"Sekarang ni awak boleh cerita tak apa yang jadi kat rumah awak ni?" soal Hardi kepada wanita itu. Wanita itu kelihatan muda seperti baru menginjak remaja. Tingginya sederhana dan tidak bertudung.
Kini Hardi berada di hadapan rumah milik wanita itu. Rumahnya sangat terpencil daripada perumahan sekitar. Ia merupakan banglo dua tingkat yang catnya sudah lusuh dan perkarangan rumahnya diisi oleh daun-daun kering.
"Dulu saya dan mak saya selalu kena dera dengan ayah saya dekat rumah ni. Tiga hari yang lepas ayah saya mati sebab dibunuh oleh ah long. Tak lama lepas tu, tiba-tiba kami mula diganggu oleh hantu ayah saya. Even dah mati dia tetap dera kami." Balas wanita itu.
Hardi melihat keadaan sekeliling, tiada yang menarik perhatiannya, telinganya juga tidak mengesan sebarang frekuensi yang membingitkan. "Kalau macam tu, awak tunggu luar. Biar saya masuk dan uruskan." Terang Hardi kepada wanita itu.
Dia melangkah ke dalam rumah itu secara berhati-hati. Keadaan di rumah itu dilihat amat tidak terurus. Suasananya seperti rumah yang tidak berpenghuni. Sofanya tidak simetri, meja dalam keadaan terbalik.
Hardi terpaksa bersikap berhati-hati kerana dirinya yang tidak bersedia. Barang-barangnya masih di dalam keretanya, dia hanya berbekalkan sepaket garam di dalam poket jaketnya bekas pertempurannya dengan langsuir malam semalam dan keris yang baru diberikan Wak Keman.
"Tolong" satu suara kedengaran yang datangnya dari tingkat atas.
Hardi terus bergerak memijak tangga-tangga kerana dia tahu suara itu merupakan suara yang terhasil daripada seseorang yang berada dalam kesakitan. Dia perlu pantas jika ingin menyelamatkan pemilik suara itu.
Di tengah ruang tingkat atas itu kini terdapat seorang wanita yang sedang terduduk dalam keadaan yang serabai dan kusut. Dia memandang Hardi yang baru tiba dari tingkat bawah dan cuba meminta tolong. Suaranya tidak kedengaran mungkin kerana sudah Lelah dengan apa sahaja yang mengancamnya. Kakinya mengalirkan darah yang terhasil daripada luka-luka pelbagai saiz. Ia kelihatan seperti kesan cakaran ataupun torehan dengan objek tajam.
"Puan, puan tak apa-apa ke?" Hardi menghampirinya. Diperiksanya keadaan wanita itu sebelum cuba memapah wanita untuk melarikan diri namun gagal. Kaki wanita itu tidak dapat berdiri dengan baik sambil diselang-selikan dengan riak wajah yang kesakitan. Hardi sedar kaki wanita itu mungkin patah. Digendongnya wanita itu di belakangya lalu bergegas ingin menuruni tangga.
Baru sahaja Hardi ingin menapak turun, langkahnya terasa semakin lama semakin berat seolah-olah yang berada di belakangnya kini seketul batu besar. Kemudian muncul pula satu suara perlahan membisikkan sesuatu ke telinganya. "Kau tak diundang keparat."
Hardi yang terkejut terus melepaskan wanita itu ke belakang sebelum menoleh ke arahnya. Mata hitam wanita itu perlahan-perlahan ke atas lalu menghilang meninggalkan mata putihnya menatap Hardi. Tidak cukup dengan itu, telinga Hardi mula bingit berdesing sehingga menganggu konsentrasinya akan cabaran yang berada di depan matanya sekarang.
"Patut la aku tak boleh kesan si setan ni, dia bersembunyi dalam badan wanita ni." Gumam Hardi sendirian. Desingan di telinganya beransur-ansur hilang.
"Keluar kau dari badan wanita ni, henti seksa keluarga kau. Kau dah mati!" Hardi memekik ke arah wanita yang kerasukan itu. Wanita itu mula menunjukkan muka bengisnya lalu melompat ke arah Hardi. Hardi yang sudah sedia membuka Langkah menangkap bahu wanita itu lalu dihempasnya ke lantai. Sebelah tangan Hardi dijulangnya ke udara dan dengan lafaz kalimah suci tuhan disuakan ke arah wanita itu.
Pekikan kuat kedengaran oleh wanita itu berbeza dengan suara yang tersekat sewaktu mula-mula dia dijumpai Hardi. Kaki wanita itu pantas menyepak Hardi ke tepi sehingga menyebabkan Hardi tercampak jauh ke dinding. Hardi hanya mampu mengadu kesakitan ibarat tulang-tulang di belakangnya itu dihentak seribu batu namun dia masih menggagahkan diri untuk bangkit menentang puaka itu.
Dilihatnya sekeliling mencari wanita yang dirasuk itu tetapi kini ruang itu kosong. Telinganya masih berdesing namun dalam keadaan yang perlahan, itu sudah cukup untuk menandakan makhluk itu masih berada di dalam rumah tersebut. Hardi berjalan ke ruang tersebut dan melihat ke arah pintu-pintu ke ruang yang lain namun semuanya lengang. Hardi mengeluarkan paket garam dan mengenggamnya erat untuk sebarang kemungkinan.
Tiba-tiba satu cecair menitik ke pipinya lalu mengalir sehingga ke dagu. Hardi mengesat dan melihat cecair yang terkena ke atas dirinya dan ia merupakan titisan darah yang menitik dari atas siling. Hardi mendongak ke atas dan terlihatlah wanita itu. Wanita itu berada di atas siling dalam keadaan seperti cicak yang melekat di dinding namun kepalanya terpusing 180 darjah menatap Hardi dengan senyuman yang mengerikan.
Hardi mengucap panjang dan terus menutup matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-Quran. Terdengar bunyi sesuatu mencecah lantai namun Hardi masih menutup matanya. Kini wanita yang kerasukan itu sedang berdiri di hadapan Hardi, diperhatinya dalam-dalam muka lelaki yang cuba mengusir dirinya daripada tubuh isterinya itu. Kemudian berpusing-pusing pula ia mengelilingi Hardi sambil berkata perlahan, "Tiada urusan kau dengan aku, jangan ganggu aku. Wanita ini dan anaknya milik aku selamanya!"
Setelah Hardi habis membacakan ayatnya, laju dia membuka mata dan mencampakkan garam yang digenggamnya tadi ke arah wanita itu. Wanita itu terus berundur ke belakang sambil menjerit. Lama-kelamaan wanita itu mula terjatuh ke lantai, matanya terpejam rapat. Dirinya sudah bebas daripada rasukan roh jahat suaminya.
Hardi terus mendapatkan wanita itu. Dia memeriksa nadi di pergelangan tangan wanita itu tetapi ia sangat lemah. Wanirta itu kini terpaksa bertarung dengan maut yang menghampiri dirinya. Hardi terus mengangkat wanita itu dan menuruni tangga dan mendapatkan anak wanita tersebut.
"Mak! Abang, kenapa dengan mak saya?" tanya anak wanita itu setelah melihat ibunya terkulai tidak sedarkan diri di pangkuan Hardi.
"Mak awak sekarang sedang nazak, kita perlu segera ke hospital." Balas Hardi dengan nada yang tergesa-gesa.
Baru sahaja kaki Hardi melangkah keluar, tiba-tiba satu aura telah menolaknya kembali ke dalam rumah. Wanita itu terjatuh di luar pintu rumah dan disambut anaknya. Pintu tertutup rapat dan kini Hardi berada di ruang tamu.
Ruang itu kini dilanda satu angin ribut yang munculsecara tiba-tiba tanpa sebarang punca. Angin ribut itu tadi akhirnya berkumpuldi suatu ruang yang berada tepat di hadapan Hardi lalu membentuk satu jasadyang tidak sempurna. Satu jasad lelaki yang hodoh dan pucat. Tangannya hampirterputus daripada badan seperti kesan tetakan, mukanya seperti dipijakberkali-kali hingga menghancurkan bahagian bawah mukanya. Rahangnya hampirterjatuh ke bawah namun masih mampu memberi senyuman yang mengerikan.
YOU ARE READING
Korban
ParanormalPenjejak, nama bagi sebuah organisasi rahsia yang bertindak melindungi Kota Kalam daripada ancaman makhluk ghaib. Hardi merupakan salah seorang penjejak yang telah ditugaskan untuk melindungi seorang wanita iaitu Maya daripada diburu kumpulan penyem...