Bab 4

10 1 0
                                    

"Baik kau cerita semua perkara yang kau dah buat sekarang?!" bentak Hardi kepada Fijal yang kini sedang mengadu kesakitan sambil dirawat jururawat klinik kesihatan Kampung Teritib. Mereka semua telah berkumpul di dewan sekali lagi apabila Hardi meminta mereka berkumpul.

"Kau kenapa nak maki-maki anak orang ni? Kau tu orang luar, jangan cuba nak tunjuk belang." Sahut Mek Biah cuba mempertahankan anaknya.

"Saya tahu ada perkara yang dia sembunyikan. Langsuir tu bukan membunuh secara rambang tetapi kerana dendam, tunggu masa sahaja sebelum sasaran seterusnya dibunuh kecuali kalau kamu semua nak aku tolong." Sambung Hardi lagi.

Kali ini Fijal kelihatan berfikir-fikir di dalam kepalanya. Wajahnya seperti rasa bersalah namun dia sedar keselamatan dia dalam bahaya, buktinya sahaja kini perutnya terluka parah namun dia bernasib baik ia tidak mengena organ-organ penting. "Baiklah aku cerita."

......

(Seminggu sebelum)

"Abang janji seminggu je ye?" adu Suri, seorang wanita yang cantik rupa parasnya, sedikit rendah dan memiliki mata yang sangat cantik. Suaminya pula, Azhar sekadar tersenyum sambil menyuap roti bakar yang disediakan isterinya sebagai sarapan pagi. Mereka berdua merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin pada tiga bulan yang lepas.

"Jangan risau la suri, abang janji lagi seminggu abang balik la. Suri tu jaga anak kita baik-baik okay?" Lafaz Azhar kepada isterinya sambil mengusap lembut perut isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka yang memasuki hampir dua bulan. Dikucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang sebelum tangannya disambut isterinya untuk disalam sebagai tanda hormat.

Sudah menjadi kebiasaan untuk Azhar pergi ke luar negeri menghantar barang-barang selama beberapa hari atas dasar kerjanya iaitu pemandu lori. Selalunya Suri akan dihantar ke rumah ibu bapanya terlebih dahulu untuk menjaga isterinya sewaktu ketiadaan Azhar namun sudah empat hari ibu bapanya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Ibu bapa Suri pula sudah lama meninggal dunia. Berat hatinya untuk meninggalkan Suri berseorangan namun tiada banyak pilihan yang dapat dibuatnya.

"Assalamualaikum." Itulah kata terakhir Azhar disertakan senyuman sebelum lorinya bertolak meninggalkan kawasan rumahnya. Kemudian tangannya melambai kepada Yot yang kebetulan sedang melalui jalan yang sama. Hanya senyuman yang terpapar di muka Yot sebelum dia berhenti di tepi jalan dan melihat rumah Azhar itu lalu tersengih dia sendiri sebelum bergerak pergi.

......

"Kau biar betul nak buat benda ni. Yot?" tanya Luto kepada Yot sebelum disambung oleh Fijal, "Ntah kau Yot, kalau kantoi ni kita boleh kena penjara." Kelima-lima anak muda itu kini berada di pondok usang, tempat mereka menghabiskan masa mereka. Yot yang sedang merokok menghembus asap lalu membuka mulut "Korang ikut je aku, Aku dah plan segala benda cantik punya."

Jailani yang kelihatan sedikit khayal hanya mampu mengangguk tanda setuju kepada rancangan Yot itu, Karim pula yang sedang rancak memetik gitar kapoknya sekadar menambah "aku ikut kau Yot, korang ni penakut sangat la, kata rockers." Selepas semua kelihatan bersetuju dengan rancangan Yot itu, mereka teruskan bergelak sakan dan menanti malam tiba.

......

Pada pukul 11 malam itu, kelihatan mereka berlima sudah berkumpul di persimpangan memasuki lorong rumah Azhar. Jailani yang memegang bungkusan plastik menyerahkan isinya kepada rakan-rakannya yang lain. "Topeng?" kata Fijal dengan sedikit hairan.

"Yelah, nak tutup muka kau yang hodoh tu. Agak-agak la, kau nak kita kantoi ke macam mana." Balas Luto dengan wajah sinis.

"Dah, jom. Ingat jangan sesekali sebut nama masing-masing." Kata Yot kemudian meletakkan motosikalnya di tepi jalan itu betul-betul di belakang semak. Pintu belakang rumah Azhar dikopak mereka dengan berhati-hati sebelum mereka memasuki rumah tersebut. Mereka yakin Suri telah pun tidur kerana suasana rumah yang gelap dan sunyi. Rumah Azhar terletak berjauhan dengan rumah orang lain memudahkan kerja mereka untuk membuat jahat.

Jailani dan Karim yang sudah sedia memegang guni telah mengambil barang-barang berharga. Luto dan Fijal pula menyelongkar kabinet-kabinet yang berada di ruang tamu. Yot hanya membiarkan rakan-rakannya menjalankan rompakan manakala dirinya bergerak ke sebuah bilik. Dibuka pintu bilik itu lalu terlihatlah Suri yang berbaju kelawar sedang tidur.

Yot memanggil rakan-rakannya yang lain dan mereka kini sedang mengerumuni katil Suri. Suri membuka matanya lalu terus ditangkap Jailani dan Luto sambil Yot bergelak sakan.

......

"Apesal kau pergi pecahkan muka dia la sial." bentak Karim. Kini di hadapan mereka adalah Suri yang hancur mukanya akibat dipukul oleh Yot dengan kayu hoki yang dibawanya siap-siap. "Sape suruh minah ni kurang ajar, dia pergi cucuk kaki aku ngan pen, sakit kau tau tak?" Marah Yot. Muka empat rakannya yang lain kelihatan risau, mereka tidak berani untuk melawan kata-kata Yot kerana mereka tahu Yot seorang yang sangat panas baran.

"Jadi sekarang macam mana?" Jailani memecahkan kesunyian.

"Kau ngan Fijal pergi ambik selimut tu kemudian balut minah ni. Karim dengan Luto pulak kemas rumah ni jangan nampak macam baru lepas kena pecah." Arah Yot.

......

"Yot, aku tak sedap hati la, kalau kantoi ni tali gantung weh." Rungut Fijal. Memang betul perkara yang sedang dilakukan mereka ini merupakan kerja gila. Lubang yang dalam telah dikorek mereka pada waktu tengah malam itu. Karim yang sedang mengendong Suri meletakkan wanita malang itu ke dalam lubang. "Weh korang, minah ni hidup lagi la takkan kita nak tanam dia jugak. Lagipun bukan dia ni mengandung ke?" Soal Karim.

"Habistu kau nak buat ape? Hantar dia pergi hospital lepas tu dia buat report. Korang rilek boleh tak? Setel minah ni dalam kubur, takde sape la tau." Jawapan yang dikeluarkan Yot sedikit memberikan kelegaan kepada mereka yang lain namun masih risau. Tanah mula dimasukkan ke dalam lubang tersebut mengisi ruang-ruang yang ada antara Suri yang tidak sedarkan diri dengan udara luar.

Dua hari selepas itu, terdengar berita bahawa Azhar kemalangan di lebuhraya PLUS sewaktu sedang menuju ke Pahang. Orang kampung pula tidak pernah melihat Suri semenjak itu, khabar angin mengatakan dia telah berhijrah keluar dari Kampung Teritib kerana terlalu sedih. Ibu bapa Azhar yang baru pulang dari Mekah juga kesal kerana keadaan rumah Azhar yang terkunci rapat seperti tiada penghuni.

Seminggu kemudian pula, penduduk kampung digemparkan dengan kelibat langsuir yang menggangu orang kampung dan ia juga semakin menakutkan mereka apabila mayat Jailani dijumpai terputus dua di dalam longgokan daun-daun kering di ladang durian Haji Murad.

KorbanWhere stories live. Discover now