Bab 1 - Dendam Langsuir

25 2 2
                                    

"Awak jangan tinggalkan saya. Janji awak akan ada dengan saya. Hardi... HARDI!!".

Igauan ngeri Hardi tersentak apabila jarung jam locengnya tepat menunjukkan 6.00 pagi sehingga mengeluarkan bunyi yang nyaring di segenap biliknya. Keringat telah membasahi baju dan kepalanya.

"Astaghfirullah, mimpi tu lagi." Hardi mengucap di dalam hatinya. Setelah jeda seketika, lantas dia bangun dan bergerak ke bilik airnya untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat subuh. Tepat pukul 7.00 pagi, Hardi bergerak menuju ke kereta Proton Wira hitamnya dan mencampak begnya ke tempat duduk belakang lalu menghidupkan enjin. Lafas bismillah diucapkan untuk persediaanya kepada lagi satu perjalanan dirinya sebagai seorang penjejak.

Kereta lusuhnya bergerak melintasi bandar yang tersergam indah dan dihuni ratusan pencakar langit yang sibuk bersama penghuni-penghuninya yang dalam pelbagai aktiviti sama ada untuk kesenangan atau kelangsungan hidup mereka. Kota Kalam merupakan sebuah kota yang berada di sebuah pulau yang terletak di luar perairan Perak. Hanya angin sejuk yang menerpa tingkap kereta Hardi. Keretanya memasuki jalan susur Lebuhraya Kalam itu keluar ke Pekan Selasih untuk menuju ke sebuah kampung.

.....

"Tok, bila si penghalau setan tu nak sampai?" Kata seorang pemuda yang berkumis dan tinggi lampai. Ia turut disambut oleh beberapa penduduk lain yang kini sedang berkumpul di dewan kecil Kampung Teritib.

"Sabar semua, tok dah telefon dia. Dia dalam perjalanan," Jawab seorang lelaki yang bersongkok menutupi rambut-rambut putih yang jelas di bahagian tepi kepalanya. Kedua-dua tangannya diangkat ke atas sebagai tanda menyuruh penduduk Kampung Teritib itu bertenang. Haji Murad semakin buntu dengan kacau-bilau yang menerpa pekan tersebut sekaligus menjejaskan nama baiknya sebagai ketua kampung.

Kejadian malam semalam semakin membimbangkan setiap diri penduduk di situ. Mayat seorang pemuda telah dijumpai di dahan pokok dengan keadaan yang sangat mengerikan. Perutnya telah ditembusi dahan pokok tersebut lalu menampakkan isi perutnya yang jatuh ke tanah. Kedua biji matanya telah hilang dan lidahnya terjelir. Hal ini semua angkara makhluk langsuir yang telah menganggu kehidupan penduduk Kampung Teritib

"Masalahnya tok, benda ni bukan berlaku sekali. Dah empat malam kami ni hidup dalam ketakutan. Makhluk tu dan melampau! Tiga orang anak muda ni dah jadi mangsa dia. Lepas ni sape pulak?" bentak salah seorang lelaki yang sedikit rendah. Kulitnya bersawo matang dan sedikit berkedut. Pak Mamat semakin hilang sabar dengan keadaan kampungnya. Anaknya, Jailani merupakan mangsa pertama kepada langsuir tersebut.

Perkara ini mula dipekik kuat sehingga semua penduduk di dewan tersebut juga melaungkannya. Kelihatan semua penduduk tersebut semakin hilang sifat kesabarannya. Terpancar di muka setiap satu mereka kegelisahan dan ketakutan yang tak pernah dialami mereka selama ini.

Keadaan yang serba kecoh itu terhenti apabila deruan enjin lama kedengaran. Semua mata penduduk mula tertumpu kepada sebuah kereta Proton Wira yang asing itu tiba di perkarangan dewan tersebut. Muncul seorang lelaki lewat 20-an yang berambut kusut, berjambang nipis dan berjaket hitam dari dalam kereta tersebut.

"Assalamualaikum, saya Hardi. Lelaki yang dipanggil untuk setelkan benda yang kacau kampung ni. Boleh saya jumpa Haji Murad sekarang."

KorbanWhere stories live. Discover now