04

15 3 0
                                    

-
-
-
-

Kitaorang semua dah naik bas. Aku dapat pula bas sekali dengan Yedam and Hyunsuk. Apa malanglah nasib aku satu bas dengan diorang.

"Yedam, Yedam, Bang Yedam.." Hyunsuk naik atas bas dan jalan menuju ke Yedam. Aku macam terkejutlah. Diorang ni kawan ke?

Tetiba langkah dia terhenti bila berdiri sebelah tempat duduk aku. Dia terus toleh pandang aku.

"Eh Youngmi.." tegur Hyunsuk. Aku menghela nafas berat. Boleh pula dia nampak. Padahal aku duduk tepi tingkap. Hyunsuk terus duduk sebelah aku sebab sebelah aku memang kosong.

"Yah!" Marah aku. Hyunsuk cuma sengih pandang aku. Apalah ek masalah orang tua ni.

"Dah duduk tak boleh bangun, japgi bas nak gerak dah." Balas Hyunsuk macam menganjing aku.

"Banyak lagi tempat kosong, pergi duduk sanalah!" Marah aku lagi. Hyunsuk cuma menggeleng.

"Shireo.." balas Hyunsuk yang buat perangai keras kepala dia.

"Arraseo, kalau macam tu aku yang pindah tempat!" Aku terus berdiri. Tiba tiba bas bergerak. Aku terduduk semula.

"Hah kan aku dah cakap bas nak gerak. Degil." Ujar Hyunsuk. Sakit jugalah hati aku. Aku inginkan ketenangan.

"Tak sangka ye kita satu bas kan?" Soal Hyunsuk sambil siku siku lengan aku.

"Tolong jangan kacau aku." Ujar aku, lantas aku pasang airpod kat telinga aku. Aku taknak dengar si orang tua ni bebel entah apa apa.

"Arraseo tuan puteri." Balas Hyunsuk.

Yedam cuma perhatikan je diorang daripada belakang. Dia menghela nafas berat. Luka tapi tak berdarah.

-
-

Youngmi tertidur di dalam bas. Tiba tiba kepalanya jatuh perlahan di atas bahu Hyunsuk. Hyunsuk toleh ke arah Youngmi.

"Tidur pun cantik." Getus hati Hyunsuk yang membiarkan Youngmi tidur beralaskan bahunya. Tersenyum lebar Hyunsuk dibuatnya.

Yedam terdiam tengok Hyunsuk dan Youngmi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yedam terdiam tengok Hyunsuk dan Youngmi.

Sepanjang perjalanan, Youngmi tertidur kat bahu Hyunsuk. Dan Hyunsuk pun tertidur sekali.

Aku buka mata aku, rasa macam lama sangat aku tertidur ni. Aku terkejut gila sebab kepala aku kat bahu Hyunsuk.

Cepat cepat aku angkat kepala aku. Disebabkan pergerakan aku, Hyunsuk pun tersedar.

"Bangun dah? Lena tak tidur?" Soal Hyunsuk. Aku diam je.

"Hey, takda terima kasih pun dah lena tidur kat bahu aku. Lenguh tau bahu aku, kepala kau berat." Bebel Hyunsuk lagi. Aku diam je weh. Malu pun ye jugak. Kenapa la bodoh sangat kau Youngmi?!

Hyunsuk jengah kepala dia pandang aku.

"Bangun tidur pun cantik." Ujarnya.

"Yah! Jangan kacau akulah!" Marah aku. Aku ni dahlah tengah malu, dia buat aku lagi blushing dah kenapa?!

Hyunsuk tergelak.

"Benda betullah, kau memang cantik. Rugilah kan ex kau tinggalkan kau kan." Ujar Hyunsuk. Aku terus terdiam. Dia tak tahu ke ex aku kawan dia?

"Tapi, aku akan pastikan kau akan suka aku nanti." Sambung Hyunsuk lagi.

"Tak payah confident sangat boleh tak? Meluat aku." Balas aku.

"Aku cuma nak cakap, kalau aku nak sesuatu aku akan pastikan yang aku dapat. Tak kiralah berapa lama aku tunggu." Hyunsuk pandang aku. Aku terkejut dengar apa yang di cakap. Dia ni biar betul? Buat aku jadi takut pulak.

Aku terus alihkan pandangan aku pandang luar tingkap. Mulai sekarang, aku kena jauhkan diri daripada dia.

-
-
-
-

Kitaorang semua sampai kat kem. Lawanya tempat kem ni. Tak sabar betul aku nak mulakan aktiviti kat sini.

Aku kemas kemas barang aku kat dalam chalet. Chalet ni kongsi sekali dengan 4 orang lagi student. So satu chalet muat 5 orang dewasa.

Selesai je kemas, aku keluar. Nak ambil angin. Sampai je ni, memang aktiviti sendiri sendiri je. Malam nanti baru mula aktiviti.

Tiba tiba, ada dua orang perempuan tahan aku.

"Kau Youngmi?" Soal salah seorang perempuan tu. Aku pandang nama diorang kat kad pelajar.

Kwon Mina.
Shin Jimin.

"Ada apa eh?" Soal aku.

"Takdalah, aku datang jumpa kau cuma nak bagi warning. Jangan rapat dengan Hyunsuk oppa aku." Ujar Shin Jimin.

"Mwo?" Soal aku. Aku jadi blur, sejak bila aku rapat dengan Hyunsuk dia ni?

"Jangan ingat takda sesiapa yang report kat kitaorang. Tolong eh, jangan cari pasal dengan kitaorang okay?" Sambung Kwon Mina pula. Aku tergelak kecil.

"Aku rasa baik kau pergi warning Hyunsuk oppa tersayang kau tu. Bukannya warning aku. Aku tak hamak pun dengan oppa kau tu." Balas aku, terus aku jalan tinggalkan diorang. Sumpah aku malas nak layan benda benda macam ni.

"Kurang ajar eh perempuan tu!" Marah Jimin.

"Dia tak kenal kita siapa." Balas Mina sambil silang tangan kat dada.

-
-

Aku jalan kat tasik situ. Tenangnya rasa.

"Youngmi.." panggil seseorang. Aku toleh belakang.

Yedam..

Aku terus toleh kedepan balik and jalan tanpa hiraukan dia.

"Youngmi.." Yedam kejar aku. Aku buat bodoh je.

"Ada benda yang aku nak tanya dengan kau." Ujar Yedam.

"Kau nak apa? Boleh tak jangan ganggu aku?" Suara aku dah sedikit meninggi.

"Apa hubungan kau dengan Hyunsuk?" Soal Yedam. Aku terdiam sekejap.

"Apapun hubungan aku dengan dia, takda kaitan dengan kau." Jawab aku.

"Benci sangat ke kau dekat aku Youngmi? Kenapa kau layan aku macam ni?" Soal Yedam lagi.

"Kenapa aku layan kau macam ni? Kau tanya benda tu kat aku Bang Yedam? Kenapa kau tak fikir apa punca aku jadi macam ni? Dahlah eh Yedam, aku taknak cakap lagi pasal ni. Sekarang ni kau buat hal kau, aku buat hal aku. Anggap kita tak pernah kenal langsung sebelum ni." Bebel aku panjang lebar. Aku dah naik angin.

"Tapi aku masih sayang kau Youngmi." Balas Yedam. Aku terus toleh pandang dia.

"Sayang? Dahlah eh Yedam, aku dah muak dengan kata kata manis kau." Aku terus jalan tinggalkan dia. Yedam cuma perhatikan je Youngmi daripada belakang.

Sebab kau, aku takut nak kenal lelaki dah. Aku trauma dengan cinta lelaki.

-
-
-
-

To be continue <3

My Ex, My JodohWhere stories live. Discover now