin depan aku.
Kenapa aku ditakdirkan jumpa dia semula? Kenapa takdir buat aku macam ni? Macam mana lepasni aku nak hadap dia hari hari.
-
Habis je kelas, aku duduk sorang sorang sambil makan roti kat bawah pokok. Macam biasa, memang rutin harian aku tulis lagu ciptaan aku. Dengan pakai airpod sebelah je.
Tiba tiba, ada seorang lelaki cangkung depan aku. Dia hulur airpod aku lagi sebelah. Dia ni la senior yang haritu. Terkebil kebil aku pandang dia.
"Kenapa tak ambil airpod kau ni daripada aku?" Soal lelaki tu.
"Untuk apa?" Soal aku semula. Lelaki itu mengeluh berat.
"Nama kau siapa?" Soalnya. Aku cuma pandang dia sekilas.
"Youngmi.." balas aku sepatah.
"Hyunsuk imnida.." ujarnya memperkenalkan dirinya. Aku pandang dia sambil mengangguk.
"Kita jadi kawan boleh?" Soal Hyunsuk. Aku terus pandang dia.
"Untuk apa?" Soal aku semula.
"Saja. Tak boleh ke?" Soal Hyunsuk kembali. Aku menggeleng.
"Mian, tak berminat nak kawan dengan namja." Balas aku, lantas aku tutup buku lagu aku dan kemas barang barang aku.
"Nak pergi mana?" Soal Hyunsuk.
YOU ARE READING
My Ex, My Jodoh
Fiksi Penggemar[ BANG YEDAM FANFICTION ] Choi Youngmi yang dipertemukan balik dengan bekas kekasihnya saat sekolah tinggi di dalam universiti yang sama dan kelas yang sama, iaitu Bang Yedam. Hubungan mereka saat sekolah tinggi tergantung tak bertali disebabkan Yed...