02

143 28 4
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

Bidang muzik. Aku tak tahulah kenapa, tapi aku suka. Aku suka menyanyi, main alat muzik also menari. Minat aku ni lain daripada family aku. Diorang more to akademik, tapi aku more to bakat.

Sebelum masuk ke kelas, kitaorang boleh pergi kemana mana je. Waktu rehat kan sekarang ni. So aku ambil keputusan untuk makan roti je kat padang universiti tu. Tak rajin aku nak berjalan kesana kesini.

Aku duduk bawah pokok. Sambil tulis lirik lagu ciptaan aku, sambil aku sumbat roti dalam mulut aku. Biasalah kan, mencari ilham. Airpod memang dah melekat kat telinga dah.

Adalah sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang bersenam kat padang tu.

Yang lelaki main bola sepak, yang perempuan main bola tampar.

Tiba tiba ada satu bola bergolek datang ke arah aku dan melanggar perlahan kaki aku. Aku dongak pandang ke arah pasukan bola sepak tu.

Diorang semua pandang aku.

"Yah, tolong campak bola tu kat aku." Arah lelaki tu. Aku cabut airpod aku.

"Kau nak bola ni?" Soal aku. Lelaki tu mengangguk.

"Ambillah sendiri." Lantas aku memasang balik airpod aku semula. Aku tak suka orang ganggu aku. Padahal boleh je ambil sendiri bola ni. Bukannya jauh sangat dari dia. Aku tahu diorang sengaja nak buli aku sebab tahu aku junior kat sini.

"M-mwo?" Pelik lelaki tu, seberani itu Youngmi melawan. Dia datang perlahan ke arah Youngmi dan berdiri betul betul di depan Youngmi.

"Woi budak." Panggil lelaki itu. Malah Youngmi tidak menyahut sama sekali. Memang Youngmi tak dengar langsung panggilan dari lelaki itu. Dah dengar lagu kat airpod dia.

"Haish." Lelaki tu dah mula rasa berangin. Kini dia cangkung menghadap Youngmi.

"Kau dengar tak aku panggil ni?" Soal lelaki tu lagi. Malas tiada sahutan daripada Youngmi.

Pantas lelaki itu menarik airpod daripada telinga Youngmi. Tercenggang Youngmi memandang senior yang di depannya itu.

"Peliklah aku, berani ek kau ni?" Lelaki itu mengenggam airpod milik Youngmi.

"Yah! Pulangkan balik." Marah Youngmi.

"Pulangkan? Nak aku pulangkan? Minta maaf dululah. Dah kurang ajar dengan senior, lepastu buat bodoh je eh?" Balas lelaki itu.

Youngmi mengetap mulutnya, padanya untuk apa dia perlu meminta maaf? Dia tak buat salah apa apa pun.

"Taknak minta maaf? Okay." Pantas lelaki tu berdiri dan membawa sekali airpod sebelah kanan milik Youngmi bersamanya.

Youngmi cuma menghela nafas marah. Apa dia peduli dengan airpod nya tu? Dia pun boleh beli yang lain. Takdanya sebab airpod tu dia perlu minta maaf dekat senior yang macam tu.

-
-
-
-

First time, first day masuk kelas sebagai pelajar bidang muzik.

Aku dengan beberapa orang je baru masuk dalam kelas. Jenis aku ni pendiam and tak banyak cakap.

"Annyeonghaseyo, Yerin imnida." Tegur seorang perempuan yang duduk di sebelah aku. Aku toleh ke arah dia dan membalas senyumannya.

"Nae, Youngmi imnida." Balas aku. Syukurlah ada jugak orang nak bertegur dengan aku.

"Oh Youngmi hehe boleh lah kita jadi kawan. lagipun saya takda kawan kat universiti ni." Ujar Yerin. Aku mengangguk lalu berkata,

"Boleh je, saya pun takda kawan kat sini."

Makin lama kelas semakin penuh.

"Harini adalah hari pertama untuk kamu semua kan?" Soal Prof Woozi. Semua mengangguk dan mengiyakan soalan Prof Woozi.

"So, Prof nak kamu semua memperkenalkan diri kamu. Sorang demi sorang." Sambung Prof Woozi lagi.

Sorang demi seorang memperkenalkan diri memasing. Kebetulan aku duduk paling hujung jadi akulah orang last yang akan memperkenalkan diri.

Sekarang ni adalah turn aku pulak. Aku berdiri sambil bow ke arah Prof Woozi.

"Youngmi imnida. Selamat berkenalan semua." Ujar aku sambil tersenyum.

"Okay bagus, ini je kan ahli kelas kamu. Takda yang lain ya?" Soal Prof Woozi. Kesemua pelajar menggelengkan kepala.

"Okay bagus kamu boleh duduk Youngmi." Ujar Prof Woozi lagi.

Aku nak duduk, tetiba.

"Saya sorang lagi pelajarnya Prof!"

Aku terdiam bila dengar suara ni. Aku toleh ke arah pintu masuk kelas. Berdirinya seorang lelaki.

"Mian lambat Prof." Lelaki itu bow ke arah Prof Woozi. Aku perlahan duduk. Aku rasa macam aku kenal dia.

"Okay okay takpa. Lagipun kelas masih dalam sesi perkenalan. Kamu boleh kenalkan diri kamu." Balas Prof Woozi.

"Nae Prof. Bang Yedam imnida!" Lantang dan jelas suara lelaki itu. Bila aku dengar nama yang lelaki tu sebut. Terbeliak mata aku.

Yedam?

Tanpa sengaja, Yedam turut terpandang ke arah aku. Dengan pantas aku cepat cepat mengalihkan pandangan.

Rasa sakit. Sakit teramat sangat bila terjumpa dia semula.

-
-
-
-

To be continue <3

My Ex, My JodohWhere stories live. Discover now