Keesokkan harinya telah tiba, selepas semalaman tidur di dalam gua.
Mereka mula keluar dari sana, dan teruskan perjalanan mereka untuk cari isyarat supaya boleh hubungi markas mereka, atau lebih baik, dapat jumpa bantuan.
Boboiboy : Aku lapar weh. Boleh serapan dulu tak?
Fang : Suka hatilah kau nak buat apa.
Fang tidak memandang ke arah Boboiboy. Dia masih melihat ke jam kuasanya, tengok tengok kalau dapat isyarat.
Boboiboy : Ok~
Boboiboy pun berubah menjadi Thorn, dan bergayut di pokok dengan akar menjalarnya, mencari buah dekat atas pokok itu.
Ala kalau bukan buah, nak makan apa lagi? Korang ingat pasar?
Fang : Tch..... mana isyarat ni?
Thorn : *masih atas pokok* Adalah tu dekat depan depan sana. Kan dalam hutan ni. *gigit buah epal angkasa*
Fanag : Hah, kalau dah tahu tu, cepat lah sikit makan tu. Nak suruh aku tumbuh janggut dekat sini ke baru nak turun?
Thorn : Yelah yelah.
Thorn pun melompat turun dari pokok itu dengan sedikit buah di tangannya, dan beri satu kepada Fang.
Fang : Thank you.
Tanpa melihat buah itu sama sekali, Fang menggigitnya.
Fang : HMPHMKP?!?!?! BLUEEHHH!!! *ludah keluar buah tu* Pahal masam sangat ni weh?!?! Kau letak 100 limau dalam ni ke apa?!?!
Thorn hanya memberi senyuman nakal tambah sadis ke Fang, yang membuatkan tumbuh perkaki empat di kepala Fang.
Thorn : Siapa suruh tak nak pandang aku. Kan dah kena.
Fang : Kau nak kena ngap dengan Harimau Bayang aku ke apa?
Thorn : Tak nak, tak nak.
Fang : Tahu takut.
Thorn : Ala kau ni. Jangan lah serius sangat. Macam orang tua aku tengok kau ni.
Fang : Kau tu yang kena belajar serius sikit. Walaupun kau tu hanya salah satu elemental Boboiboy, jangan ingat kau tak perlu serius dalam semua keadaan.
Thorn : Dah memang habitat aku. Aku ikut emosi manusia. Kalau diorang tak serius, aku pun tak serius lah, ahahaha!
Fang : *gelengkan kepala* Haih, apalah aku nak buat dengan kau ni. Dah dah, tukar balik ke biasa.
Thorn : Ok boss.
Thorn pun bertukar kembali kepada Boboiboy normal, dan mereka berdua pun meneruskan perjalanan mereka.
Fang masih lagi mencuba mencari signal, tetapi masih tak dapat dapat. Stress punya pasal, habis separuh epal angkasa habis sekali dia ngap.
Fang : Mana signal ni?!
Boboiboy, seperti tidak melayan atok stress di sebelahnya itu. Dia hanya menikmati pemandangan alam di depan matanya itu sahaja.
Bukan dia tak nak tolong cari. Kalau dia tolong pun, kalau tak jumpa, dua kali lima je kena maki dengan Fang.
Boboiboy : Daripada kau menjerit tak tentu pasal ni, baik kita try cari kawasan lapang dulu baru kau nak menjerit sepuas hati kau.
Boboiboy dah pandang Fang melut sebab telinga dia dah nak berdarah dengar Fang membebel macam mak cik sepanjang perjalanan.
Fang : Hm? Oh, haah! Kawasan lapang! Berguna jugak ek otak kau dalam keadaan ni. Dah jom.
Fangbpun berjalan meninggalkan Boboiboy di belakang yang masih terpinga pinga.
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 6 : Death Or Alive
Fiksi PenggemarBerita sebenar mengenai TAPOPS, membawa Boboiboy ke sebuah perjalanan untuk menebus kesalahannya. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan kawan baru, musuh baru, dan juga..... kawan lama...... Tapi, pada akhirnya, ianya tak seperti yang dia mahukan. ...